Masih Hangat

30 March 2012

Something To Hold On To.

As Salam and Hello.



Nabi Muhammad S.A.W seorang yang sabar, bila dituduh gila atau ahli sihir, baginda diam dan sabar. Perkara yang betul, lama-lama akan terjawab jua.

Jadi kita pun samalah, jangan dilayan semua cacian dan hinaan. Contoh : Jika orang cakap engkau perempuan sedangkan engkau confirm lelaki, tak perlu tunjuk kemaluan untuk buktikan jantina korang. Tak perlu !

Perkara yang betul, lama-lama akan terbongkar jua.

Source: keretamayat.


.

27 March 2012

Setulus Hati Ku Menyampaikan

As Salam and Hello.


Bila aku baca balik entry-entry aku yang lepas-lepas,
kononnya untuk mengenali dan mencari diri aku,
kononnya untuk mencari kekuatan supaya menjadi diri aku yang sebenarnya,
kononnya untuk memastikan aku buat apa yang sepatutnya aku buat berdasarkan pandangan aku tentang sesuatu isu,

Aku dapati yang banyak entry aku lebih menjurus kepada yang emo-emo. Like seriously? Kenapakah aku banyak menulis tentang pergolakan perasaan dalaman? Kenapa takde cerita pasal makan-makan, shopping, tengok wayang dan entry-entry bergambar?

Oh. Rupanya aku lebih cenderung ke arah genre yang macam ni. Genre. Ceh macamlah aku ni penulis novel pulak ya. Padahal setakat blog picisan yang entah ada tidak tukang bacanya. Haha. Lantak.

Jadi bila aku imbas kembali apa yang aku tulis, aku fikir apa yang aku buat di alam realiti dan apa pandangan aku terhadap sesuatu isu itu langsung tidak seiring. Adoi faham ke. Berbelit betul ayat aku ni.

Contohnya macam ni.

Tentang isu A.

Dalam tulisan aku, aku nyatakan pandangan aku tentang isu A, apa yang aku fikir, apa yang aku akan buat kalau ia terjadi pada aku dan sebagainya.

Tapi di realiti, aku tak buat pun macam yang aku tulis tu. Bila jadi kat aku, aku buat benda yang bertentangan walaupun tidaklah 100%.

Betul lah. Antara menulis dan mengalaminya sendiri adalah berlainan. Nak-nak lagi kalau kau tulis tentang sesuatu perkara yang belum terjadi pada kau, tapi bila dah terjadi kat diri sendiri, hah! Memang susah pun bila melibatkan hati dan perasaan ni rupanya.

Tapi adakah itu menunjukkan aku hipokrit atau pun menipu diri sendiri? Entah. Tak dapek den nak menjawabnya.

Itu sebab aku baca balik entry-entry aku yang lepas-lepas,


untuk mengenali dan mencari diri aku,
untuk memastikan aku buat apa yang sepatutnya aku buat.

Aku tak mahu hilang diri aku yang sebenar.


.

21 March 2012

Bukan Hilang Semua

As Salam and Hello.


Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang.

Ya, kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah Dia pemberi segala, kerana segala kepunyaanNya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

----------------------------------------------------------------------------------------

I love these words. Ternyata benar, ujian yang diberikan membuat kita kuat. I guess i've learnt a lot for the past few days, because of one incident. A BIG BANG of my life, if I may say so. But naah, i'm fine now. I smile. 

So what have I learnt?

First, to never ever judge a book by it's cover. Ya, memang satu pepatah lama, tapi aku baru belajar dan faham ertinya sekarang. Faham sangat-sangat. Selama ni, walaupun aku memanglah bukan orang yang baik, tapi aku fikir aku dikategorikan dalam kategori naif. Ya, si tua bangka yang naif. Aku pandang semua orang baik. Baik di hadapan, baik di belakang. Baik segala-galanya. Tapi ternyata semua manusia itu mempunyai topengnya sendiri.

Ingat baik-baik wahai kawan, status pada FB seseorang itu tidak sesekali mencerminkan keimanan seseorang. Walaupun dia selalu share hadis, ayat-ayat Al-Quran atau sebagainya. Manusia selalunya memang menunjuk baik di hadapan. Apa yang di belakang, apa yang dilakukan ketika tiada manusia lain yang memandang, itu lah yang paling penting. Tapi itulah, bukan mudah kita nak singkap. Cuma harapkan pada petunjuk Tuhan.


Seperti yang aku bilang sebelumnya, aku tahu dan sedar aku bukanlah sebaik-baik umat. Tapi di waktu aku kesusahan hati dan dalam kesedihan yang teramat, aku tetap meminta belas ehsan dan pertolongan dariNya. Aku tetap berpaling pada Dia. Sedangkan aku tahu aku selalu mengabaikan Dia.

