Masih Hangat

10 February 2012

A Real Man Will Ask You For 'Marry Me'.

As Salam and Hello.


Lelaki yang bawa kau berkepit ke mana-mana tanpa ada usaha untuk menjadikan kau milik dia yang sah dan halal memang lelaki yang tidak berguna, tak boleh kau gantungkan harapan. Lelaki jenis ini hanya mahu menikmati keseronokan dunia, bercinta sepanjang masa tanpa memikirkan hala tuju hubungan kau berdua. Setiap masa kau sahaja yang bertanya 'Sampai bila kita nak macam ni?'. Tapi dia hanya buat pekak telinga atau jawapan standard 'Tunggu dulu'. Komitmen tidak sama sekali termasuk dalam prioriti.

Lelaki yang muncul dalam hidup kau seperti chipsmore juga tak berbaloi untuk kau harapkan. Sekejap dia berperangai seperti kau lah satu-satunya perempuan yang wujud di dunia, kemudian kau takkan dengar sebarang berita dari dia untuk beberapa hari/minggu/bulan/tahun. Tak lama lepas tu dia akan muncul semula menggedik-gedik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kau nampak? Dia hanya perlukan kau untuk tujuan tertentu, atas sebab-sebab tertentu. Mempergunakan kau untuk mengisi masa lapang dia, di saat tiada siapa untuk diajak keluar atau diajak menggatal. Dan kau pun anggap semua itu sebagai cara dia jual mahal atau taktik mengorat. Kau tak kisah, sebab kau memang dah jatuh hati pada dia.

Tolong jangan buang waktu, tenaga apatah lagi wang ringgit dengan lelaki-lelaki yang begini, walau macam mana sayang pun kau pada dia. Tak perlu kononnya rasa sayang dengan masa bercinta yang panjang itu. Tak perlu terkenang-kenang dengan masa yang banyak terbuang.  

What is done, cannot be undo. Just let it go and move forward. Sometimes the person you want the most is the person you are best without.

Just remember, a real man will ask you for 'marry me'. And most importantly; When he makes a promise, he keeps it, that he would rather die than break his words.



.

07 February 2012

Dekat Yang Jauh

As Salam and Hello.


Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita, sebab kita terlalu sibuk mengejar orang yang tak pernah meletakkan diri kita di hati dia. Kita abaikan perasaan ibu bapa, adik-beradik semata-mata nak jaga perasaan orang yang tak pernah peduli dengan perasaan kita.

Tapi yang ajaibnya, walau sebanyak mana kita sakitkan hati ibu dan bapa, mereka tetap menjadi orang pertama yang menyambut saat kita rebah tersungkur. Seolah-olah apa yang pernah kita buat tu tak pernah terkesan langsung di hati mereka.

Bila kita dah ok semula, kita tetap ulang balik perbuatan yang sama. Terus sakitkan hati mereka. Lupa dengan pengorbanan mereka. Lupa yang mereka juga punya hati & perasaan. Lupa yang mereka juga boleh merasa sakit, sama seperti kita.

Memang betul.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita.

(Atau buat-buat tak sedar).


.