As Salam and Hello.
Seorang perempuan mempunyai pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan fizikal atau dengan kata lain menutup ketidaksempurnaan diri, berbanding dengan lelaki (lelaki tulen).
1) Dada yang menggiurkan. Dada yang leper atau tidak memberangsangkan boleh bertukar menjadi montok dan menjadi daya tumpuan dengan bertukar kepada push-up bra atau padded bra.
Da bomb!! Pandai-pandai lah cari push up/padded bra yang bersesuaian. Sekarang kau tak perlu jealous dengan Rozita Che Wan lagi.
2) Bentuk badan sempurna. Bentuk tubuh yang tidak berapa curvy atau terlebih lemak boleh disembunyikan dengan memakai korset untuk mendapatkan ilusi langsing dan figure berlekuk macam jam pasir. Ya, perempuan memang sanggup sakit untuk nampak cantik. Kepuasan diri, katanya.
Figure 36-24-36 boleh dicapai dengan bantuan korset. Sakit sikit kena tahan la. Nak cantik kan?
3) Mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Atau dari mata turun ke hati. Mata yang besar dan bersinar sinar memang boleh memukau sesiapa yang memandang. Bila kita bercakap dengan seseorang pun kita akan pandang pada mata nya dulu kan (bukan terus pada dadanya). Mata yang bewarna selain coklat kehitaman adalah satu bonus. Sekarang kau cakap je nak mata warna apa, semua ada. Dari sekecil-kecil mata, kau boleh mendapat sebesar-besar nya. Perempuan comel mata besar, siapa tak nak oh?
Pemakaian contact lenses banyak membantu. Pilih saja ukuran diameter dan warna yang berkenan. Faktor rabun bukan lagi satu alasan utama untuk memakainya. Malangnya aku ni penakut.
4) Wajah jelitawan. Tak susah, dengan bantuan pelbagai jenis alat mekap dari pelbagai jenama. Segala kekurangan atau cela pada wajah dapat disembunyikan. Yang kurang dapat dilebihkan. Mata sepet boleh jadi besar, bibir nipis boleh jadi tebal, kulit gelap boleh jadi cerah, kulit kasar boleh jadi halus.
Dengan kuasa mekap, anything is possible bebeh!!
5) Pinggul montok rasa nak tepuk. Apalah guna dah pakai push-up bra dan dapat dada yang montok serta badan yang menggiurkan, kalau punggung mu leper saja. Kini bukan lagi masalah, dengan terdapatnya silicone padded butt apa kejadah.
Pakai bendalah ni punggung nampak tebal sikit. Pandai-pandai lah jangan bagi sesiapa tepuk. Nanti terbongkar rahsia you.
6) Ketinggian melampai bak model. Ketinggian juga boleh menjadi satu dilema pada perempuan. Habis tu kau ingat kenapa boleh ada tercipta high heels sampai 12 inci? (eh ada ke? Ok yang ini aku main bantai je). Tapi point penting adalah, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan ilusi langsing pada perempuan. Kaki nampak panjang gitu. Kalau boyfriend galah, bila pakai heels barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Walaupun terdapat kajian yang mengatakan pemakaian high heels dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang, tapi peduli apa. Itu bukan penghalang.
Ini adalah sampingan. Tahukah anda bahawa perempuan mempunyai pelbagai pose untuk menampakkan dirinya kurus dalam gambar? Contohnya, ambil gambar dari angle atas/condong/45 darjah untuk sembunyikan dagu berlapis, menjadikan mata nampak besar dan muka kiut. Ini adalah pose paling ramai orang buat.
Menjadi seorang perempuan ini sangat bertuah, bukan? Ketidaksempurnaan itu boleh dikatakan tidak lagi wujud. (Dari pandangan luaran).
Maka, pada pandangan anda, adakah perempuan ini merupakan makhluk
a)tak pandai bersyukur atau tak puas dengan apa yang ada
b)kurang keyakinan diri
c)terlalu mengejar kesempurnaan
d)tuntutan nampak cantik setiap masa di hadapan semua orang
e)memang suka nampak cantik untuk kepuasan diri
f)nak pikat lelaki?
g)kesemua di atas.
