Masih Hangat

07 August 2012

Blame The Memory

As Salam and Hello.

Ai lamanya tak menulis. Serius rindu, serius dalam otak banyak mencorak ayat, tapi tak terluah di jemari. Ha, macam mana tu?

Setengah tahun yang banyak cerita. Banyak ke? Tak lah sangat. Bukan menarik pun hidup aku. Cuma ada lah beberapa perkara yang mencuit perasaan. Ewah. Sesetengah perkara berlaku, setengah perkara yang berlaku itu kita cuba lupakan. Sesetengah perkara berlaku yang kita cuba lupakan itu bagaimanapun tak terlupakan. Yeah, blame the memory. Tahun yang membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'rasa'. Rasa. Sebab rasa itu aku utuh. Sebab rasa itu aku tetap di situ.

Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh rasa.  Blame the memory. Ya, sakit walau sakit, sangsi walau sangsi, bimbang walau bimbang, aku tetap berpaksi di situ. Hanya kerana satu, RASA.

Aku cuma harap rasa yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipecah belahkan.


** Sebab tu aku tak nak menulis malam-malam, yang merepek-repek saja ditulisnya.



.