Masih Hangat

26 November 2011

What I Love About Weddings

As Salam and Hello.


Aku memang suka majlis perkahwinan. Di majlis perkahwinan, kau boleh nampak dan rasa aura cinta yang wujud antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. You can feel the love, orang putih kabor. Dan bukti akan kehadiran aura cinta itu kau boleh nampak pada wajah pengantin perempuan yang sangat cantik. Bukan cantik sebab sentuhan mekap, tapi sebab seri yang terpancar dari wajah.

Eh, pengantin lelaki pun ada seri juga, tapi yang paling jelas mestilah seri pengantin perempuan.Ya, nak kenal pasti wajah orang perempuan yang bahagia, salah satu masanya adalah pada hari perkahwinannya. Kau tengok pada senyumnya, somehow kau pun turut rasa ingin senyum sekali. Kecuali kalau kena kahwin paksa, aku tak tahu lah.

Di majlis perkahwinan kau boleh nampak saudara mara dan mungkin kawan-kawan berkumpul dan membantu apa yang patut. Semua orang ada kerja masing-masing. Oh abaikan segala macam perkara negatif yang mungkin berlaku di belakang tabir. Memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar adalah matlamat utama. The rest, simpan dalam kotak memori.

Ya, aku baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sekolah. Satu lagi yang best pasal wedding is, kau boleh jumpa kembali kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, walaupun dengan hanya sekadar teguran hai dan bai. Kemudian secara automatiknya seolah-olah muncul flashback tentang memori yang kau simpan tentang setiap seorang dari mereka.


Yang tak bestnya tadi, ada orang cakap muka aku cengkung macam mayat hidup. Oh, lagi satu dia cakap dulu aku lawa, sekarang dah tak lawa. Rasa nak bagi kaki pun ada. Duh sentap mak nak. Obviously sebab muka aku yang cengkung dan nampak tak bermaya, tak fresh dan jerawat dan segala macam lagi. Haihh.

Sesiapa ada petua nak tembunkan pipi? Sila bagitau aku. Pipi sahaja, badan tak mahu.


So, what do you love about weddings?


.

23 November 2011

There Are No Mistakes In Life, Only Lessons.


As Salam and Hello.


.

21 November 2011

Mantera Anjasmoro Untuk Kau Yang Kupuja

As Salam and Hello.



Jujurnya, aku bukanlah orang yang percaya pada benda-benda mistik atau supernatural ini. Sungguh. Bukanlah sebab aku ini moden pemikirannya, cuma aku tak faham bagaimana seorang manusia normal boleh buat perkara-perkara sebegitu.

Kalau diikutkan fitrah manusia, kita memang dijadikan untuk cintakan kebaikan. Tapi kini aku makin faham. Kalau ada putih, sudah tentu ada hitam.

Apa penyebabnya? Terdesak untuk mendapatkan orang yang dipuja atau sekadar memuaskan keinginan dalam hati? Tapi aku percaya, walau sejahat mana pun pelaku ilmu hitam ini, dalam hatinya tetap akan diselubungi kebimbangan dan ketakutan.

Dan tak perlu tipu, kau juga akan sentiasa dihantui rasa berdosa. Sedangkan buat kerja jahat sikit pun dah takut dan rasa serba salah dalam hati, inikan pula kau buat kerja menyekutukan Tuhan.

Kita semua perlukan lelaki atas sifatnya yang patut ada sebagai seorang lelaki. Pembimbing, pelindung, penyayang etc. Kalau kau dah buat dia tunduk di telapak kaki kau, how do you expect dia akan lindungi kau sedangkan dengan kau sendiri dia menyerah dan tunduk patuh.


Haih. Macam-macamlah dunia ni. Bak kata pepatah, ' Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh dapat kau. Tak dapat cara baik, aku guna cara jahat '.


Ada ke pepatah macam tu? Lantak.


.

18 November 2011

Perempuan dan Kelemahan

As Salam and Hello.


Orang lelaki, mari sini aku nak cerita. Sebenarnya, bukan susah pun kau nak dapatkan wanita dambaan pilu kau. Hanya perlu jalankan taktik mudah. Ambil berat, beri perhatian, prihatin, hulurkan pertolongan,belai-belai sikit jiwa dia, confirm dia tangkap cinta dengan kau.

Nak-nak lagi bila dia ada masalah dengan boyfriend dia ke, ada masalah keluarga ke, bergaduh dengan kawan ke, ada masalah kewangan ke. Bila kau beri perhatian pada dia, ambil berat masalah dia, bonus kalau kau tolong dia selesaikan masalah dia itu, mesti dia lentok sama kau.


