02 September 2011
Habo Lado. Kau ada?
As Salam and Hello.
Sehari sebelum raya, aku pergi ke Giant untuk sedekahkan sisa-sisa duit yang ada di dalam poket. Dah penat aku round, masih tak jumpa sesuatu yang membuatkan hati aku meronta-ronta untuk memilikinya. Alah, Giant. Apa yang ada?
Ahh, bagaimana ni? Tak best lah kalau tak beli sesuatu untuk memuaskan nafsu serakah membeli-belah. Alang-alang beraya, biar sampai kayap. Bisik syaitan yang baru saja meraikan kemerdekaan ke hujung cuping telinga ku.
Kemudian, aku masuk ke Guardian. Mungkin akan jumpa benda yang aku berkenan di sini. Tapi aku rimas bila SA nya asyik membontoti aku ke sana ke mari. Jangan risau, aku ke sini bukan untuk mencuri. Aku ada duit !! Jerit aku dalam hati. Padahal memang kerja dia untuk melayan pertanyaan pelanggan.
Habo Lado ada jual kat sini kan? Saya nak tengok. Bosan dengan dia yang asyik membebel bagitau itu ini, aku pun buat-buat tanyalah. Huh. Baru kau tau. Aku saje je petik produk tu sebab aku tau produk tu agak famous. . Konon untuk menunjukkan yang aku ini bukan calang calang orangnya.
Eh tapi apasal minah ni senyum-senyum simpul?
Oh, Hada Labo. Sini ikut saya. Katanya.
Sekarang kau paham tak? Kau nampak tak? Aku dah siap bold warna merah tu.
Hanya mampu menjerit malu dalam hati. Inilah padahnya kalau nak ikut jejak langkah syaitan. Membazir dan riak.
Kesudahannya aku tak beli satu apa pun.
saya pun guna hada labo.. :)
ReplyDeletesaye bukannye tau mende2 ni sume. ada labo tu ape? ngee~
ReplyDeletedill.
hoho... aku pun macam dill... hoho... tak tau mende...
ReplyDeletetak penah dgr pun b4 ni!! T_T
ReplyDeletehada labo tu apee?
ReplyDeletefirst time dgr produk ni wktu singgah blog redmummy, huh...
ReplyDeleteapa ke benda ny ney?
ReplyDeleteoh ramai rupanya yang tak tau. takdelah aku malu sorang-sorang.
ReplyDeleteHada Labo ni produk penjagaan muka yang sangat popular di Jepun dan dikatakan sangat bagus. Boleh menjadikan kulit seperti telur yang baru dikupas, katanya. Sebab kandungannya adalah Super Hyaluronic Acid, yang digunakan untuk pencerahan kulit.
Walaupun digelar face lotion, tapi sebenarnya adalah toner. Hada Labo dah semakin popular di Malaysia.
Boleh didapati di Watson & Guardian. Produk ni memang famous. Nak tau lebih lanjut, macam biasa sila Google :)
hekhekhekhek... kelakar la.. salah sebut!!! hahahahahaha....
ReplyDeletemacam nak try je... hukhukhuk
Aku bukan faham apa bende alat kecantikan wanita ini..
ReplyDeleteThanks for info yang jelas..
o0o0o0o...halal ke? jgn suka2 pakai...hehe
ReplyDeletehahaha..tergelak aku baca...
ReplyDeletehihihi...sabo je lah~
ReplyDeleteingatkan habo lado tu masakan untuk hari raya...hehe
ReplyDeletehuhu..product kecantikan ruponyo..:)
ReplyDeletei pakai hada labo juge. :)
ReplyDeletemy mom panggil labo labo. hehe
alamak ai,malunya. hehe
ReplyDeleteboringnya kerja arini !!!
ReplyDeletetak faham , aduhhh
ReplyDeletekehkehkehkeh...ala sekali sekala tersilap ckp apa slhnya.sudah try produk ni tpi x sesuai dgn kulit saya.then back to the old one.
ReplyDeletehehehe~~
ReplyDeleteSeriously gelak terguling2 bace enty ni..habo lado jadinya..kikikiki..lol
ReplyDelete