Masih Hangat

22 June 2011

Sekeping Gambar Itu Boleh Menipu

As Salam and Hello.


Nampaknya kawan aku yang seorang ini masih tidak belajar dari pengalaman lalunya. Aku pun agak keliru sebenarnya. Adakah dia lebih selesa mengayat secara maya, atau tak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dan seterusnya mengorat seorang perempuan secara realiti. Maksud aku secara depan-depan.


Ini adalah kejadian kali kedua. Aku pun takde masalah sebenarnya kalau kau dah jatuh cinta pada seorang perempuan, hanya dengan melihat gambar profilenya di Facebook. Dan memulakan sesi bercinta-cintaan selepas itu. Takde masalah. Betul takde masalah. Mungkin lah jodoh kau datang melalui cara itu. Siapa tahu kan?


Gambar cedok dari Google.


Tapi, kalau kau jenis yang tak boleh menerima kenyataan, tak boleh menerima dengan seadanya, aku nasihatkan baiklah kau berjumpa dengan dia dahulu secara depan-depan. Kau tengoklah sendiri bagaimana rupa parasnya adakah seperti yang kau puja-puja, sebelum kau mula melafazkan ayat-ayat cinta keramat dan rindu dendam bagai.


Dengan itu tentu kau pun tak akan mengadu pada aku (sekali lagi) dengan mengatakan yang kau telah diperdayakan (sekali lagi) oleh seorang perempuan hanya dengan sekeping gambar. Tahukah engkau bahawa gambar boleh menipu?


Yelah aku faham. Bagi orang lelaki ni, cantik yang di pandang dahulu. Yang lain-lain belakang kira. Dan dari situlah juga timbulnya perumpamaan 'dari mata turun ke hati'. Kalau di mata nya dah nampak cantik, terus jatuh cinta.

Aku rasa kan, aku rasalah, kadang-kadang sesetengah orang lelaki ni tidak menggunakan otak dalam bercinta/untuk jatuh cinta. Hanya guna mata saje. Carta aliran dia macam ni;

Mata ---> Hati bukannya Mata ---> Otak ---> Hati


Tapi ada juga sesetengah lelaki yang lebih teruk, yang mana carta alirannya;

Mata ---> Kemaluan. Tapi kes ni banyak terdapat pada lelaki yang melanggan pelacur lah kan.


Ok aku rasa aku dah terlebih-lebih. (Jangan ambil hati, kaum lelaki. Ini hanya pendapat dari aku yang cetek ilmu dan akalnya dalam hal keduniaan).


Sebenarnya, aku hanya nak bercerita tentang seorang lelaki yang telah jatuh cinta dan telah bercinta pun (secara maya) dengan seorang perempuan dengan hanya melihat kepada gambar profile nya di Facebook,

Dan bagaimanapun kemudiannya mengaku pula telah diperdayakan oleh perempuan itu melalui gambar yang sama yang telah membuat dia jatuh cinta. Bukankah ini ironik?

Adoi.

Lagi sekali. Gambar itu boleh menipu. Gambar yang kau lihat cantik itu tak semestinya memaparkan realiti rupa paras sebenar perempuan yang kau puja-puja itu. Bukankah sekarang zaman teknologi, sayang?


Tak pernah dengar Photoshop? Tak pernah edit gambar? Kau pun tahu apa fungsinya kan. Rupa yang gelap boleh dicerahkan. Pernah dengar teknik lighting? Kau cari je mana-mana tempat terang, kau ambil lah gambar, nescaya muka kau pun boleh jadi secerah Nora Danish dan jerawat pun sudah tidak kelihatan lagi.


Hmm. Aku pun tak tau nak cakap apa. Itu lah. Kau pandang yang cantik saje. Kau nak yang cantik saje. Bila dah jumpa depan-depan, tahu pulak kau cakap perempuan tu menipu.

Cubalah kau fikir. Ada ke perempuan yang nak nampak diri dia buruk, walaupun dalam gambar. Dah dalam gambar je pun dia boleh nampak cantik, bila masa lagi nak berangan kan? Kau pun fikirlah dulu, jumpa lah dulu sebelum nak feeling-feeling. Entah apa-apa lah.


Lain kali tak payah lah kau senang sangat jatuh cinta. Penat telinga aku dengar kau mengadu. Bukan masalah aku pun. Lagi sekali lah aku nak pesan,

Don't be fooled by a picture, especially if it comes from a girl.

Trust me, because i'm a girl too.


p/s : Maaf, entry ini agak keras.

17 Kata semangat:

Diary oF Mine said...

yep.... setuju.. kalau nk bcintan pun, jmpa la dulu... xyah kapel trus kan... da jmpa nnti, blh tau dia tu fake or x... so, be careful people...

h A n Y S said...

teringat kisah macam ni masa dengar hotfm hari tu, kat sini.. http://hanysapek.blogspot.com/2011/01/muka-jerawat-kena-condemn.html

-.-

anum farida said...

btol! setuju sgt sis :)

Haru Biru said...

hehe... rasanya kena la jujur jugak.. btol tak...

biasa la.. manusia ni ada beberapa pandangan... padangn mata zahir.. mata hati... pandangan nafsu... :p

Miss Y and Her World said...

@Diary oF Mine ,
aah. kalau dapat terima dengan seadanya takpe lah jugak. ni yang jenis nak yang terbaik je. entah apa-apa.

Miss Y and Her World said...

@hanYS,
yeke? muka jerawat pun kena kondem?

Miss Y and Her World said...

@anum farida,
yeah !!

Miss Y and Her World said...

@Haru Biru,
yup. yang perempuan pun kena jujur jugak. rasanya kita kena ingat, don't judge people's look by just looking at their pic.

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

dalam gambar fotogenik, bila face to face, agak biasa2 saja.. pernah mengalaminya.. =)

Farhana Jafri said...

ramai je laki yg suke caye bulat2 mcm ni.. kdg2 ada lelaki yg mnyamar jd prmpuan dlm FB.. dunia skrg jgn la trlmpau caye sgt.. sndri yg mrana nnti..

jemput singgah ANASAURUS :)

Miss Y and Her World said...

@Shahrul Hairy Shaharuddin,
yup. banyak yang macam tu. sebab there are many techniques yang boleh buatkan wajah kita nampak cantik dalam gambar ;)

Miss Y and Her World said...

@Farhana Jafri,
betul, terutamanya perkara yang melibatkan dunia maya ni. harus berhati-hati, toksah percaya bulat-bulat.

Aflina Affandi said...

Agree ! the picture & reality always not the same one :)

Idati Malek said...

haha..tlalu btul entri ni.

Miss Y and Her World said...

@Aflina Affandi,
selalunya memang macam tu kan?

Miss Y and Her World said...

@Idati Malek,
terlalu apakah? ehehe.

epics said...

skandal bley tak?