Masih Hangat

17 September 2011

Cinta Gila #3



As Salam and Hello.



Baby dan Mamat teruskan akitiviti romantisme macam biasa. Cuma kini lebih dahsyat badai percintaan mereka. Setiap hari mereka memadu kasih. Habis kelas, Baby terus tak nampak muka di rumah. Tinggallah Nelly sorang-sorang mengadap dinding.


Nasib baik subjek yang Baby ambil kebanyakannya sama dengan Nelly, walaupun mereka berlainan course. Jadi dapat lah dia meniru assignment ataupun tutorial Nelly. Senang cerita. Kalau tiru Nelly, confirm dapat markah tinggi. Otak Nelly boleh tahan geliga nya.


Dari Sem 1 hingga Sem 6, berbagai cabaran yang Baby tempuhi selama bercinta gila dengan Mamat. Pernah satu malam, Baby balik dalam keadaan cemas. Menjadi seorang kawan yang prihatin, Nelly bertanya.


Baby bilang, dia dan Mamat baru saja di ambush oleh JAI*. Ahh, terperanjat gila Nelly dibuatnya. Takkan sampai ke tahap itu? Tapi cerita Baby, mereka tak buat apa-apa pun. Cuma lepak di tepi pantai, berbual-bual atas motor. Tapi nasib mereka baik, mereka dapat melepaskan diri dari pihak terbabit . Bagaimana caranya, hanya mereka yang tahu.


Baby risau juga kalau kes itu sampai kepada pihak universiti. Sudah pasti mereka berdua akan ditendang dari meneruskan pengajian. Untung mereka sempat lari. Kalau tidak, nama mereka hanya menjadi sejarah dalam U. Dan lebih teruk lagi, meraunglah mak bapak mereka.


Nelly tak tahu nak kata apa lagi. Nelly perhati batang tubuh Baby dalam-dalam. Berbual-bual apanya kalau love bite penuh satu leher.


Oh, Baby !


Cinta Gila #2
Cinta Gila


14 September 2011

Jika Esok Tiada Lagi

As Salam and Hello.



Dalam 2-3 hari ini, aku diserang sakit pinggang. Bukan sakit pinggang sebab nak period. Ini sakit pinggang yang aku tak pernah rasa. Sakitnya membawa hingga ke kaki. Mungkin juga puncanya sebab aku tak amalkan cara mengangkat barang yang betul, sebab sebelum tu aku ada mengangkat kotak yang memang sarat dengan barang.


Oh, aku tak pergi ke klinik mahupun hospital. Sebab badan aku memang berat nak jejak kaki ke sana. Jadi aku biar saja. Degil itu memang sifat semulajadi aku.


Tapi menjadi seorang aku yang penuh dengan ideologi merapu bak kata seseorang, fikiran aku sudah pasti lah menerawang jauh memikirkan perkara yang terlalu jauh ke hadapan, atau dalam bahasa mudahnya yang bukan-bukan. Hei tapi apa salah nya berfikiran jauh, bukan?


Aku mula memikirkan bagaimana kalau aku sebenarnya menghidapi penyakit kronik yang membawa maut? Penyakit yang sudah di tahap kritikal dan tak boleh diubati. 'Encik cuma ada 3 bulan saja lagi untuk hidup', bak kata doktor dalam drama TV.


Jadi aku terfikir, macam mana kalau tiada lagi esok untuk aku? Macam mana dengan orang-orang yang aku tinggalkan? Orang-orang yang aku sayang?


Aku akan menyesal kerana tak pernah bagitau betapa aku sungguh sayangkan mereka. Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu berhati batu.

Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu menyendiri. Aku akan menyesal kerana selama ini aku tak pernah buka ruang dalam hati aku untuk orang-orang sekeliling yang mengambil berat.

Aku akan menyesal sebab tak pernah tunjukkan kasih sayang aku melalui perbuatan. Aku akan menyesal sebab selama ini aku terlalu kelu ucapkan cinta.

Terlalu banyak penyesalan.


Bila kau rasa bayangan maut sudah mula menyapa, baru kau tahu betapa banyaknya penyesalan yang kau tinggalkan.

