As Salam and Hello.
Aku fikir bila sudah tua ini, aku boleh buat keputusan sendiri untuk hidup aku tanpa perlu dipengaruhi oleh unsur sekeliling atau lebih tepat lagi, oleh orang-orang tidak penting yang sekadar mahu menyibuk menjadi melukut di tepi gantang. Tapi rupa-rupanya tidak juga.
Semakin kau bertambah usia, semakin pula orang-orang itu cuba masuk ke dalam hidup kau, menentukan itu ini dan sedaya upaya pula berusaha mencorakkan hidup kau mengikut acuan mereka.
Masyarakat. Memang inilah agaknya yang dipanggil hidup bermasyarakat. Sedikit sebanyak kau juga boleh menjadi terpengaruh. Kejap. Aku kurang pasti. Sama ada kau terpengaruh, dipengaruhi atau mempengaruhi.
Kalau beginilah, tak ingin dulu aku berangan mahu cepat-cepat menjadi dewasa. Tiba-tiba aku rasa mahu kembali menjadi anak kecil selebet yang sibuk mengejar layang-layangnya yang terputus tali.
.
Masih Hangat
17 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 Kata semangat:
mungkin mereka cuma mahu yang terbaik, tp mereka juga perlu dengar kata hati kita . kan?
semakin dewasa kita semakin byk dugaan hidup yang akan kita tempuhi
elie teringin kembali ke zaman kanak-kanak, tapi mahukan pengalaman hidup waktu dewasa...macam mana tu? :)
dugaan yang akan mematangkan kita..
org2 yg berada d sekeliling kita bnyak beri pengaruh,jd kena plih kawan yg betul O.o
betul betul. rindu zaman kanak2 yang happy ja.
biasalah kita hidup dalam masyarakat...kadang keputusan kita 2 terpaksa kita pilih antara 2 sebab ada hati2 yang perlu dijaga...
mereka cuma boleh bagi pandangan atau nasihat..bukan menentukan hala tuju hidup ko.pedulikan lah mereka.anggap macam lalat je.dihalau, tetap mau datang..buat bising tepi telinga :P
Biar mereka memberi pendapat, mungkin pendapat yg diberi berdasarkan pengalaman mereka sendiri atau orang yang terdekat. Tapi dalam masa yg sama kita perlu ada kekuatan diri dan perlu bijak dalam membuat keputusan untuk diri sendiri. Buat penilaian secukupnya seblm mbuat keputusan dan tawakal pd Allah.
Post a Comment