Masih Hangat
30 October 2011
Jadikan Aku Yang Kedua
Aku selalu tertanya-tanya apa rasanya menjadi yang kedua. Menjadi yang kedua dalam hidup seorang lelaki, maksud aku.
Aku faham, soal rasa dalam hati ini kita tak boleh nak halang. Bukan dalam kawalan kita juga. Sebab hati kita bukan komputer yang boleh diprogram atau di format berulang kali. Tapi kita masih ada akal untuk membuat pertimbangan wajar dan rasa belas sesama makhluk.
Kau tiada niat untuk merampas. Kau cuma mahu menumpang kasih, walau tiada ikatan akan terjalin. Tempat meluahkan perasaan, berkongsi rasa susah senang. Tapi aku pasti, bila seorang perempuan telah berada dalam satu perhubungan yang melibatkan cinta, dia pasti mahukan satu ikatan yang pasti, iaitu perkahwinan. Semua perempuan begitu. Mahu memiliki orang yang disayangi.
Ya, kau memang bukan orang jahat. Aku tahu itu. Cuma kau dianggap ' jahat' kerana bercinta dengan suami orang. Kau jatuh sayang pada suami orang.
Tapi kau sama sekali tak boleh salahkan yang pertama jika dia 'menyerang' kau. Itu adalah tindakan normal seorang perempuan yang sayangkan suaminya. Tindakan yang baginya dikira wajar jika itu dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Mana-mana perempuan yang paling lemah-lembut dalam dunia pun boleh menjadi segarang-garang harimau betina jika kesayangannya 'diganggu'.
Walaupun kau kata ini soal hati, bukan kemahuan kau, tapi fikirlah. Dalam pada kau sibuk menjaga dan pentingkan hati sendiri, kadang-kadang tak sedar atau buat-buat tak sedar bahawa ada hati lain yang terluka dan menjeruk rasa. Cubalah letakkan diri kau dalam kasut dia.
Apa perasaan kau kalau satu-satunya yang amat penting dan bermakna dalam hidup kau, dirampas dari kau tanpa kerelaan? Dan dalam keadaan yang tidak bersedia sama sekali.
Ah. Kau faham apa yang aku mahu sampaikan. Kau juga seorang perempuan.
Girls, it's not wrong for you to love someone. But if the love you feel bring tears to someone else, please be fair.
Kita semua perlu belajar menghormati kepunyaan orang lain. Aku pasti kisah ini ada sambungannya.
.
23 October 2011
Meminta Jawapan Dari Hati
[ Ini entry jiwa-jiwa ]
Kahwin untuk apa, sebenarnya?
Soalan itu aku tanya pada dia. Mesti ada yang akan cakap soalan itu soalan bodoh. Soalan yang tidak patut di tanya. Sebab semua orang sudah tahu jawapannya, konon. Mungkin kau akan suruh aku rujuk Al-Quran, suruh aku istighfar berbanyak.
Tapi aku tak mahu jawapan cliche yang semua orang akan jawab bila ditanya soalan itu. Seperti mendapat soalan bocor. Aku tak nak jawapan yang skrip nya sudah tersedia dari buku-buku agama, ceramah, kitab dan sebagainya. Itu semua orang pun tahu.
Aku tak mahu jawapan yang ditiru bulat-bulat, padahal kau tak berfikir menggunakan otak langsung pun untuk menjawab. Jawapan yang dicedok dari buku. Aku mahukan jawapan dari hati. Jawapan yang di fikir sendiri. Jawapan jujur dengan diri sendiri.
Malah kalau kau jawab, kahwin untuk seks pun aku ok. Aku terima. (Maksudnya aku terima jawapan itu lah. Untuk terima kau, mungkin aku fikir seratus kali). Aku terima kerana sekurang-kurangnya kau jujur dengan aku dan paling penting, kau jujur dengan diri sendiri.
Kahwin untuk apa, pada aku?
Aku mahu di masa depan aku, ada kau. Aku mahu menjadi yang halal untuk hidup bersama kau. Itu jawapan dari hati aku. Itu jawapan ringkas aku. Itu saja.
Ya. Bukan jawapan-jawapan cliche yang selalu diucap-ucapkan itu yang pertama terlintas di hati dan fikiran aku. Tapi seperti yang aku katakan, itu jawapan dari hati. Dan aku berharap semoga dari niat aku itu maka aku dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan Tuhan yang lain.
Ya, tuntutan seperti dalam jawapan-jawapan cliche yang semua orang berikan itu;
Berkahwin untuk memenuhi tuntutan agama, mengikut sunnah Rasul, mengembangkan ummat Muhammad dan sebagainya.
Tapi aku hairan juga dengan sesetengah mereka yang katanya berkahwin untuk mengikut sunnah, tapi menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu tidak pula berpandukan sunnah. Aku fikir, menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu lah yang seharusnya mengikut sunnah Nabi. Bukankah?
Samalah seperti konsep berkahwin empat. Mengikut sunnah Nabi, katanya. Tapi?
Ah. Aku terfikir juga, ada ke yang memang seikhlas itu yang alasan utama dalam hati nya mahu berkahwin bukan kerana terdorong oleh rasa cinta pada pasangan? (atau sebab-sebab lain).
Berbahagialah mereka yang dari hatinya memang betul-betul ikhlas berkahwin kerana Allah, tanpa dipengaruhi unsur apa pun.
[ Blog aku seperti sudah menjadi blog jiwa-jiwa. Maaf kerana selalu post entry yang kononnya berkaitan hati dan perasaan. Sebenarnya entry ini dah lama aku karang, tapi hanya terperap dalam draft.
