Masih Hangat
15 August 2013
Beza
07 August 2012
Blame The Memory
Ai lamanya tak menulis. Serius rindu, serius dalam otak banyak mencorak ayat, tapi tak terluah di jemari. Ha, macam mana tu?
Setengah tahun yang banyak cerita. Banyak ke? Tak lah sangat. Bukan menarik pun hidup aku. Cuma ada lah beberapa perkara yang mencuit perasaan. Ewah. Sesetengah perkara berlaku, setengah perkara yang berlaku itu kita cuba lupakan. Sesetengah perkara berlaku yang kita cuba lupakan itu bagaimanapun tak terlupakan. Yeah, blame the memory. Tahun yang membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'rasa'. Rasa. Sebab rasa itu aku utuh. Sebab rasa itu aku tetap di situ.
Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh rasa. Blame the memory. Ya, sakit walau sakit, sangsi walau sangsi, bimbang walau bimbang, aku tetap berpaksi di situ. Hanya kerana satu, RASA.
Aku cuma harap rasa yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipecah belahkan.
** Sebab tu aku tak nak menulis malam-malam, yang merepek-repek saja ditulisnya.
.
15 June 2012
Cukuplah Sekali (Kot? )
Cukuplah sekali dikecewakan perasaan
Cukuplah sekali didustakan hati yang menaruh kepercayaan
Cukuplah sekali diperbodoh dan diketawakan di belakang
Cukuplah sekali dipermainkan tanpa belas kasihan
Cukuplah sekali ditipu seolah tak punya akal fikiran
Cukuplah sekali dipertaruhkan sebuah hubungan
Cukuplah sekali mencintai pada yang tak pernah menghargai
Cukuplah sekali memberi pada yang tak pernah mencukupi
Cukuplah sekali.
Ni sat gi confirm ada yang ingat aku putus cinta ni. Haha :) Lama tak update blog (Macamlah ada orang peduli) . Kebanyakan entry yang aku tulis akan berakhir di kotak draft. Seperti entry 'Aku pelik' yang aku publish untuk 5 minit, kemudian aku sumbat semula ke kotak draft. Jangan tanya kenapa (lagi sekali, macamlah ada orang nak tanya).
By the way, aku nak promote satu page yang menawarkan pelbagai produk kesihatan & kecantikan. Kira macam one stop centre la, all in one. Bukan untuk untuk perempuan je, lelaki pun boleh pakai produk yang dijual. Macam-macam ada/bakal ada, katanya.
Antara produk terlaris:
1) Pure Marine Collagen(Raw/Unprocessed). Ini collagen mentah, tumbuhan yang diambil terus dari laut. Boleh dimakan oleh orang yang alergik. Belum melalui sebarang proses pengilangan. Betul-betul raw ini barang. Mempunyai kandungan mineral (potassium, iron, calcium, magnesium, phosphorus etc) dan collagen yang tinggi. Boleh membantu mengatasi masalah kulit (parut, jerawat, menegangkan), rambut (gugur, rapuh) dan khasiat yang menyeluruh pada tubuh badan. Ni nak tunjuk antara testimoni pengguna :
03 April 2012
Berperang Dengan Hati
Satu waktu dulu aku pernah berperang dengan hati. Hati sendiri. Kau tau lah, dulu mana ada aku percaya cinta-cinta ni. Keras la kononnya. Akhirnya tewas juga.
Sekarang juga aku sedang berperang dengan hati. Lagi. Tapi kali ini berperang untuk sebab yang berbeza. Untuk mempertahankan keyakinan aku. Gila babi punya ayat. Macam minah kuntum.
Aku rasa ada orang yang sangat ambil berat pasal kehidupan aku. Sanggup buat macam-macam untuk buka mata aku, katanya. Terima kasih. Aku tau kau sayang aku (agaknya la). Kalau tak kau takkan bersusah-payah buat macam tu, kan? Walaupun aku tak kenal siapa kau, aku tetap berterima kasih walau apa pun niat kau yang sebenarnya.