Orang perempuan ini mudah cair kalau ada orang ambil berat dan beri perhatian pada dia. Rasa diri disayangi. Sebab tu aku tak berapa berkenan kalau orang perempuan berkawan baik dengan lelaki. Kemungkinan untuk dia jatuh cinta dengan kawan baik dia sendiri adalah 99%. Sedangkan lelaki tu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan, tapi dia pulak sudah feel lebih.


Atau bila ada lelaki SMS, mesej atau call dia, mulalah berfikiran bahawa lelaki tu sedang dalam percubaan untuk mengorat dia. Tak dinafikan perempuan ini sifat perasan dia memang tinggi. Sebab tu kalau kau lelaki, kau mesti pandai letakkan batas dalam pergaulan dengan perempuan. Itu pun kalau kau tak nak terjebak dalam hal-hal tak sepatutnya. Diulangi, kalau kau tak nak.

Sebabkan taktik yang ini jugalah ramai perempuan yang jatuh cinta dengan suami orang. Kalau kau tanya apa punca dia jatuh cinta dengan orang dah beristeri, dia akan jawab sebab lelaki tu memahami, ambil berat dan faham apa yang dia nak. Biasalah, suami orang dah banyak pengalaman. Dah tau apa yang orang perempuan nak, jadi dia ambil kesempatan atas apa yang dia ketahui.


Jadi, kalau kau dalam perancangan nak mengorat perempuan nak jadikan awek ke, skandal ke atau tambah cawangan ke, jangan lupa jalankan taktik ini.

Oh.

'Perempuan' dalam karangan ini adalah jenis perempuan yang tidak kental dan kekurangan kasih sayang. Alah, kalau kau dah pasang niat dan memang ada hati nak buat, mesti kau pandai letak sasaran kan?

Sekian.


.

17 November 2011

Ayat Reject Lelaki Dan Maksud Tersirat

As Salam and Hello.


Ayat yang selalu digunakan lelaki untuk mereject perempuan dan maksud tersirat di sebaliknya.

Shoot !

1) Aku sayang kau tapi aku anggap kau tak lebih macam adik sendiri. (Kau tak cantik !)

2) Ada jurang antara kita. Siapalah saya nak dibandingkan dengan keluarga awak yang datang daripada keluarga senang. (Kau tak cantik !)

3) Saya tak berapa pasti lagi. Apa kata kita berkawan dan berkenal-kenal dulu? (Kau tak cantik !)

4) Ada banyak perkara belum settle lagi. Tunggulah bila saya dah stabil. (Kau tak cantik !)

5) Saya dah ada kekasih. Awak terlambat sikit je. Kalaulah kita bertemu lebih awal. (Kau tak cantik !)

6) Saya tak date dengan perempuan satu tempat kerja. Susah. (Kau tak cantik !)

7) Percayalah cakap saya. It's not you, it's me. (Kau tak cantik !)

8) Saya nak tumpukan perhatian pada kerjaya. Kalau saya sibuk sangat, takut nanti saya abaikan awak pula. Tak adil. (Kau tak cantik !)

9) Saya nak hidup membujang je. Kalau saya dah bersedia, mungkin kita akan bersama. (Kau tak cantik !)

10) Kita berkawan je lah.  Ah, perasaan ni sekejap je, nanti hilanglah. (Kau memang tak cantik !)

Ayat-ayat yang common, tapi sahih atau tidak maksud tersirat tu, kau kena tanya sama orang lelaki lah. Atau kalau kau berani, tanya sendiri pada orang yang reject kau. Err kalau kau kena reject la. Ok?



.

15 November 2011

Awek Paling Market Dalam Kampung



As Salam and Hello.


Masa Caldina (Caldina adalah sebuah kereta, bukan perempuan) tengah hot dulu, adik aku pernah cakap sama aku;

Angah, apa kata kau tolak kereta kau ni, kau ambik Caldina. Smart weh. Kalau kau pakai Caldina, kau lah awek paling market dalam kampung ni.

Aku tidak membalas dengan kata-kata, cukuplah sekadar pandangan dengan jelingan yang padu. Tapi dalam hati memang tergelak dan cuma mampu berkata;


Wak lu. Akak kau ni nak hidup bulan-bulan pun semput, nak bayar kereta yang ada tu pun terketar-ketar, kau nak suruh aku tolak-tolak pula ya.


Tapi kalau aku banyak duit (duit sendiri), takde aku nak beli Caldina. Koman-koman pun BMW X6. Ehem!! Bukan saja awek paling hot, tapi awek paling terbakar dan menjadi idaman mak mertua.

Inilah gadis bernama Caldina itu.


But somehow his words made me think,

Adakah dia bercakap dengan hanya berdasarkan penggunaan kapasiti otak budak lelaki berusia 17 tahun, ataupun sememangnya di sudut terdalam seorang lelaki terdapat sifat materialis yang sinonimnya dilabelkan kepada orang perempuan.

