As Salam and Hello.
Baby cakap dia tak boleh long distance relationship. Dia nak juga ada orang di samping nya. Menjadi peneman masa sunyinya.
Di universiti, Baby jumpa Mamat. Budak lagi. Muda dua tahun dari Baby. Tapi sebaya Nelly, kawan baiknya. Mereka kenal pun secara tak sengaja. Mamat terjumpa buku Baby yang tercicir. Nasib baik dalam buku tu ada tulis nombor handphone Baby.
Bila dah jumpa Mamat, Baby tinggalkan boyfriend nya yang jauh di kampung halaman. Tiap kali bila boyfriend nya telefon minta penjelasan, Nelly lah yang kena tolong jawapkan. Baby kat tandas lah, Baby dah tidur lah. Baby tak mahu beritahu kenapa dia minta putus. Tak sampai hati, katanya.
Baby bercinta dengan Mamat. Asalkan Baby happy, Nelly ok je. Tapi Nelly dah mula rasa lain macam. Kenapa bila tiba waktu dating, Baby pula yang pergi jemput Mamat kat asrama nya. Baby jemput Mamat naik motor. Ok. Kalau sekali sekala mungkin Nelly boleh terima, walaupun nampak ganjil di situ. Tapi ini dah banyak kali.
Kau bayangkan. Seorang perempuan, pergi ke asrama lelaki, naik motor, untuk menjemput seorang lelaki. Pergi dating.
Baby memang terer bawak motor. Dia ada motor sendiri. Walaupun dia perempuan, tapi cara dia bawa motor memang ada skill. Walaupun Baby nampak macam tomboy dan ada sikit kasar, hatinya tetap jiwa-jiwa.
Tapi Mamat pun ada motor, kenapa dia tak jemput Baby? Yang Nelly risau bila Baby dah hantar Mamat balik, Baby pulak yang naik motor sorang-sorang tengah-tengah malam. Nelly takut jadi apa-apa pada Baby. Kena kejar mat rempit ke, kena kejar langsuir ke.
Takpe lah. Nelly biar je dulu.
Baby dan Mamat pun bercinta macam heaven. Keluar tengah hari, malam baru balik. Baby pesan pada Nelly, kalau dia misscall, tolong buka pintu. Ok la. Takpela. Mungkin Baby bahagia kan tengah bercinta.
Tiap kali PTPTN keluar, mereka pun berdating tak ingat rumah. Yang buat Nelly rasa marah dan fikir Baby ada sikit bangang, bila Baby bagi duit PTPTN dia pada Mamat. Baby cakap kesian sama Mamat. Dia budak dip, PTPTN tak banyak sangat.
Lepas tu bila Baby tak cukup duit, Baby pinjam dengan Nelly. Sebab kesian dan juga atas dasar kawan , Nelly hulurkan juga walaupun dia sendiri pun agak kesempitan. Baby juga telefon ayah nya di kampung minta kirim duit. Bila ayahnya dah masukkan duit, Nelly suka hati cucuk dinding. Kemudian belanja Mamat makan dan teruskan aktiviti berdating.
Oh.
29 Kata semangat:
miss y, saya ada kawan macam ni. cuma dia tak ada motor. bila tak ada duit mintak ngan roomate. makan minum roomate tanggung. call mak mintak duit, kalo mak tak nak bagi, mengamok pulak dia. bila dah ada duit tak bayar hutang, tapi buat joli. hurmmm
mintak2 la dielakkan situasi cenggini bila masuk u nanti. huhuhu
aiya, ini macam pun ada ka ?
lain kali jangan kasi die, padan muke :DDD
*saya singgah sambil follow, Selamat Berpuasa ;)
Memang cinta gila betul ni!
cinta pada manusia biar berpada2.. kelak akn dirampas Dia jua.. :)
Sop tak der lah sampai awek dtg ambik.. Sop selalu ambik bawa naik motor.. tp kalau belanja awek slalu belanja.. sbb dia lg byk duit kot.. hahaha
tp itu kisah di U :)
Nice sharing story
something is happening.. suh nelly tu g cek baby baek2..
cinta buta...
cinta buta...
kan untung kalau dua2 macam tu....
saling berkongsi..berbagi..
cie betul or rekaan ni???
wow~ cool post ya! haha.... i dont know if really got this kind of girl~~~ but guys, there is plenty... anyway, pity to the girl... :/
kawan-kawan, ini cerita betul. saya menulis berdasarkan pengalaman. sama-sama kita ambil pedoman :)
berhati hati ketika bercinta...kecian mak ayah masukan duit untuk anak tapi anak lak enjoy dengan pakwe...ermmm..
bila dfikir2.. cinta tak giler. org yg bercinta tu yg... ntah apa2. adoiyai. sy pnah gak bengap mcm citer ni dulu, tp xder la g pinjam duit dr member. cos sama study perlu duit gak, jauh dr family. best thing about mistake is make u a better person in d future. harap jdkan pengajaran kpd yg blom tkene.
kalu gf tu betol2 nak belanje ok je.. tapi kalu bf tu yg asyk duk mx duit kat gf.. hmm.. ade lah tu prob kat mane2.. bahaya2.. (pengalaman) hehe :p cinta itu buta..
kesian kt bf dia kt kg... hmm baby nie dh kne buat2 ngan mamat kot.. hihi
cinta oh cinta
wah sampai cmtu ye . siap pegi amek lagi
adeh la
Get up on the right side.. pity on her.
k.leeya wrote http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html
nk taw sambungannya!! nk taw sambunganya! nk taw sambungannya!!
:p
bila aku nk dpt cinta gila mcm ni..kih kih kih..blik cinta gila dari org yg gila menipu je..
hahaha. dah seronok bercinta. ape pun dah tak fikir.saya follow :)
cinta memang gila adehhh
cinta itu buta dan org yg bercinta itu bertindak membabi buta. haha~
sambung2.. hehe.
cinta mmg buta dan mmg merosakkan manusia la. aish. pe ni?
sejak akhir ni ramai pulak yg post pasal PJJ
huhu... mmg cinta gila ni sis... cita betul ea??
mmg cite cinta gila ni,haha
Post a Comment