Tapi apa yang aku nak percaya, semuanya terpulang pada aku. Aku tak kata aku percaya, dan aku juga tak kata aku tidak percaya. No, i'm not in denial. Dalam hati aku, aku tau apa yang perlu aku percaya. Aku bukanlah bodoh sangat. I'm a 27 years young woman. I have a brain and it's not malfunction. Aku tidak akan bertindak seperti budak-budak yang kehilangan akal, atau melakukan perkara yang boleh membuatkan orang melabel aku sebagai perempuan gila. Tidak. Aku takkan meletakkan diri aku serendah itu.
Aku cuma mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing, tidak ambil tahu. Aku sudah kebal, hati aku sudah keras. Kau tahu apa jadi bila hati perempuan sudah keras? No, you can never imagine unless you are a woman.
Aku cuma berpegang pada satu,
Kebenaran itu sama ada datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul. Walaupun aku boleh saja mencari kebenaran itu sendiri, kalau aku mahu.
Buat masa ini, tolong berhenti. Serius aku penat weh. Penat sangat berperang dengan hati sendiri ni. Ok, aku nak nyanyi.
Tolong..
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Masalahnya, siapa yang nak bawa aku pergi ni?
Merepek sangat post budak ni kebelakangan ni. Macam dia sorang je yang ada masalah.
.
21 March 2012
Bukan Hilang Semua
Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang.
Ya, kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah Dia pemberi segala, kerana segala kepunyaanNya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
----------------------------------------------------------------------------------------
I love these words. Ternyata benar, ujian yang diberikan membuat kita kuat. I guess i've learnt a lot for the past few days, because of one incident. A BIG BANG of my life, if I may say so. But naah, i'm fine now. I smile.
So what have I learnt?
First, to never ever judge a book by it's cover. Ya, memang satu pepatah lama, tapi aku baru belajar dan faham ertinya sekarang. Faham sangat-sangat. Selama ni, walaupun aku memanglah bukan orang yang baik, tapi aku fikir aku dikategorikan dalam kategori naif. Ya, si tua bangka yang naif. Aku pandang semua orang baik. Baik di hadapan, baik di belakang. Baik segala-galanya. Tapi ternyata semua manusia itu mempunyai topengnya sendiri.
Ingat baik-baik wahai kawan, status pada FB seseorang itu tidak sesekali mencerminkan keimanan seseorang. Walaupun dia selalu share hadis, ayat-ayat Al-Quran atau sebagainya. Manusia selalunya memang menunjuk baik di hadapan. Apa yang di belakang, apa yang dilakukan ketika tiada manusia lain yang memandang, itu lah yang paling penting. Tapi itulah, bukan mudah kita nak singkap. Cuma harapkan pada petunjuk Tuhan.
Seperti yang aku bilang sebelumnya, aku tahu dan sedar aku bukanlah sebaik-baik umat. Tapi di waktu aku kesusahan hati dan dalam kesedihan yang teramat, aku tetap meminta belas ehsan dan pertolongan dariNya. Aku tetap berpaling pada Dia. Sedangkan aku tahu aku selalu mengabaikan Dia.
Ya, aku fikir mungkin semua kita memang begitu, hanya mencariNya di kala kita terdesak. Seperti Panadol, hanya dicari ketika pening kepala. Aku belajar. Manusia boleh hilang anak, hilang kerja, hilang kawan, hilang kereta, hilang kekasih, hilang semua, tapi jangan sesekali hilang Tuhan. Sebab pada akhirnya, tetap pada Dia lah kita meminta segala pertolongan.
No, no. Aku bukanlah menunjuk baik. Aku sedar diri dan mengaku aku ini jahil. Aku mengerti hakikat itu. Ini cumalah apa yang aku rasa.
Aku belajar bahawa kita diuji dengan sesuatu/seseorang yang kita sayang. Sejauh mana kita kuat menjalani ujian itu, bersabar dan tetap yakin padaNya. Walaupun ujian aku ni, alah celah kuku je bak kata orang. Tapi untuk orang yang tidak berpengalaman seperti aku ini, memanglah terasa hebat tamparannya. Haha. Bila dikenang balik, memang kelakar.
