As Salam and Hello.
Aku selalu tertanya-tanya apa rasanya menjadi yang kedua. Menjadi yang kedua dalam hidup seorang lelaki, maksud aku.
Aku faham, soal rasa dalam hati ini kita tak boleh nak halang. Bukan dalam kawalan kita juga. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.
Kau tiada niat untuk merampas. Kau cuma mahu menumpang kasih, walau tiada ikatan akan terjalin. Tempat meluahkan perasaan, berkongsi rasa susah senang. Tapi aku pasti, bila seorang perempuan telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua perempuan begitu. Mahu memiliki orang yang disayangi.
Ya, kau memang bukan orang jahat. Aku tahu itu. Cuma kau dianggap ' jahat' kerana bercinta dengan suami orang. Kau jatuh sayang pada suami orang.
Tapi kau sama sekali tak boleh salahkan yang pertama jika dia 'menyerang' kau. Itu adalah tindakan normal seorang perempuan yang sayangkan suaminya. Tindakan yang baginya dikira wajar jika itu dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Mana-mana perempuan yang paling lemah-lembut dalam dunia pun boleh menjadi segarang-garang harimau betina jika kesayangannya 'diganggu'.
Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kau sibuk menjaga dan pentingkan hati sendiri, kadang-kadang tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kau dalam kasut dia.
Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan? Dan dalam keadaan yang tidak bersedia sama sekali.
Ah. Kau faham apa yang aku mahu sampaikan. Kau juga seorang perempuan.
Girls, it's not wrong for you to love someone. But if the love you feel bring tears to someone else, please be fair.
Kita semua perlu belajar menghormati kepunyaan orang lain. Aku pasti kisah ini ada sambungannya.
.
Masih Hangat
30 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
26 Kata semangat:
hmm..betul jgk kn..
jaja pegang dgn pepatah >> respect others than u'll be respected! it wud be fair
yup. setuju sngt.:)
tp susah nk jumpa yg baik. ngee~
setiap perbuatan ade balasan dari Allah nanti...
Agreed!
yea la kot
Saya pun setuju..tapi taknak komen lebih2 takut tersalah cakap
He knows better..He doesn't do somthg for nothing..
aku faham dan aku tak nak org len kacau kesayangan aku.. dan aku takkan kacau kesayangan orang lain
aku suka.pada aku la..secara jujrnya aku salahkan lelaki sebab terlalu beri perhatian.perempuan ni mudah rasa lemah dan rasa diambil berat jika lelaki mula beri perhatian lebih padanya.hmm
susah ooo. aku pernah 'berpura-pura menjadi yg kedua". sekadar berpura-pura pun dah rasa bersalah teramat2.
pernah juga hampir2 menjadi yang kedua. lagilah tak sanggup nak teruskan.
kita manusia ni masing2 ada sisi jahatnya. klu sisi jahat tu dh terlebih bisik tu yg buat kita pentingkan diri.
tersangat betul.
kalau kita kacau rumahtangga orang,lambat laun hukum karma akan dtg jugak pada kita.
sokong afzal...
ditambah pula...bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
agak2 bahagia tak berkasih sayang diatas kesedihan pihak lain????
penah merasai sekejap pengalaman itu...huhu langsung tak bestttt!!!
setuju folow sini
http://cikwanielovela.blogspot.com/
true :) *sigh*
sedihlah jadi yang kedua :(
nice. saya stuju sangat2!
yeahh setujuuuuu...kasii 100% untuk kata2 ini:"Girls, it's not wrong for you to love someone. But if the love you feel bring tears to someone else, please be fair.
haaa. agree with that :D
setuju^^
^_^..
masalahnya ramai perempuan jahat zaman sekarang nie. selfish.
yela...
banyak hubungan musnah keran orang kedua ni...
ia sangat menyakitkan bila orang yang kita sayang cuba diganggu dan dirampas oleh kaum sendiri , titik.
Post a Comment