Aku tertanya kalau selama aku hidup ini aku pernah membuat mereka gembira. Apa yang pernah aku berikan pada mereka.


Kalau tiada lagi esok untuk kau, apa yang akan kau lakukan?


Bila maut sudah di depan mata, hidup mula menonjol makna (Fynn Jamal)




12 September 2011

Ajarkan Aku Mencintai Dengan Sederhana



As Salam dan Hello.



Andai kita memang dijodohkan
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan
Namun andai memang kita tidak dijodohkan
Apa pun usaha pasti akan tiada hasilnya


Ya Allah Ya Rabbul Izzati


Ajarkan aku mencintai dengan sederhana
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta
Ajarkan aku untuk lebih mencintaiMu dan kekasihMu


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Jagalah aku dari dosa dunia
Jagalah dia dari dosa cinta
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki....



Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta, dan Engkau adalah maha pemberi segala pertolongan.



Yakin pada-Nya bukanlah dengan mengharapkan terkabulnya segala harapan, tapi redha dengan segala ketentuan dan pemberian.




08 September 2011

Can you ever love me for me?

As Salam and Hello.


Can you ever love me for me?
For the me that I am true and true

Can you love me with my imperfections?
Can you see me as I am and not as what you want me to be?

Can you ever love me for me?
For the me that makes mistakes and speaks without thinking
Can you love me even when I am unreasonable?
Can you see me as I am and not for the Angel you seek?

Can you ever love me for me?
For the me that cries when a stranger child is hurt
Can you love me when I am sad without me having a reason to be?
Can you see me as I am not as what I once was?

Can you ever love me for me?

(Miriam Campo)


Bolehkah kau?





06 September 2011

Golongan Yang Aku Anti Bila Tiba Hari Raya

As Salam and Hello.



Bagaimana raya kamu? Ahh orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak tanya.

Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.


Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih aku. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.


Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?


Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?

Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.

Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?


Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?

Haih. Tidak adil betul.


Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.


Duit raya dambaan pilu. Dapat satu macam ni pun jadi lah. Buat lepas kempunan.



Sakit hati aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah. Huh !



Golongan kanak-kanak memang aku anti bila tiba hari raya. Mereka suka menayang duit dekat aku.

02 September 2011

Habo Lado. Kau ada?


As Salam and Hello.



Sehari sebelum raya, aku pergi ke Giant untuk sedekahkan sisa-sisa duit yang ada di dalam poket. Dah penat aku round, masih tak jumpa sesuatu yang membuatkan hati aku meronta-ronta untuk memilikinya. Alah, Giant. Apa yang ada?


Ahh, bagaimana ni? Tak best lah kalau tak beli sesuatu untuk memuaskan nafsu serakah membeli-belah. Alang-alang beraya, biar sampai kayap. Bisik syaitan yang baru saja meraikan kemerdekaan ke hujung cuping telinga ku.


Kemudian, aku masuk ke Guardian. Mungkin akan jumpa benda yang aku berkenan di sini. Tapi aku rimas bila SA nya asyik membontoti aku ke sana ke mari. Jangan risau, aku ke sini bukan untuk mencuri. Aku ada duit !! Jerit aku dalam hati. Padahal memang kerja dia untuk melayan pertanyaan pelanggan.


Habo Lado ada jual kat sini kan? Saya nak tengok. Bosan dengan dia yang asyik membebel bagitau itu ini, aku pun buat-buat tanyalah. Huh. Baru kau tau. Aku saje je petik produk tu sebab aku tau produk tu agak famous. . Konon untuk menunjukkan yang aku ini bukan calang calang orangnya.


Eh tapi apasal minah ni senyum-senyum simpul?


Oh, Hada Labo. Sini ikut saya.
Katanya.


Sekarang kau paham tak? Kau nampak tak? Aku dah siap bold warna merah tu.


Hanya mampu menjerit malu dalam hati. Inilah padahnya kalau nak ikut jejak langkah syaitan. Membazir dan riak.


Kesudahannya aku tak beli satu apa pun.


Hada Labo yang telah menjatuhkan air muka aku.