Apa yang aku buat sekarang?
Menerima dan berserah. Sebab aku tahu, Dia tetap akan memberikan jalan dan membantu, walaupun kita ini bukanlah hambaNya nya yang taat. Dia tetap sayangkan kita walaupun kita ni kadang-kadang sebelah mata pun tak pandang Dia.
Dan Dia juga akan selalu menujukkan kebenaran dengan caraNya yang tersendiri. Kebenaran itu sama ada ia datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul.
Kita cuma perlu buka jendela hati dan pandang keluar.
.
18 March 2012
Hancur Musnah.
Apa yang aku percaya itu hancur
Sungguh aku tak sangka seperit ini sakitnya
Sungguh aku tak sangka airmata mengalir juga
Kerana satu-satunya insan itu
Aku sangka aku ini kuat, aku sangka aku cukup tabah, tapi kenapa mata tak mahu kering?
Aku pernah membayangkan sekiranya perkara ini terjadi pada aku, aku pasti boleh menerima.
Tapi rupa-rupanya benteng pertahanan aku tidaklah sekukuh mana. Lompong.
Ternyata sesuatu yang namanya cinta itu mampu melemahkan sekuat-kuat insan.
Sekarang aku faham, kenapa ramai orang yang musnah kerana cinta.
Antara cinta dan benci yang aku rasa,
Sungguh aku tak dapat memisahkan keduanya.
Pergilah kau mencari bahagiamu
Di saat engkau telah lelah nanti
Di saat tiada siapa lagi untuk kau kejarkan
Tiada apa lagi untuk kau dambakan
Tiada apa lagi untuk kau tagihkan
Cari lah aku
Aku di sini menunggu
Untuk menjadi yang terakhir.
.
12 March 2012
I'll Be There
When everything seems to be unfair, when all that you do is not appreciated, I'll take your hand, wipe away your tears, take you for a walk and remind you how special you are. If not for them, for me.
.
09 March 2012
Lelaki Anak Mak
Pernah dengar tak orang kata;
Kalau nak cari lelaki, carilah lelaki yang menyayangi, menyanjungi dan menghormati ibunya lebih dari segala-galanya dalam dunia ini. Lebih dari semua orang yang ada.
Apa relevannya di situ?
Kebanyakan perempuan, memang takut dan risau kalau kekasih/suaminya jenis anak mak. Salah satunya sebab itulah, dia akan melebihkan ibunya dari sesiapa pun.
Lagi satu, takut kalau kahwin dengan anak mak ni, selalu kena dera dengan mak mertua. Masalahnya kita orang Malaysia ni suka sangat biar diri dimomokkan dengan kisah dalam drama TV.
Tapi tahukah kamu, lelaki jenis anak mak ini seorang yang amat menghormati perempuan. Alah, mesti kau pernah dengar, kalau nak tau sama ada lelaki tu tahu menghormati perempuan, tengoklah dari cara dia melayan ibunya.
Tak perlu risau, malah kau sepatutnya bangga dan bersyukur kalau suami/kekasih kau jenis lelaki anak mak.
Sebabnya, syurga seorang lelaki itu tetap berada di bawah tapak kaki ibunya. Hah, hang tak mau laki hang masuk syurga ka?
Lagipun apa salahnya beralah dengan mak mertua sendiri. Lebih baik beralah dengan mak mertua sendiri dari terpaksa beralah dengan perempuan lain. Betul tak? Hahaha. Ok, tak kelakar.
InsyaAllah, satu hari nanti anak-anak lelaki kau pun akan mengikut jejak langkah ayahnya, lelaki anak mak. Kau tak mahu anak-anak lelaki kau menyayangi, menyanjungi dan menghormati kau lebih dari segala-galanya dalam dunia ini? Lebih dari semua orang yang ada, termasuk lebih dari kekasih/isterinya?
.
10 February 2012
A Real Man Will Ask You For 'Marry Me'.