Entry berkaitan:
Wanita dengan kecantikan palsu
Sekeping gambar itu boleh menipu
47 Kata semangat:
pada pndangan sy utk kepuasan diri sebenarnya..
mls dh nk dgr org ckp, "ko nie kurus sgt lah. xmakan ke?"
kdg nk jer ckp, soalan bodoh ke? klu xmkn, aku mati lah !
hahaha. bnayak cara perempuan boleh jadi cantik..
suka part "Rambut mayang mengurai" tu.. haha.. lawak2..
pompuan ngan kecantikan tak dapat di pisahkan kot..=)
nice one... suka gila entry ni...
org pompuan bole round2 mall dgn kasut tinggi sbanyak 3 kali, org kali boleh ke??? baru stengah round dah bising
hehehe
tu sebab aku syg kb.. dia cantik asli...
hoho..no wonder la ladies ada yang snggup g buat plastic surgery demi nak nampak cantik..
bersyukurlah dengan apa yang tuhan dah bagi..
walaweh.hehe betoi tu.laki2 pon mesti pandang benda2 di atas ni..saya je yg baik,tak memilih.kehkehkeh
kalau cantik sangat susah plak nak jage.. :) nanti semue mate mandang.. hahaha..
menarik2 tapi sedih semua palsu2..bukankah ini satu penipuan???
tak salah kalau nak cantik? tapi suka yang asli..pendapat bro je!!!
cntik xpenting
janji hati mau baik =)
adoi time bulan puasa nila aku tertengok gambar2 macam ni!!!
biar lah muka biasa2 tp hati baik.. :)
ada pmpuan yg ska brhias cntik2,dan dengan muka yg menawan + senyuman menggoda dia menarik byk prhtian lelaki2 tak kira umr utk bktikan dialah pmpuan pling cntik dn bleh dptkn spe sja yg dia nk tak kra lah lelaki org pun..HUH!
rasenye macam kesemua diatas pom ade .
hehe
kebanyakan wanita semua nak nampak cantik .
:)
nice..
terlalu mencari kesempurnaan..x kekal..plastic di situ ;)
Errr... yg natural tu pntg..
*Na cntik utk kpuasan dri je.. :)
cntik dluar xsmestinya cntik ddalam :)
betol2.. hahaha
perghhh..gua xleh btol baca entry bergambar cmni...huaaaarggggh!!!!!
lepas abis baca, dok ulang 4x lg tgk gmbr jek!!
@izfanora masalah yang sme juga...wuu..tinggi da terlebih tinggi da kot..berat yang x cukup...asek kene ejek je..
cantik dr dlm adalh yg terbaik :)
Apa pun ... KC percaya pd kecantikan semulajadi. simple, ringkas itu menawan. tp tu la .. KC pun sesekali ber contact lens warna warni gak. Hihi.
mata pompuan tu cntik lps pkai cntact lense.tp biar la natural.natural is the best.haha
cantik..siapa tak suka. usaha tangga kejayaan.yay
lebih suka jadi diri sendiri.heh3
menarik sungguh..
waa.. byk part x ori ni, huh...
semua wanita ade keinginan untuk cantik walau sikit. ;)
perempuan sanggup buat ape je utk cantik =.='
kih kih kih.. kaum2 lelaki jangan tertipu jerr.. hahahhaa.. tgk2 lepas mandi dah berubah wajah jadi pontianak yang tua.. kah kah kah..
entri nih terrbaeekkk...!!
bagi saya mencari kepuasan diri tu tak pe, asal tak berlebih2 an, dan tak melnggar hukum islam, dan bukan niat utk menunjuk2...
Mak saya suka potong rambut pendek n buat kerinting sbb dia ckp rmbut dia cpt pnjg, dia rimas, kalau kerinting dia bergulung, tak panjang ke bawah...hi3
hahahha.. so jgn para lelaki jgn pandang luaran je.. kenal hati budi :)
terbaek ahh enrty neh. pmpuan sgt berhabis sbb dowg fikir jika ada kecantikan je baru dowang ney dipandang.. sbb tu lahh.. salah dh pemikiran tu..
saya suke entry ni... terbaik lah... saya pilih e.. utk kepuasan diri.. n lebih berkeyakinan.... i'm follow u!
gurlp..dasat gak rupanya pompuan ni..dalam byk2,miss buat rambut je.. itu pun potong biasa coz pakai tudung..hehe
nak cantik apa pun boleh...
hehe..tapi biar berpada2..jangan over sudah, ngeri nak tengok..
haha..tang mata tu ye..nak sngt mata bulat.. =_="
orang pompuan memang sentiasa xpuas hati dengan diri sendiri kn... hehehe
perempuan mane yang taknak cantik? lembu pun nak tau! haha
just be ur self..tak yah la nak fake sgt..keh3
nti tua jgak...kcantikan xkn kekal. :)
mmg..kdg2 saya pun merungut dgn diri sendiri...tp bkn merungut dgn Allah..sbb, saya yg tak reti jg badan bila..badan membesar...apa pun..yg penting sihat...
:)
tergugat gakk poser
aku bace post kau ni..
hahahahaha..
alala pape jelahh..
asal bahagia sudah..
agagagaga
owh mcm ni ke rpnye..dh tau dh..haha ;p
cantik pada wanita itu terlalu subjektif! :D
no. 5 tu siyes ade??? LOL
as for me, i choose b) kurang keyakinan diri. walaupun tak ada la over spt yang di atas, but i did a little makeover to my face just to increase my confidence level.
the prettier you are, the more confident you will be; i believe most women believe this.
Post a Comment