Masih Hangat

18 November 2011

Perempuan dan Kelemahan

As Salam and Hello.


Orang lelaki, mari sini aku nak cerita. Sebenarnya, bukan susah pun kau nak dapatkan wanita dambaan pilu kau. Hanya perlu jalankan taktik mudah. Ambil berat, beri perhatian, prihatin, hulurkan pertolongan,belai-belai sikit jiwa dia, confirm dia tangkap cinta dengan kau.

Nak-nak lagi bila dia ada masalah dengan boyfriend dia ke, ada masalah keluarga ke, bergaduh dengan kawan ke, ada masalah kewangan ke. Bila kau beri perhatian pada dia, ambil berat masalah dia, bonus kalau kau tolong dia selesaikan masalah dia itu, mesti dia lentok sama kau.


Orang perempuan ini mudah cair kalau ada orang ambil berat dan beri perhatian pada dia. Rasa diri disayangi. Sebab tu aku tak berapa berkenan kalau orang perempuan berkawan baik dengan lelaki. Kemungkinan untuk dia jatuh cinta dengan kawan baik dia sendiri adalah 99%. Sedangkan lelaki tu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan, tapi dia pulak sudah feel lebih.


Atau bila ada lelaki SMS, mesej atau call dia, mulalah berfikiran bahawa lelaki tu sedang dalam percubaan untuk mengorat dia. Tak dinafikan perempuan ini sifat perasan dia memang tinggi. Sebab tu kalau kau lelaki, kau mesti pandai letakkan batas dalam pergaulan dengan perempuan. Itu pun kalau kau tak nak terjebak dalam hal-hal tak sepatutnya. Diulangi, kalau kau tak nak.

Sebabkan taktik yang ini jugalah ramai perempuan yang jatuh cinta dengan suami orang. Kalau kau tanya apa punca dia jatuh cinta dengan orang dah beristeri, dia akan jawab sebab lelaki tu memahami, ambil berat dan faham apa yang dia nak. Biasalah, suami orang dah banyak pengalaman. Dah tau apa yang orang perempuan nak, jadi dia ambil kesempatan atas apa yang dia ketahui.


Jadi, kalau kau dalam perancangan nak mengorat perempuan nak jadikan awek ke, skandal ke atau tambah cawangan ke, jangan lupa jalankan taktik ini.

Oh.

'Perempuan' dalam karangan ini adalah jenis perempuan yang tidak kental dan kekurangan kasih sayang. Alah, kalau kau dah pasang niat dan memang ada hati nak buat, mesti kau pandai letak sasaran kan?

Sekian.


.

28 Kata semangat:

Anum said...

renungkan dah selamat beramal

Elie Lily said...

syukur elie tak tergolong dalam golongan yg cepat cair dengan perhatian dari lelaki.. hehe

Qil_Zawawi said...

muj0r qil ssh nx syg 0rg.,kwn mmg ramai lelaki.,tp xpnh ade feeling.,evn dye0rg baek n aweyz ade time ssh :)

Hanis Mohamad said...

yeah! we same Qil_Hoshi..
klau dlam drama ngan novel bnyk kli lh pristiwa cm ni.. ppuan mmg cmtu kn. tpi tk semua. =]

hyz said...

tapi kena hati2 gak kalo bab masalah kewangan tu.. jgn kena kikis sudahhhhhhhh heheh

Azhafizah MN said...

feeling boleh..tapi kalau hak org,xyahlah kot..huhu

ewanrani said...

wah perempuan dan kelemanan tu...nice info...leh tahu...

Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

Miss Purple Ungu said...

ingatan buat kaum perempuan ;)

afzalsukasuki said...

pompuan ada masalah lomah2..den ada jual makjun cap pakman tempe

Anonymous said...

lelaki kau jangan sesekali main2kan hati perempuan!

perempuan kau jangan sesekali rampas hak orang!

emo* haha

Aien Not Alien said...

belaian jiwaaaa....hahaha..


jangan mudah tangkap lentok...yang indah didengar tak semuanya indah dialam nyata..kannn...

Puan Kutu said...

haha terbaik!like entry nie..:)

Dofi Fido said...

Yeahh . saya setuju . suke entry nie :)

Unknown said...

sangat betul.... hmmm harap kaum lelaki jangan senang2 mempermainkan hati wanita ye.. =)

adwafarahin said...

serius dri ni mmg cpt cair klu ade laki yg amik berat..aishh ssh la kan mcm nie..takut teperasan sendri haha

tirahzairi said...

oleh itu...jgn mdh cair ngn laki nie...kne kuat kn dri la...

Kak Sal said...

muahhaha..soo..pompuan2 sumee..namau lembik2 k...jgn mudah pasan2 k...jgn nak feel lebey2 tauu...

Unknown said...

lelaki kadang-kadang tak lelebih pun. tapi perempuan 'ni' yang senang sangat perasan.
banyak kali dah kena T_T

Unknown said...

owh,,lagu 2..dah makan lom? hoho

Idayu Harun said...

>_< Kang x psl2 syok dgn bestfried sndiri .. wat malu je

sayakayrulez said...

cam de bibit2 cinta jew

Sha said...

wahhhhhhh :)

ch000tz said...

tidaaaaaaaaaaaaakkkkkk >_<

milo said...

btul3..pompuan kuat perasan n sng tuk jatuh cinta..tapiii xsemua mcm tu..most of them :)

Mya Amyra said...

betul betul. kene kuattt !!

Anonymous said...

ouuu
greatt ;D

Farihah Ahmad said...

aku macam spesis tak berapa nak kental jaaahhh

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

suka entri nie :)