Lelaki yang bawa kau berkepit ke mana-mana tanpa ada usaha untuk menjadikan kau milik dia yang sah dan halal memang lelaki yang tidak berguna, tak boleh kau gantungkan harapan. Lelaki jenis ini hanya mahu menikmati keseronokan dunia, bercinta sepanjang masa tanpa memikirkan hala tuju hubungan kau berdua. Setiap masa kau sahaja yang bertanya 'Sampai bila kita nak macam ni?'. Tapi dia hanya buat pekak telinga atau jawapan standard 'Tunggu dulu'. Komitmen tidak sama sekali termasuk dalam prioriti.
Lelaki yang muncul dalam hidup kau seperti chipsmore juga tak berbaloi untuk kau harapkan. Sekejap dia berperangai seperti kau lah satu-satunya perempuan yang wujud di dunia, kemudian kau takkan dengar sebarang berita dari dia untuk beberapa hari/minggu/bulan/tahun. Tak lama lepas tu dia akan muncul semula menggedik-gedik seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kau nampak? Dia hanya perlukan kau untuk tujuan tertentu, atas sebab-sebab tertentu. Mempergunakan kau untuk mengisi masa lapang dia, di saat tiada siapa untuk diajak keluar atau diajak menggatal. Dan kau pun anggap semua itu sebagai cara dia jual mahal atau taktik mengorat. Kau tak kisah, sebab kau memang dah jatuh hati pada dia.
Tolong jangan buang waktu, tenaga apatah lagi wang ringgit dengan lelaki-lelaki yang begini, walau macam mana sayang pun kau pada dia. Tak perlu kononnya rasa sayang dengan masa bercinta yang panjang itu. Tak perlu terkenang-kenang dengan masa yang banyak terbuang.
What is done, cannot be undo. Just let it go and move forward. Sometimes the person you want the most is the person you are best without.
Just remember, a real man will ask you for 'marry me'. And most importantly; When he makes a promise, he keeps it, that he would rather die than break his words.
.
07 February 2012
Dekat Yang Jauh
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita, sebab kita terlalu sibuk mengejar orang yang tak pernah meletakkan diri kita di hati dia. Kita abaikan perasaan ibu bapa, adik-beradik semata-mata nak jaga perasaan orang yang tak pernah peduli dengan perasaan kita.
Tapi yang ajaibnya, walau sebanyak mana kita sakitkan hati ibu dan bapa, mereka tetap menjadi orang pertama yang menyambut saat kita rebah tersungkur. Seolah-olah apa yang pernah kita buat tu tak pernah terkesan langsung di hati mereka.
Bila kita dah ok semula, kita tetap ulang balik perbuatan yang sama. Terus sakitkan hati mereka. Lupa dengan pengorbanan mereka. Lupa yang mereka juga punya hati & perasaan. Lupa yang mereka juga boleh merasa sakit, sama seperti kita.
Memang betul.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita.
(Atau buat-buat tak sedar).
.
12 December 2011
I Just Don't Call Anybody 'Sayang'
Aku tak suka pada lelaki yang begitu mudah menaburkan ayat-ayat manis kepada mana-mana perempuan hanya sekadar untuk mengambil hati atau beramah mesra.
Apatah lagi kalau ucapan itu dibuat semata-mata atas tujuan lain seperti mahu meminta pertolongan atau mengambil kesempatan atau apa jua tujuan yang mendatangkan keuntungan sebelah pihak. Buat aku meluat.
Jelik tahu.
Ucapan 'rindu', 'cinta' dan 'sayang' itu istimewa. Hanya disimpan dan akan diucapkan kepada orang yang benar-benar dimaksudkan. Tapi kini, segala luahan jujur itu telah menjadi satu ucapan mudah dan murah.
Boleh ditabur kepada siapa-siapa pun. Tidak boleh dinilai lagi erti kejujurannya. Tiada lagi istimewanya.
And I just don't call anybody 'sayang'. Period.
.
