06 September 2011

Golongan Yang Aku Anti Bila Tiba Hari Raya

As Salam and Hello.



Bagaimana raya kamu? Ahh orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak tanya.

Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.


Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih aku. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.


Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?


Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?

Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.

Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?


Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?

Haih. Tidak adil betul.


Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.


Duit raya dambaan pilu. Dapat satu macam ni pun jadi lah. Buat lepas kempunan.



Sakit hati aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah. Huh !



Golongan kanak-kanak memang aku anti bila tiba hari raya. Mereka suka menayang duit dekat aku.

27 comments:

  1. xelok anti2..xbagus untk kesihatan..ngeee

    ReplyDelete
  2. nak duit raya datang ah uma beraya :) tapi..duit raya sama rata lah nilainya dengan duit raya kanak2 ye :) kikiki...

    ReplyDelete
  3. biasa mmg mcm tue.. dah besar mmg susah nk dpt..nasib jer dpt..huhu;)

    ReplyDelete
  4. rara tak dpt duet raya pon tahun ni. =(

    ReplyDelete
  5. Melawat Sini Nak Duit Raya Dri Tuan Blog..

    ReplyDelete
  6. Salam;
    Betul tu..takkan budak je..remaja yang belum kerja patut jugak diberi diut raya.

    ReplyDelete
  7. kene menyamar jd budak kecik la cm2.. haha..

    ReplyDelete
  8. kene menyamar jd budak kecik la cm2.. haha..

    ReplyDelete
  9. hahaha..sama lah kitaaaa.....harapan hanya tinggal harapannnn ajeee... T___T

    ReplyDelete
  10. hahaha..sabo je la..dak2 skrg ni mmg mate duitan sikit..
    kite makin berumur, makin sikit dpt duit raye..hurmm

    ReplyDelete
  11. kahkahkahkah ko nak det raya rupanya??

    ReplyDelete
  12. soooo~ rapunzel xkawen lagi...meh la miss Y bagi rapunzel duit raya meh...:)

    ReplyDelete
  13. JELESS la tu hahahaa SELAMAT HARI RAYA KT AWAK

    ReplyDelete
  14. aku takde duit rye..aku ade sampul byk..nak?haha

    ReplyDelete
  15. haahhaahhaa... ini kelakar... aku rasa this year tahun terakhir aku dapat duit raya

    ReplyDelete
  16. haha...betul3..hehe:)kita kena dapat jugakkan..sebab belum kawen~~hoho

    ReplyDelete

Terima kasih.