10 July 2011

Muka Macam Kau? Sorry, Aku Tak Pandang.



As Salam and Hello.


Kadang-kadang aku pelik juga dengan sikap sesetengah manusia yang menilai manusia lain berdasarkan rupa paras.

Muka handsome bersih, baik budak ni mesti molek pekertinya .

Muka serabai tak berapa nak kacak, eh hati-hati sikit tengok muka dia ni tak boleh nak percaya. Entah-entah perompak.

Muka berjerawat, sah tak pandai jaga kebersihan. Tak pun mesti otak selalu kuning.

Pakai baju branded, oh budak ni gaji besar kerja bagus. Cerah masa depan.

Pakai baju bundle seluar baggie, ini mesti kutu jalanan takde masa depan. Melepak je kerjanya.





Lagi aku tak paham bila ada yang menilai dengan sebaris ayat 'tengok muka je dah tau, bodoh'. Seriously. Tengok muka orang tu kau dah tau dia bodoh? Oh gosh. Sekarang kau cuba nak blame Tuhan ke sebab cipta wajah dia macam tu? Aku betul-betul tak paham macam mana pemikiran macam tu boleh datang dari otak manusia yang katanya ada akal. Sampai ada Facebook page lagi.


Aku kesian dengan lelaki atau perempuan yang direject kasihnya bila mana rupa wajah menjadi taruhan. Kau tau apa rasanya bila orang tu tak teringin langsung pun nak kenal dulu siapa diri kau yang sebenarnya hanya kerana syarat wajib yang satu tu tak capai markah penuh?


'Muka macam tu? Sorry bro, aku tak pandang. Bukan taste aku'.


Oh, boleh relate dengan lagu Avril Lavigne, Skater Boy.

He was a skater boy,
She said, "See ya later boy"

He wasn't good enough for her,
She had a pretty face

But her head was up in space

She needed to come back down to earth


Bagi aku lah, apa yang ada depan mata kita selalunya tak boleh dipercayai. Orang yang kau kata takde masa depan tu lah, satu hari nanti buat kau ternganga mulut melopong. Orang yang kau reject tu lah yang akan buat kau menyesal tak sudah.

Too bad that you couldn't see
See the man that boy could be

There is more that meets the eye

I see the soul that is inside

Ya. Kau pandang rupa, tak pandang yang di dalam. Kan dah rugi.

28 comments:

  1. yups
    rupa tu xkekal lama
    tapi yang dalam kalau baik insyaallah kekal sampai bila2
    :-)

    Keputusan Jom Main Teka - Teki

    ReplyDelete
  2. insan cemerlang datang dari akal hati yang tenang jiwa yang mantap...x ade pun disebut muka...ehehe..
    ske entry ni...:P

    ReplyDelete
  3. taw xpe..da tue nanti same jek kedut jugak..haha

    ReplyDelete
  4. Setuju! I've been in that situation.
    Hanya kerana fara tak cantik,
    sedap-sedap je orang cakap bakal jadi andartu. Haih

    Entri lapuk yg kena awet supaya kekal lama:
    Erkk..Ingat Sampai Tandas Dah!

    ReplyDelete
  5. haha..tau xpe..i like ur post..hehe...apala sangt ada pda rupa...rmbut memng la sama itam, tp hati kita xtau cmne..xsame kot!

    ReplyDelete
  6. hati lagi pentinglaaaa... hatii.... :))

    ReplyDelete
  7. @Hans
    betul tu. rupa akan berubah seiring dengan masa. tak de apa pun yang nak dibanggakan.

    ReplyDelete
  8. @pandangkedepan
    amboiii. dah macam Dato' Fadzillah Kamsah pulak. btw thankssss ;)

    ReplyDelete
  9. @Fara Frazzo
    perghhhhh!!orang gila mana yang cakap macam tu? sewel betul.

    ReplyDelete
  10. @wawa zulkafli
    ya, apa lah ada pada rupa. dalam kubur dimamah ulat juga ;)

    ReplyDelete
  11. Betul, bagus tu tak pandang pada rupa. Sebab hidung saya penyet., ramai org tak sudi pandang wajah yg penyet. Tapi saya memilih gak. Saya takut nak pandang rupa yg mengerikan. Spt... ada jerawat menanah kat muka dia, gigi dia rompong kuning cam takdak duit nak wat gigi pelesu... Saya suka yg macam James Bond, smart sokmo tapi suka aje takleh buat laki....kuang kuang kuang. gegurau jek.

    ReplyDelete
  12. hye,blogwlking here..

    btw jom komen link entry wani ni.

    http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    thx a lot =)

    ReplyDelete
  13. ye, terase coz muke berjerawat, otak x kuning ok!ahahaha, yap, jgn main sembur jer,kenal dlu then bru ckp. :)

    ReplyDelete
  14. alahai, kelamnye ekau. macam muka kau tu cantik sangat ke pulak nak nilai2 orang macam tuu. kan kann ?

    ReplyDelete
  15. cik ana pernah hadap semue nih..
    berkawan dgn insan istimewa..
    dicaci dihina mcm2..
    hati pedih tiap kali fikir ape lah salah die jd cmtu..bukan die mintak jd camtu..manusia..manusia..hemmm~

    ReplyDelete
  16. tu la...kesian org tak lawa mcm saye nie...huhuhu...tp x pela...syukur jer....ALLAH dah jdik sebaik2 kejadiann..jodoh sume dah ditentukan kan??? cume lambat or cpat jer.. :) eh...emo lak...kekekekkke :D

    ReplyDelete
  17. sedih r kalo owang taknak kawan ngan kite sebab rupe paras~

    tak kenal maka tak cinta~

    nice post~

    ReplyDelete
  18. @izzad b*
    dah dah. takmo terasa lagi. bolayan aje ;)

    ReplyDelete
  19. @anamizu
    kejamnya orang yang buat dia macam tu. takpe, asalkan awak ada di sebelah dia. semoga dia kuat dan tabah ;)

    ReplyDelete
  20. @anum farida
    betul. percaya pada apa yang telah Tuhan aturkan untuk kita ;)

    ReplyDelete
  21. @tonaH iS herE
    tak kenal maka tak cinta. itu yang sepatutnya.

    btw thanks ;)

    ReplyDelete
  22. maybe rupa tu merujuk kepada kebersihan n kekemasan kot...but to those yg mmg refer bout rupa cantik or x,, mmg xpatut...

    ReplyDelete
  23. yurp..btol uh..sy pnah rase camni..tapi bukan boyfriend laa..owg len2... haha maybe dy sakit hati sbb x dlyan kot!! ahaha lantak r..cantik fizikal e2 bley dibeli n bley berubah anytime..tp cantik dlaman akan kekal selamya..

    ReplyDelete

Terima kasih.