Masih Hangat

03 April 2012

Berperang Dengan Hati

As Salam and Hello.


Satu waktu dulu aku pernah berperang dengan hati. Hati sendiri. Kau tau lah, dulu mana ada aku percaya cinta-cinta ni. Keras la kononnya. Akhirnya tewas juga.

Sekarang juga aku sedang berperang dengan hati. Lagi. Tapi kali ini berperang untuk sebab yang berbeza. Untuk mempertahankan keyakinan aku. Gila babi punya ayat. Macam minah kuntum.

Aku rasa ada orang yang sangat ambil berat pasal kehidupan aku. Sanggup buat macam-macam untuk buka mata aku, katanya. Terima kasih. Aku tau kau sayang aku (agaknya la). Kalau tak kau takkan bersusah-payah buat macam tu, kan? Walaupun aku tak kenal siapa kau, aku tetap berterima kasih walau apa pun niat kau yang sebenarnya.

Tapi apa yang aku nak percaya, semuanya terpulang pada aku. Aku tak kata aku percaya, dan aku juga tak kata aku tidak percaya. No, i'm not in denial. Dalam hati aku, aku tau apa yang perlu aku percaya. Aku bukanlah bodoh sangat. I'm a 27 years young woman. I have a brain and it's not malfunction. Aku tidak akan bertindak seperti budak-budak yang kehilangan akal, atau melakukan perkara yang boleh membuatkan orang melabel aku sebagai perempuan gila. Tidak. Aku takkan meletakkan diri aku serendah itu.

Aku cuma mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing, tidak ambil tahu. Aku sudah kebal, hati aku sudah keras. Kau tahu apa jadi bila hati perempuan sudah keras? No, you can never imagine unless you are a woman.

Aku cuma berpegang pada satu,

Kebenaran itu sama ada datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul.  Walaupun aku boleh saja mencari kebenaran itu sendiri, kalau aku mahu.

Buat masa ini, tolong berhenti. Serius aku penat weh. Penat sangat berperang dengan hati sendiri ni. Ok, aku nak nyanyi.

Tolong..
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti

Masalahnya, siapa yang nak bawa aku pergi ni?


Merepek sangat post budak ni kebelakangan ni. Macam dia sorang je yang ada masalah.


.