As Salam and Hello.
Bagaimana raya kamu? Ahh orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak tanya.
Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.
Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih aku. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.
Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?
Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?
Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.
Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?
Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?
Haih. Tidak adil betul.
Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.
Sakit hati aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah. Huh !
nak duit rayaaaaaaaaaaaaaaa ^^
ReplyDeletexelok anti2..xbagus untk kesihatan..ngeee
ReplyDelete@y u y u Z u l a i k h a
ReplyDeleteduit raya? duit raya tu apa? lalalalalala ;)
nak duit raya datang ah uma beraya :) tapi..duit raya sama rata lah nilainya dengan duit raya kanak2 ye :) kikiki...
ReplyDeletebiasa mmg mcm tue.. dah besar mmg susah nk dpt..nasib jer dpt..huhu;)
ReplyDeleterara tak dpt duet raya pon tahun ni. =(
ReplyDeleteMelawat Sini Nak Duit Raya Dri Tuan Blog..
ReplyDeletenak uit raya
ReplyDeletedapat duit raya rm10 jew..hoho
ReplyDeletewau.. duit raya rm50 tu....
ReplyDeleteSalam;
ReplyDeleteBetul tu..takkan budak je..remaja yang belum kerja patut jugak diberi diut raya.
kene menyamar jd budak kecik la cm2.. haha..
ReplyDeletekene menyamar jd budak kecik la cm2.. haha..
ReplyDeletehahaha..sama lah kitaaaa.....harapan hanya tinggal harapannnn ajeee... T___T
ReplyDeletehahaha..sabo je la..dak2 skrg ni mmg mate duitan sikit..
ReplyDeletekite makin berumur, makin sikit dpt duit raye..hurmm
kahkahkahkah ko nak det raya rupanya??
ReplyDeletesoooo~ rapunzel xkawen lagi...meh la miss Y bagi rapunzel duit raya meh...:)
ReplyDeleteJELESS la tu hahahaa SELAMAT HARI RAYA KT AWAK
ReplyDeleteaku takde duit rye..aku ade sampul byk..nak?haha
ReplyDeletenah dwet raye 8 juta...hahaha
ReplyDeletecian kanak2.. :D
ReplyDeletenk duit raye gak!!!
ReplyDeletehaahhaahhaa... ini kelakar... aku rasa this year tahun terakhir aku dapat duit raya
ReplyDeletenak jugakkk
ReplyDeletenak det raya jugak bole
ReplyDelete:)
dh pokai dh nie ..huuuu
ReplyDeletehaha...betul3..hehe:)kita kena dapat jugakkan..sebab belum kawen~~hoho
ReplyDelete