26 November 2011
What I Love About Weddings
Aku memang suka majlis perkahwinan. Di majlis perkahwinan, kau boleh nampak dan rasa aura cinta yang wujud antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. You can feel the love, orang putih kabor. Dan bukti akan kehadiran aura cinta itu kau boleh nampak pada wajah pengantin perempuan yang sangat cantik. Bukan cantik sebab sentuhan mekap, tapi sebab seri yang terpancar dari wajah.
Eh, pengantin lelaki pun ada seri juga, tapi yang paling jelas mestilah seri pengantin perempuan.Ya, nak kenal pasti wajah orang perempuan yang bahagia, salah satu masanya adalah pada hari perkahwinannya. Kau tengok pada senyumnya, somehow kau pun turut rasa ingin senyum sekali. Kecuali kalau kena kahwin paksa, aku tak tahu lah.
Di majlis perkahwinan kau boleh nampak saudara mara dan mungkin kawan-kawan berkumpul dan membantu apa yang patut. Semua orang ada kerja masing-masing. Oh abaikan segala macam perkara negatif yang mungkin berlaku di belakang tabir. Memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar adalah matlamat utama. The rest, simpan dalam kotak memori.
Ya, aku baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sekolah. Satu lagi yang best pasal wedding is, kau boleh jumpa kembali kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, walaupun dengan hanya sekadar teguran hai dan bai. Kemudian secara automatiknya seolah-olah muncul flashback tentang memori yang kau simpan tentang setiap seorang dari mereka.
Yang tak bestnya tadi, ada orang cakap muka aku cengkung macam mayat hidup. Oh, lagi satu dia cakap dulu aku lawa, sekarang dah tak lawa. Rasa nak bagi kaki pun ada. Duh sentap mak nak. Obviously sebab muka aku yang cengkung dan nampak tak bermaya, tak fresh dan jerawat dan segala macam lagi. Haihh.
Sesiapa ada petua nak tembunkan pipi? Sila bagitau aku. Pipi sahaja, badan tak mahu.
So, what do you love about weddings?
.
17 November 2011
Ayat Reject Lelaki Dan Maksud Tersirat
Ayat yang selalu digunakan lelaki untuk mereject perempuan dan maksud tersirat di sebaliknya.
Shoot !
1) Aku sayang kau tapi aku anggap kau tak lebih macam adik sendiri. (Kau tak cantik !)
2) Ada jurang antara kita. Siapalah saya nak dibandingkan dengan keluarga awak yang datang daripada keluarga senang. (Kau tak cantik !)
3) Saya tak berapa pasti lagi. Apa kata kita berkawan dan berkenal-kenal dulu? (Kau tak cantik !)
4) Ada banyak perkara belum settle lagi. Tunggulah bila saya dah stabil. (Kau tak cantik !)
5) Saya dah ada kekasih. Awak terlambat sikit je. Kalaulah kita bertemu lebih awal. (Kau tak cantik !)
6) Saya tak date dengan perempuan satu tempat kerja. Susah. (Kau tak cantik !)
7) Percayalah cakap saya. It's not you, it's me. (Kau tak cantik !)
8) Saya nak tumpukan perhatian pada kerjaya. Kalau saya sibuk sangat, takut nanti saya abaikan awak pula. Tak adil. (Kau tak cantik !)
9) Saya nak hidup membujang je. Kalau saya dah bersedia, mungkin kita akan bersama. (Kau tak cantik !)
10) Kita berkawan je lah. Ah, perasaan ni sekejap je, nanti hilanglah. (Kau memang tak cantik !)
Ayat-ayat yang common, tapi sahih atau tidak maksud tersirat tu, kau kena tanya sama orang lelaki lah. Atau kalau kau berani, tanya sendiri pada orang yang reject kau. Err kalau kau kena reject la. Ok?
.
13 November 2011
Skala Gadis Sempurna
Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.
Kononnya untuk mencapai skala gadis sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri kau yang sebenar. Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau ciptakan.
Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?
Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.
Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya menyatukan kau berdua.
Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?
Ah.
Aku pernah bilang sama dia 'kita banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.
*Senyum*
Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi gadismu yang bebas dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?
