Masih Hangat
23 August 2011
Ku Terima Kau Kembali
As Salam and Hello.
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Ku tahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk!
Tentang aku dengan berani
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.
(Penerimaan, Cairil Anwar)
Secara jujurnya, aku ini seorang pencinta bahasa. Aku sangat mengagumi karya-karya dari seniman negara seperti A. Samad Said dan yang seangkatan dengannya. Bagi aku, mereka mampu membuatkan pembaca larut dalam keindahan bahasa yang mereka gunakan. Lihat saja seperti puisi di atas.
Kalau kau semua perasan, aku selalu menggunakan Bahasa Melayu lengkap di setiap entri aku. Kerana aku begitu menjunjung tinggi bahasa bangsa yang aku banggakan ini. Dan kerana itu, hati aku seperti terluka apabila ada yang cuba mengubah suai bahasa yang sudah cukup indah ini.
Kitew, dowh, sayerw, kaw dan yang lain. Aku tak pasti pula kalau guru Bahasa Melayu sekarang memang mengajar seperti ini atau sememangnya bahasa indah ini telah mengalami transformasi yang aku sendiri tidak ketahui.
Ah, sungguh kasihan bahasa bangsaku.
Labels:
Random
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 Kata semangat:
wah..bersastera tu.hehe
sejujurnya,ca'ah mmg meluat dgn penggunaan bahasa yang so-called trend skang ni. nk tulis ringaks takpe jugak,ni smpai dh ubah2 ejaan jadi pelik2
after this akan lebih mementingkan bahasa ibunda kita..(",)..ada juga saya mengeluarkan perkataan-perkataan itu..akan lebih memperbaiki keadaan..(",)..
bestnya kata-kata yang indah
bahasa jiwa bangsa...
indah berbahasa meruntun jiwa, lagi elok kalau berbahasa yang betul-betul tanpa ubah suai yang melampau... ^_^"
dorang ni tulis sampai lidah pun nak tergeliat menyebut...huhu
bahasa mencerminkan jiwa..ececehh #tetibee
haah betul2.bahasa jiwa bangsa :) sangat cantik puisimu itu.Oo penggemar bahasa..no wonder lah :)
sy juga sependapat dgn awk..sbb tu sgt mementingkan ayat,wlaupun skema dibaca...tapi tidak merosakkan ayat dan bahasa :)
yeah,aku juga seorang pencinta bangsa dan aku amat kagum ngan Dr.Lim Swee Tin walaupun beliau berbangsa cina ttp menyanjung tinggi keindahan bhs kita,.owh bangsaku,dimana kah jiwa bahasa mu?
katakata indah
nice
:)
haha nice entry.. Itu membuktikan jajahan bahasa pasar sedang berleluasa..
hehe...peminat sastra nh..
kdng2 just shortform or singkatan..xde niat tuk mngine bhse ibunde sendri...
best entri ni..suka baca sastera ni.. kih kih kih
yep..memang belum lagi yang guna kependekan..haihh
wow,betul jugak tu.tp kdg2 maybe dorg rse gune bhase mcm tu,taklah nmpk mcm formal sgt.dlm berblogging ni kan org lg suke bce en3 style sntai2,senang and best2.tp sye sokong awk lah sbb even kalau nak sntai2 skalipun,tp gune pktaan itew,cye watsoever tu,sye pun naik mympah dgn bhase gedik tuh.hii :)
nice entry dowh.keep it up!
wow! entry yang bagus ni
aku setuju. aku geli baca yang kitew suker awak lerrrr~ eemm. sumpah xcool langsung.
sangat puitis
bahasa jiwa bangsa kan :)
bhasa jiwa bngsa..tp bhsa kita akan ada prubhan..
mcm bhsa kita bru 80/100 tahun dia wujud..bhs lain mcm BI n cina, dah lebih 400 taun, n mngalami plbagai cmpuran bhsa..
sbb tu linguafranca skrg bnyk BI n cina
sgttt setuju... xsuke yg merosak2kn bahasa... nk baca pun susah =.="
bahasa menunjukkan bangsa.. :)
terima kasih...memang sangat2 suke dengan orang yg mementingkan kedaulatan bahasa...
terbaik lah.:)
ada tak rasa nak bagi penampar korea kat orang2 yang main-mainkan bahasa melayu? ada kan? heh...pk style kot diorg2 tu...
Post a Comment