Eh tapi sifat materialis ini sememangnya ada pada lelaki, jika tidak takkan terwujudnya terma Gigolo itu. Hmmm. Lelaki sekarang semakin materialis. Yeah i know, i know. Takde bezanya lagi lelaki dan perempuan. Zaman sekarang semuanya duit. Nak jadi negara moden kan?



Ehem !!

Rasanya kalau lepas kahwin nanti I nak mintak husband I sambung bayar kereta I tu, agak-agak dia sudi tak ya?

* Tiba-tiba 'I'. Gedik ok !! *



.

13 November 2011

Skala Gadis Sempurna

As Salam and Hello.



Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.

Kononnya untuk mencapai skala gadis sempurna yang dia idamkan itu.


Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?

Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri kau yang sebenar. Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau ciptakan.

Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?

Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.

Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya menyatukan kau berdua.

Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?




Ah.

Aku pernah bilang sama dia 'kita banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.

*Senyum*


Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi gadismu yang bebas dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?



.

09 November 2011

Don't Try To Fix Me. I'm Not Broken.

As Salam and Hello.


Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.


Mereka kata;

'Takde orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'


Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.

Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?

Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?

Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.


Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 dicampur 2. 3 campur 1 juga boleh kan?



.

07 November 2011

To The Single(s)


As Salam and Hello.


So,



.

04 November 2011

Stand Up For What You Believe In, Even If You're Standing Alone.

As Salam and Hello.


Mak selalu cakap yang aku ini keras hati, degil, keras kepala dan yang sewaktu dengannya lagi. Sebenarnya aku cuba belajar sesuatu itu dengan cara sendiri, supaya aku faham dan ingat. Supaya aku tidak lupa. Supaya dapat aku jadikan sebagai pengajaran.

Ya, mungkin aku boleh belajar dari pengalaman orang lain, tapi aku mahu sesuatu yang aku belajar dari apa yang aku lalui sendiri. Sesuatu yang boleh aku panggil 'from my own experience'.

Bila aku melakukan sesuatu yang aku yakin tapi pada akhirnya itu adalah salah, maka aku mengaku. Dan aku belajar. Belajar sesuatu dari pengalaman sendiri itu adalah sesuatu yang bermakna dan kau akan ingat sampai bila-bila.

Cuma kedegilan dan kekerasan hati aku ini selalu disalah anggap dan mungkin mengundang sakit hati ramai orang, but i can't help it. It's me. In a world where i can be anything, i just want to be me. Something i called 'myself'.

Sorry you can't define me. Sorry that i speak my mind. Sorry if i don't fake it. Sorry i come too real. I'll never hide what i feel.

Sorry I'm not perfect. Sorry i don't give a damn. Sorry i just know what i want. I won't let you break me.

Satu yang boleh aku katakan untuk kamu,

Some people will say you are going the wrong way when it is simply a way of your own.

So just be yourself. No one can ever tell you that you're doing it wrong. Live right now, after all it's your own life. It doesn't matter if it's good enough for someone else. At the end of the day, if they hate you, then forget them.


.

02 November 2011

Usia Ideal Untuk Menikah

As Salam and Hello.


Seorang perempuan, apabila telah mencapai usia tertentu dalam hidupnya akan mula kerap didatangi dengan persoalan 'bila nak kahwin?'. Seorang perempuan, apabila telah mencapai usia tertentu dalam hidupnya akan mula mengalami tekanan yang datangnya dari masyarakat sekeliling berkenaan persoalan itu.

Tekanan ini walaupun dialami juga oleh orang lelaki, tetapi tidaklah sehebat yang dilalui oleh orang perempuan. Apabila usia seorang perempuan mula menjangkau sekurang-kurangnya 27 tahun, akan ada yang berani-berani untuk memberi gelaran 'andartu' padanya.

Walau sebenarnya mungkin pada usia itu dia masih tidak bersedia untuk berkahwin, bukan kerana tak laku.

Kau kata sekarang zaman moden, tiada siapa yang peduli dengan itu lagi? Heh. Kau silap. Semakin moden pun kehidupan, pemikirannya terkadang masih di takuk itu lagi.

Tak perlu tunduk dengan tuntutan masyarakat. Pada akhirnya, kau yang akan menjalani kehidupan itu sendiri. Bukan mereka. Mereka hanya akan menebeng mengintai dari tepi.

Bila usia ideal untuk menikah? Pada aku jawapannya senang sahaja. Usia ideal untuk menikah ialah apabila kau telah benar bersedia untuk menjalani pernikahan dan kehidupan pasca pernikahan itu, walau berapa pun usia kau pada waktu itu.


18, 20, 25, 28, 32, 35, 40 tahun?. Yang penting kau telah bersedia dan pasti.

Pernikahan bukan hanya sekadar bergantung pada usia atau umur. Ia adalah mengenai keyakinan.


.