.
07 November 2011
23 October 2011
Meminta Jawapan Dari Hati
[ Ini entry jiwa-jiwa ]
Kahwin untuk apa, sebenarnya?
Soalan itu aku tanya pada dia. Mesti ada yang akan cakap soalan itu soalan bodoh. Soalan yang tidak patut di tanya. Sebab semua orang sudah tahu jawapannya, konon. Mungkin kau akan suruh aku rujuk Al-Quran, suruh aku istighfar berbanyak.
Tapi aku tak mahu jawapan cliche yang semua orang akan jawab bila ditanya soalan itu. Seperti mendapat soalan bocor. Aku tak nak jawapan yang skrip nya sudah tersedia dari buku-buku agama, ceramah, kitab dan sebagainya. Itu semua orang pun tahu.
Aku tak mahu jawapan yang ditiru bulat-bulat, padahal kau tak berfikir menggunakan otak langsung pun untuk menjawab. Jawapan yang dicedok dari buku. Aku mahukan jawapan dari hati. Jawapan yang di fikir sendiri. Jawapan jujur dengan diri sendiri.
Malah kalau kau jawab, kahwin untuk seks pun aku ok. Aku terima. (Maksudnya aku terima jawapan itu lah. Untuk terima kau, mungkin aku fikir seratus kali). Aku terima kerana sekurang-kurangnya kau jujur dengan aku dan paling penting, kau jujur dengan diri sendiri.
Kahwin untuk apa, pada aku?
Aku mahu di masa depan aku, ada kau. Aku mahu menjadi yang halal untuk hidup bersama kau. Itu jawapan dari hati aku. Itu jawapan ringkas aku. Itu saja.
Ya. Bukan jawapan-jawapan cliche yang selalu diucap-ucapkan itu yang pertama terlintas di hati dan fikiran aku. Tapi seperti yang aku katakan, itu jawapan dari hati. Dan aku berharap semoga dari niat aku itu maka aku dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan Tuhan yang lain.
Ya, tuntutan seperti dalam jawapan-jawapan cliche yang semua orang berikan itu;
Berkahwin untuk memenuhi tuntutan agama, mengikut sunnah Rasul, mengembangkan ummat Muhammad dan sebagainya.
Tapi aku hairan juga dengan sesetengah mereka yang katanya berkahwin untuk mengikut sunnah, tapi menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu tidak pula berpandukan sunnah. Aku fikir, menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu lah yang seharusnya mengikut sunnah Nabi. Bukankah?
Samalah seperti konsep berkahwin empat. Mengikut sunnah Nabi, katanya. Tapi?
Ah. Aku terfikir juga, ada ke yang memang seikhlas itu yang alasan utama dalam hati nya mahu berkahwin bukan kerana terdorong oleh rasa cinta pada pasangan? (atau sebab-sebab lain).
Berbahagialah mereka yang dari hatinya memang betul-betul ikhlas berkahwin kerana Allah, tanpa dipengaruhi unsur apa pun.
[ Blog aku seperti sudah menjadi blog jiwa-jiwa. Maaf kerana selalu post entry yang kononnya berkaitan hati dan perasaan. Sebenarnya entry ini dah lama aku karang, tapi hanya terperap dalam draft.
Memandangkan aku kekeringan idea untuk dilontarkan pada waktu ini, sepertinya otak aku sudah beku sehingga tidak mampu berfikir apa-apa, maka inilah waktu yang sesuai untuk publish. Terpaksa publish, lebih tepat. Inilah natijahnya apabila hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti berhibernasi terlalu lama. Hahahaha. Baiklah. Tak kelakar langsung. ]
.
14 October 2011
He Said Forever. She Said Okay.
I think everything about you is beautiful.
Oh, sure i think other guys are cute.
But everytime i see a cute guy, i remind myself of how beautiful you are.
Of how much i love you.
Of how sweet you are.
Of how you can always brighten my day.
And suddenly, that other guy doesn't look all that good anymore.
You might not be the brightest crayon in the box, but you're still my favorite colour.
Ever.
