02 November 2011

Usia Ideal Untuk Menikah

As Salam and Hello.


Seorang perempuan, apabila telah mencapai usia tertentu dalam hidupnya akan mula kerap didatangi dengan persoalan 'bila nak kahwin?'. Seorang perempuan, apabila telah mencapai usia tertentu dalam hidupnya akan mula mengalami tekanan yang datangnya dari masyarakat sekeliling berkenaan persoalan itu.

Tekanan ini walaupun dialami juga oleh orang lelaki, tetapi tidaklah sehebat yang dilalui oleh orang perempuan. Apabila usia seorang perempuan mula menjangkau sekurang-kurangnya 27 tahun, akan ada yang berani-berani untuk memberi gelaran 'andartu' padanya.

Walau sebenarnya mungkin pada usia itu dia masih tidak bersedia untuk berkahwin, bukan kerana tak laku.

Kau kata sekarang zaman moden, tiada siapa yang peduli dengan itu lagi? Heh. Kau silap. Semakin moden pun kehidupan, pemikirannya terkadang masih di takuk itu lagi.

Tak perlu tunduk dengan tuntutan masyarakat. Pada akhirnya, kau yang akan menjalani kehidupan itu sendiri. Bukan mereka. Mereka hanya akan menebeng mengintai dari tepi.

Bila usia ideal untuk menikah? Pada aku jawapannya senang sahaja. Usia ideal untuk menikah ialah apabila kau telah benar bersedia untuk menjalani pernikahan dan kehidupan pasca pernikahan itu, walau berapa pun usia kau pada waktu itu.


18, 20, 25, 28, 32, 35, 40 tahun?. Yang penting kau telah bersedia dan pasti.

Pernikahan bukan hanya sekadar bergantung pada usia atau umur. Ia adalah mengenai keyakinan.


.

27 comments:

  1. post tuk pompuan..tapi mesti aku nak kena interprem kan?haha

    aku plak bila cukup haul dan akil baligh,dah kompom subur melalui ujikaji makmal..seboleh2nya nak je aku kawen.tapi yang penting sudah bersedia ke aku pikul tanggungjawab.uhuk

    ReplyDelete
  2. setuju. semua itu ketentuan Allah s.w.t. Kita ni merancang sahaja.

    ReplyDelete
  3. kata ustaz dalam kuliyyah islam hari jumaat: "jangan dikisahkan bila kawen, tapi fikir bagaimana nak mengekalkan perkahwinan. :)

    ReplyDelete
  4. sekarang nie kalau lambat kawin bukan setakat dapat gelaran 'andartu' malah turut dihina...


    HIINA KER PEREMPAUN LAMBAT KAWIN?

    ReplyDelete
  5. yang penting perkhwnan yg dibina diredhai Allah..=)

    ReplyDelete
  6. betul tu, make sure betul2 bersedia untuk berkongsi hidup dan berkorban untuk pasangan dan future kids..tapi kalau lambat sgt kawen takut dah selesa hidup sendiri sblm ni..atau terlalu cepat takut menyesal dulu tak kejar cita2/ career so bila dah kawen byk benda nak consider kalau nak kejar cita2..yes mmg ada org berjaya tapi tak ramai yg betul2 berjaya..yg pasti semuanya bergantung pada niat..

    ReplyDelete
  7. betul tu , yang penting kalau dah betul2 yakin dan bersedia ;)

    ReplyDelete
  8. yup...sangat setuju dengan entry ni...saya kalau balik kg, mesti ada mulut2 yg tanya...

    "bila lagi? bila lagi"?

    sabar ajelah...hehe

    ReplyDelete
  9. tiba masanya....kahwin la nanti...


    kita muda lagi....lagi 3 tahun nak 27tahun..heee

    ReplyDelete
  10. setuju! ermm bila th nk kwin ni hehehee

    ReplyDelete
  11. betul tapi bak kata mama cik tikah, sebab tak nak kawen lebih dri 27 thun ialah sebab nk elak susah dri dpt anak. :)

    ReplyDelete
  12. kahwin ni rasa best, tapi tanggungjawab besar sangat..

    ReplyDelete
  13. betullll skang da 23 tahun masih tak teringin nak kawin. fikir pun tak lagi. :P

    ReplyDelete
  14. dah bersedia, tapi jodoh tak sampai lagi..tunggu je la =)

    ReplyDelete
  15. normal la tu kan, pndangan msyrkt kite.xblh buat ape.yg pntg kte hepi dgn life kte.

    ReplyDelete
  16. agree with u!!!..prepare 1st then have a great life & family..br betul..br blh bahagia kan..hehe

    ReplyDelete
  17. jangan 'shotgun marriage' sudah.hoho

    ReplyDelete
  18. setujuuuuuuuu...xkira la umo besar ke kecik ke..yang pasti its about our own faith ..setuju sgt..^^

    ReplyDelete
  19. dulu selalu target 27 tahun,now malas nak pikir..pengalaman buat kita semakin dewasa..

    ReplyDelete
  20. ok, dah sedia ni..kahwin boleh?? haha, joking...anyway, suka dgn komen en faizal, "jangan dok kalut bila nak kahwin, tapi pikiq cara mengekalkannya" hehehe

    ReplyDelete
  21. yg pmpuan sblm 25 la kan..nty dapat cop andartu lak..yg penting tahu tanggungjawab masa perkahwinan ;)

    ReplyDelete
  22. Cer cek Youtube

    Ustaz Kazim Elias Bergembiralah Wahai Wanita

    http://www.youtube.com/watch?v=r4gL9eHmVJE

    ReplyDelete
  23. bila sudah bersedia mahu menyara diri sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih.