Masih Hangat

26 November 2011

What I Love About Weddings

As Salam and Hello.


Aku memang suka majlis perkahwinan. Di majlis perkahwinan, kau boleh nampak dan rasa aura cinta yang wujud antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. You can feel the love, orang putih kabor. Dan bukti akan kehadiran aura cinta itu kau boleh nampak pada wajah pengantin perempuan yang sangat cantik. Bukan cantik sebab sentuhan mekap, tapi sebab seri yang terpancar dari wajah.

Eh, pengantin lelaki pun ada seri juga, tapi yang paling jelas mestilah seri pengantin perempuan.Ya, nak kenal pasti wajah orang perempuan yang bahagia, salah satu masanya adalah pada hari perkahwinannya. Kau tengok pada senyumnya, somehow kau pun turut rasa ingin senyum sekali. Kecuali kalau kena kahwin paksa, aku tak tahu lah.

Di majlis perkahwinan kau boleh nampak saudara mara dan mungkin kawan-kawan berkumpul dan membantu apa yang patut. Semua orang ada kerja masing-masing. Oh abaikan segala macam perkara negatif yang mungkin berlaku di belakang tabir. Memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar adalah matlamat utama. The rest, simpan dalam kotak memori.

Ya, aku baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sekolah. Satu lagi yang best pasal wedding is, kau boleh jumpa kembali kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, walaupun dengan hanya sekadar teguran hai dan bai. Kemudian secara automatiknya seolah-olah muncul flashback tentang memori yang kau simpan tentang setiap seorang dari mereka.


Yang tak bestnya tadi, ada orang cakap muka aku cengkung macam mayat hidup. Oh, lagi satu dia cakap dulu aku lawa, sekarang dah tak lawa. Rasa nak bagi kaki pun ada. Duh sentap mak nak. Obviously sebab muka aku yang cengkung dan nampak tak bermaya, tak fresh dan jerawat dan segala macam lagi. Haihh.

Sesiapa ada petua nak tembunkan pipi? Sila bagitau aku. Pipi sahaja, badan tak mahu.


So, what do you love about weddings?


.

8 Kata semangat:

Muis Ismail said...

hye
nice words u have
done following u
can link me back on
http://itsmymuislife.blogspot.com

Unknown said...

haha terhinanya. "dulu cantik sekarang tak cantik". XD

nak tambah, best dapat makan free, dapan minum sedap, dapat kuih sedap. haha

yang tak bestnya kat sini la kita boleh tengok perubahan orang Melayu. dengan fesyen yang membalut aurat mereka tu. sedih

Koding said...

Orang nama Seri...
Sentiasa ada seri...

Salam Maal Hijrah ..
Moga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam..

Ungu Violet said...

skang ni mmg musim kawen kan..

kene kawen gak kot baru pipi leh jadik tembam....ekekekeke..:P

abby said...

best gi kenduri kawen kan..dpt mkn nasi minyak :)

nk tembunkn pipi je? susah sikit ni, biasa kalu badan naik, pipi confirm naik menggebu jgk..

senyum selalu kot? :)

Semut Senyum said...

bakal pengantin tahun dpn ni..
cara nak tembamkan pipi... setiap hari kalau amik wuduk ke, cuci muka ke, mulakan dari bawah ke atas...

ada masa lapang, urut tulang pipi ke atas...

petua dari sorang nenek..
Selamat mencuba!

kueh bakar said...

skodeng pengapit
haha

kueh bakar said...

skodeng pengapit
haha