And somehow i don't want anyone else to realize how beautiful you are.
.
13 October 2011
Dunia Lelaki
Aku percaya setiap satu lelaki mempunyai dunia mereka yang tersendiri. Dalam dunia mereka, mereka lakukan apa yang mereka suka dan mungkin apa yang mereka lakukan itu mungkin dapat difahami oleh orang perempuan or even worst, mungkin tak dapat diterima.
Tapi pemahaman dan penerimaan itu memang sesuatu yang berbeza. Mereka mungkin tak harap kau terima, cukup sekadar kau faham. Walaupun kau berdua adalah satu pasangan, tetapi masih tetap dua individu berbeza yang ada dunia dan kemahuan yang tersendiri. Dan kadang kala perbezaan itulah yang menyatukan dua manusia.
Oh by the way, tahniah untuk lelakimaskul yang telah berjaya dalam dunia nya. Aku pun tumpang berbangga dan gembira, belanja makan janganlah dilupa.
14 September 2011
Jika Esok Tiada Lagi
Dalam 2-3 hari ini, aku diserang sakit pinggang. Bukan sakit pinggang sebab nak period. Ini sakit pinggang yang aku tak pernah rasa. Sakitnya membawa hingga ke kaki. Mungkin juga puncanya sebab aku tak amalkan cara mengangkat barang yang betul, sebab sebelum tu aku ada mengangkat kotak yang memang sarat dengan barang.
Oh, aku tak pergi ke klinik mahupun hospital. Sebab badan aku memang berat nak jejak kaki ke sana. Jadi aku biar saja. Degil itu memang sifat semulajadi aku.
Tapi menjadi seorang aku yang penuh dengan ideologi merapu bak kata seseorang, fikiran aku sudah pasti lah menerawang jauh memikirkan perkara yang terlalu jauh ke hadapan, atau dalam bahasa mudahnya yang bukan-bukan. Hei tapi apa salah nya berfikiran jauh, bukan?
Aku mula memikirkan bagaimana kalau aku sebenarnya menghidapi penyakit kronik yang membawa maut? Penyakit yang sudah di tahap kritikal dan tak boleh diubati. 'Encik cuma ada 3 bulan saja lagi untuk hidup', bak kata doktor dalam drama TV.
Jadi aku terfikir, macam mana kalau tiada lagi esok untuk aku? Macam mana dengan orang-orang yang aku tinggalkan? Orang-orang yang aku sayang?
Aku akan menyesal kerana tak pernah bagitau betapa aku sungguh sayangkan mereka. Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu berhati batu.
Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu menyendiri. Aku akan menyesal kerana selama ini aku tak pernah buka ruang dalam hati aku untuk orang-orang sekeliling yang mengambil berat.
Aku akan menyesal sebab tak pernah tunjukkan kasih sayang aku melalui perbuatan. Aku akan menyesal sebab selama ini aku terlalu kelu ucapkan cinta.
Terlalu banyak penyesalan.
Bila kau rasa bayangan maut sudah mula menyapa, baru kau tahu betapa banyaknya penyesalan yang kau tinggalkan.
Aku tertanya kalau selama aku hidup ini aku pernah membuat mereka gembira. Apa yang pernah aku berikan pada mereka.
Kalau tiada lagi esok untuk kau, apa yang akan kau lakukan?
Bila maut sudah di depan mata, hidup mula menonjol makna (Fynn Jamal)
12 September 2011
Ajarkan Aku Mencintai Dengan Sederhana
As Salam dan Hello.
Andai kita memang dijodohkan
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan
Namun andai memang kita tidak dijodohkan
Apa pun usaha pasti akan tiada hasilnya
Ya Allah Ya Rabbul Izzati
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta
Ajarkan aku untuk lebih mencintaiMu dan kekasihMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jagalah aku dari dosa dunia
Jagalah dia dari dosa cinta
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki....
Yakin pada-Nya bukanlah dengan mengharapkan terkabulnya segala harapan, tapi redha dengan segala ketentuan dan pemberian.