Ya, aku fikir mungkin semua kita memang begitu, hanya mencariNya di kala kita terdesak. Seperti Panadol, hanya dicari ketika pening kepala. Aku belajar. Manusia boleh hilang anak, hilang kerja, hilang kawan, hilang kereta, hilang kekasih, hilang semua, tapi jangan sesekali hilang Tuhan. Sebab pada akhirnya, tetap pada Dia lah kita meminta segala pertolongan.

No, no. Aku bukanlah menunjuk baik. Aku sedar diri dan mengaku aku ini jahil. Aku mengerti hakikat itu. Ini cumalah apa yang aku rasa.

Aku belajar bahawa kita diuji dengan sesuatu/seseorang yang kita sayang. Sejauh mana kita kuat menjalani ujian itu, bersabar dan tetap yakin padaNya. Walaupun ujian aku ni, alah celah kuku je bak kata orang. Tapi untuk orang yang tidak berpengalaman seperti aku ini,  memanglah terasa hebat tamparannya. Haha. Bila dikenang balik, memang kelakar.

Apa yang aku buat sekarang?

Menerima dan berserah. Sebab aku tahu, Dia tetap akan memberikan jalan dan membantu, walaupun kita ini bukanlah hambaNya nya yang taat. Dia tetap sayangkan kita walaupun kita ni kadang-kadang sebelah mata pun tak pandang Dia.


Dan Dia juga akan selalu menujukkan kebenaran dengan caraNya yang tersendiri. Kebenaran itu sama ada ia datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul.

Kita cuma perlu buka jendela hati dan pandang keluar.

.


18 March 2012

Hancur Musnah.

As Salam and Hello.



Apa yang aku percaya itu hancur
Sungguh aku tak sangka seperit ini sakitnya
Sungguh aku tak sangka airmata mengalir juga
Kerana satu-satunya insan itu

Aku sangka aku ini kuat, aku sangka aku cukup tabah, tapi kenapa mata tak mahu kering?
Aku pernah membayangkan sekiranya perkara ini terjadi pada aku, aku pasti boleh menerima.
Tapi rupa-rupanya benteng pertahanan aku tidaklah sekukuh mana. Lompong.
Ternyata sesuatu yang namanya cinta itu mampu melemahkan sekuat-kuat insan.
Sekarang aku faham, kenapa ramai orang yang musnah kerana cinta.


Antara cinta dan benci yang aku rasa,
Sungguh aku tak dapat memisahkan keduanya.


Pergilah kau mencari bahagiamu
Di saat engkau telah lelah nanti
Di saat tiada siapa lagi untuk kau kejarkan
Tiada apa lagi untuk kau dambakan
Tiada apa lagi untuk kau tagihkan


Cari lah aku
Aku di sini menunggu
Untuk menjadi yang terakhir.



.

12 March 2012

I'll Be There

As Salam and Hello.



When everything seems to be unfair, when all that you do is not appreciated, I'll take your hand, wipe away your tears, take you for a walk and remind you how special you are. If not for them, for me.






.

09 March 2012

Lelaki Anak Mak

As Salam and Hello.


Pernah dengar tak orang kata;

Kalau nak cari lelaki, carilah lelaki yang menyayangi, menyanjungi dan menghormati ibunya lebih dari segala-galanya dalam dunia ini. Lebih dari semua orang yang ada.

Apa relevannya di situ?

Kebanyakan perempuan, memang takut dan risau kalau kekasih/suaminya jenis anak mak. Salah satunya sebab itulah, dia akan melebihkan ibunya dari sesiapa pun.

Lagi satu, takut kalau kahwin dengan anak mak ni, selalu kena dera dengan mak mertua. Masalahnya kita orang Malaysia ni suka sangat biar diri dimomokkan dengan kisah dalam drama TV.

Tapi tahukah kamu, lelaki jenis anak mak ini seorang yang amat menghormati perempuan. Alah, mesti kau pernah dengar, kalau nak tau sama ada lelaki tu tahu menghormati perempuan, tengoklah dari cara dia melayan ibunya.

Tak perlu risau, malah kau sepatutnya bangga dan bersyukur kalau suami/kekasih kau jenis lelaki anak mak.

Sebabnya, syurga seorang lelaki itu tetap berada di bawah tapak kaki ibunya. Hah, hang tak mau laki hang masuk syurga ka?


Lagipun apa salahnya beralah dengan mak mertua sendiri. Lebih baik beralah dengan mak mertua sendiri dari terpaksa beralah dengan perempuan lain. Betul tak? Hahaha. Ok, tak kelakar.

InsyaAllah, satu hari nanti anak-anak lelaki kau pun akan mengikut jejak langkah ayahnya, lelaki anak mak. Kau tak mahu anak-anak lelaki kau  menyayangi, menyanjungi dan menghormati kau lebih dari segala-galanya dalam dunia ini? Lebih dari semua orang yang ada, termasuk lebih dari kekasih/isterinya?


.