Masih Hangat

22 August 2013

Aku pelik.

As Salam and Hello.

1
Aku pelik dengan orang yang semudah-mudahnya memanggil 'sayang', 'darling' (dan sewaktu dengannya) dan semurah-murahnya mengatakan 'i miss u', 'i love u' pada manusia berlainan jantina dengan mereka. Serius aku pelik. Adakah panggilan ataupun kata-kata itu tidak memberikan sebarang makna? Orang yang baru kau kenal pun boleh panggil sayang, meluahkan rindu bagai? Sorry, walaupun dengan kawan baik sendiri pun aku tak ber 'miss u' bagai, apatah lagi nak ber'love u'. So Kau nak cakap kau banyak kawan berlainan jantina lah? Kau dah biasa panggil mereka yang rapat dengan kau dengan panggilan macam tu lah? Bukan kau seorang je yang ada kawan lain jantina, tapi tak de lah sampai nak ber'sayang-sayang', ber'love u love u'. Boleh aku cakap kau sebenarnya culture shock, atau dahagakan kasih sayang atau kau sebenarnya memang gedik? Pada aku, segala ucapan dan panggilan tu sangat-sangat berharga dan bermakna, aku tak ucap pada sebarang orang walaupun orang tu aku kenal 10 tahun.

2
Aku pelik dengan perempuan yang menggedik dengan boyfriend/laki orang, tapi bila perempuan lain buat perkara yang sama kat boyfriend/laki dia, dia mengamuk macam orang gila. Siap maki hamun serang semua. Kalau kau boleh cakap 'rindu' dan 'love u' pada boyfriend/laki orang, kenapa perempuan lain tak boleh buat benda yang sama pada boyfriend/laki kau? Oh, tau pulak kau hilang kewarasan fikiran? Peduli apa pun kalau kau berkawan baik dengan laki tu. Orang lain pun ada kawan baik laki jugak, tapi takde la melampau-lampau macam kau (refer no. 1), sampai boleh keluar semua ayat-ayat lucah, imaginasi seks sesama sendiri, cerita dalam kain semua. Jijik, kau tau makna jijik? Kau panggil itu kawan baik? Kalau betul berkawan baik, tak akan ambil kesempatan atas diri masing-masing. Tolong jangan musnahkan makna persahabatan. Jangan hipokrit sangat boleh? Jangan jadikan nilai diri kau murah sangat, sampai semua benda dalam kain kau nak cerita, lebih-lebih lagi pada orang yang kau tak pernah jumpa, lebih-lebih lagi pada lelaki. Ingat sikit kau tu perempuan. Dalam kebanyakan hal yang menyimpang, yang rugi tetaplah perempuan. Kau pun faham maksud aku kan? Baca : Sila belajar dari pengalaman sendiri.

3
Aku pelik dengan perempuan yang senang sangat membenarkan vagina dia dibolosi oleh zakar lelaki (bukan suami). Prinsipnya, "Kalau tak tahan sangat, buat dengan boyfriend je. Setia pada satu. Bukan buat dengan ramai lelaki". Ya? Habis tu macam mana kalau kau putus dengan boyfriend kau, couple dengan boyfriend baru, lepas tu kau buat seks dengan dia jugak sebab prinsip kau "asalkan buat dengan boyfriend sendiri sahaja"? Lepas tu kau putus pulak dengan dia, kau buat lagi dengan boyfriend baru yang lain? Dan lagi, dan lagi. Tak sama ke maksudnya kau buat dengan ramai lelaki tu?  Lepas tu kau mengadu, berkeluh-kesah kenapa selalu dapat lelaki yang hanya nak ambil kesempatan? Kenapa dapat lelaki yang suka mempermainkan kau? Kau sebenarnya tak pernah belajar kan? One mistake is acceptable, second is enough. Kalau kau buat lagi kesilapan yang sama berulang kali, kau bodoh. Itu je. Yang aku lagi pelik kuasa dua, kau boleh cerita apa yang kau buat dengan boyfriend kau tu pada orang lain. Orang lain tu pulak seorang lelaki. Kau memang dah hilang rasa malu ke apa? Kalau kau dah hilang maruah diri sangat, tolong jaga maruah orang tua kau. Malu sikit pada Tuhan yang kau selalu sebut-sebut dalam Facebook kau sebelum ni, dengan segala hadis Nabi yang kau keluarkan, status-status bersifat Islamik yang kau tonjolkan. Sampai ada orang terpedaya akan sifat sebenar kau yang beranggapan kau orang yang sangat baik, tapi sebenarnya di belakang penuh hipokrit semata-mata. Kau tak penat ke berlakon?

4
Aku pelik dengan lelaki yang memikat/mengambil hati perempuan dengan wang ringgit. Bagi aku, lelaki macam ni kategori lelaki loser. Sebab apa? Sebab kau tak yakin dengan diri kau sendiri, mungkin kau takde benda yang boleh dibanggakan pada diri kau (kecuali duit), maka kau cuba beli jiwa orang. Sikit-sikit "nak duit tak?" "nak shopping tak?". Tapi kau haruslah menerima hakikat bahawa perasaan yang kau beli itu, mudah juga dijual pada lelaki lain. Untuk perempuan yang mudah dibeli dengan wang ringgit pula, kau harus ingat. Semudah mana lelaki tu menabur ringgit pada kau, semudah itu jugalah dia menaburnya pada perempuan lain. Tak payah nak bangga sangat. Kalau dia boleh beli jiwa kau, dengan senang-senang dia boleh jual dan perkotak-katikkan perasaan kau. Aku fikir lelaki yang menabur ringgit untuk membeli perasaan/tubuh perempuan ni, sampai bila-bila pun tak akan dapat cinta sebenar. Ingat, bukan semua perempuan kau boleh beli dengan duit. Simpan saje lah.

5
Aku pelik dengan lelaki yang tak pernah nak menghargai kehadiran seorang isteri dalam hidup dia. Seburuk-buruk perangai dia yang kau tak boleh terima, menjadi tugas kau untuk membimbing dia, bukan lari dari tanggungjawab dan kemudian buat onar sendiri. Satu benda pun kau tak nak bincang. Dan kemudian meletakkan keseluruhan kesalahan pada dia. Seburuk-buruk dia pada pandangan mata kau, dia juga lah yang mengandung dan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat kau. Tapi malangnya kau tak ambil pusing pada segala pengorbanan dia dan menjadikan kelemahan dia sebagai alasan untuk kau perpaling arah. Kalau kau jenis lelaki lindungan Kaabah, yang bertanggungjawab, logiklah akal nak terima. Ini kau pun jenis manusia jauh dari kiblat.


Sekian.


.

15 August 2013

Beza

Engkau dan aku
Kita dua jauh berbeza
Malah mimpi kita pun tak pernah sama
Apa yang satukan kita cuma rasa

Terkadang beza itu memang renyah
Satu saat lain pula mengundang lelah
Terfikir adakah kita satu pasangan yang salah
Sedang hati menyulam mimpi paling indah

Kita memang dua persona
Yang tak mungkin menjadi sama
Tak perlu nak ubah apa apa
Kerana memang beza itu yang mengikat jiwa

Andai tiba satu masa nanti
Kita berdua berlaga diri
Jangan pula beza itu nanti
Memisahkan dua hati yang saling menyayangi

Kita adaptasi perbezaan ini
Walau ragu kadang membelenggu diri
Semoga dua hati menjadi sebati
Hingga sukar dileraikan lagi

.