As Salam and Hello.
Pernah dengar tak orang kata;
Kalau nak cari lelaki, carilah lelaki yang menyayangi, menyanjungi dan menghormati ibunya lebih dari segala-galanya dalam dunia ini. Lebih dari semua orang yang ada.
Apa relevannya di situ?
Kebanyakan perempuan, memang takut dan risau kalau kekasih/suaminya jenis anak mak. Salah satunya sebab itulah, dia akan melebihkan ibunya dari sesiapa pun.
Lagi satu, takut kalau kahwin dengan anak mak ni, selalu kena dera dengan mak mertua. Masalahnya kita orang Malaysia ni suka sangat biar diri dimomokkan dengan kisah dalam drama TV.
Tapi tahukah kamu, lelaki jenis anak mak ini seorang yang amat menghormati perempuan. Alah, mesti kau pernah dengar, kalau nak tau sama ada lelaki tu tahu menghormati perempuan, tengoklah dari cara dia melayan ibunya.
Tak perlu risau, malah kau sepatutnya bangga dan bersyukur kalau suami/kekasih kau jenis lelaki anak mak.
Sebabnya, syurga seorang lelaki itu tetap berada di bawah tapak kaki ibunya. Hah, hang tak mau laki hang masuk syurga ka?
Lagipun apa salahnya beralah dengan mak mertua sendiri. Lebih baik beralah dengan mak mertua sendiri dari terpaksa beralah dengan perempuan lain. Betul tak? Hahaha. Ok, tak kelakar.
InsyaAllah, satu hari nanti anak-anak lelaki kau pun akan mengikut jejak langkah ayahnya, lelaki anak mak. Kau tak mahu anak-anak lelaki kau menyayangi, menyanjungi dan menghormati kau lebih dari segala-galanya dalam dunia ini? Lebih dari semua orang yang ada, termasuk lebih dari kekasih/isterinya?
.
Masih Hangat
09 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Kata semangat:
x salah kalau kita mengalah
ye dimomokkan ngan cite tv..tp ade je mak mertua cm tu..posessive..tu yg agak takut tu..hehee harap2 dpt hubby yg elok2, mak mertua pn elok2..huhuu
betol2.. skrg org men hukum karma jer.. hihihi
cantikkk..
:-)
memang betuldan beruntung sebenarnya yang dapat lelaki anak emak ni..dan tambah tambah untung kalau kita sendiri boleh ngam ngan ibu mertua. Bonus tu. Tapi jangan sampai terabai kewajiban salah satu pihak.
perempuan itu misteri..
haha
ok jek anak mak....msti mak mertua syg kt kita...sbb jd isteri anak dia yg baik tu :D
x best pn dpt ank emak.. dh bsr2 pn nk tdo ngn mak lg.. meluat plk rsnya..
Post a Comment