Memandangkan aku kekeringan idea untuk dilontarkan pada waktu ini, sepertinya otak aku sudah beku sehingga tidak mampu berfikir apa-apa, maka inilah waktu yang sesuai untuk publish. Terpaksa publish, lebih tepat. Inilah natijahnya apabila hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti berhibernasi terlalu lama. Hahahaha. Baiklah. Tak kelakar langsung. ]
.
18 October 2011
Cinta Gila #4
Semester baru bermula. PTPTN confirm masuk. Baby dan Mamat masih lagi dua sejoli yang hangat bercinta. Cuma kadang-kadang perhubungan mereka ada on dan off. Mamat dengan perangai hidung belang dan kebudak-budakannya(almaklumlah Mamat kan muda dua tahun dari Baby), manakala Baby dengan cemburu dan makan hatinya dengan perangai 'pantang nampak junior comel' Mamat.
Menariknya semester baru ini, motor Mamat telah bertukar dari EX5 kepada RXZ. Motor barunya digunakan untuk mengangkut awek-awek sampingannya (kebanyakannya budak junior) keluar dating. Baby tahu aktiviti Mamat itu, dan mereka pun dah banyak kali gaduh pasal hal ini.
Baby sakit hati sebab tiap kali mereka keluar dating, tetap juga dia yang perlu pergi menjemput, sedangkan punggungnya masih belum lagi mencecah seat motor RXZ Mamat. Memang dia macam perigi cari timba.
Perempuan-perempuan lain dengan senang hati pula Mamat usung ke sana sini. Tapi macam biasalah, Mamat pandai memutar ayat bermain lidah. Sekadar suka-suka, dicabar kawan-kawan dan tak serius pun. Tak pernah ada hati pada perempuan-perempuan itu, sayangnya tetap pada Baby. Katanya, lah.
Dan macam biasa juga, Baby cair dengan pujukan Mamat. Marah yang dibawa sewaktu keluar bersemuka, senyum pula diusung bila balik ke rumah. Nelly pun pelik, apa Mamat ni ada pakai ilmu guna-guna ke? Mana lah tau kan. Nak kata handsome, hmm tak baik pula mengutuk ciptaan Tuhan. Perangai dah lah macam budak-budak, pantang pula nampak perempuan. Kaki kikis juga.
Nelly pelik juga dengan Baby. Padahal bukan Baby tak tahu yang dirinya selalu kena kutuk dengan kawan-kawan Mamat. Bercinta dengan awek tua lah, perigi cari timba lah. Ah, mungkin sebab ayat Mamat terlalu power kot. Sebab itu Baby tangkap cinta gila dengan dia.
'Mungkinlah, mungkin', kata hati Nelly.
Cinta Gila #1
Cinta Gila #2
Cinta Gila #3
.
17 October 2011
Konflik Dalam Diri Seorang Gadis
Aku fikir bila sudah tua ini, aku boleh buat keputusan sendiri untuk hidup aku tanpa perlu dipengaruhi oleh unsur sekeliling atau lebih tepat lagi, oleh orang-orang tidak penting yang sekadar mahu menyibuk menjadi melukut di tepi gantang. Tapi rupa-rupanya tidak juga.
Semakin kau bertambah usia, semakin pula orang-orang itu cuba masuk ke dalam hidup kau, menentukan itu ini dan sedaya upaya pula berusaha mencorakkan hidup kau mengikut acuan mereka.
Masyarakat. Memang inilah agaknya yang dipanggil hidup bermasyarakat. Sedikit sebanyak kau juga boleh menjadi terpengaruh. Kejap. Aku kurang pasti. Sama ada kau terpengaruh, dipengaruhi atau mempengaruhi.
Kalau beginilah, tak ingin dulu aku berangan mahu cepat-cepat menjadi dewasa. Tiba-tiba aku rasa mahu kembali menjadi anak kecil selebet yang sibuk mengejar layang-layangnya yang terputus tali.
.
14 October 2011
He Said Forever. She Said Okay.
I think everything about you is beautiful.
Oh, sure i think other guys are cute.
But everytime i see a cute guy, i remind myself of how beautiful you are.
Of how much i love you.
Of how sweet you are.
Of how you can always brighten my day.
And suddenly, that other guy doesn't look all that good anymore.
You might not be the brightest crayon in the box, but you're still my favorite colour.
Ever.
And somehow i don't want anyone else to realize how beautiful you are.
.
13 October 2011
Dunia Lelaki
Aku percaya setiap satu lelaki mempunyai dunia mereka yang tersendiri. Dalam dunia mereka, mereka lakukan apa yang mereka suka dan mungkin apa yang mereka lakukan itu mungkin dapat difahami oleh orang perempuan or even worst, mungkin tak dapat diterima.
Tapi pemahaman dan penerimaan itu memang sesuatu yang berbeza. Mereka mungkin tak harap kau terima, cukup sekadar kau faham. Walaupun kau berdua adalah satu pasangan, tetapi masih tetap dua individu berbeza yang ada dunia dan kemahuan yang tersendiri. Dan kadang kala perbezaan itulah yang menyatukan dua manusia.
Oh by the way, tahniah untuk lelakimaskul yang telah berjaya dalam dunia nya. Aku pun tumpang berbangga dan gembira, belanja makan janganlah dilupa.
11 October 2011
Kisah Masa Depan
Terasa cepat betul masa berlalu. Dalam masa tak sampai 3 bulan lagi, 2012 bakal menjelma. Rasanya macam baru semalam aku berlari-lari kejar layang-layang keliling kampung. Comot, selekeh tapi gembira.
Rasa macam baru semalam juga aku masuk Tingkatan 1. Tak sabar. Bila masuk sekolah menengah, rasa macam dah besar sikit. Jiwa muda mudi. Explore banyak benda. Pergaulan lebih luas, kenal lebih ramai kawan. Tapi masih tetap tak pandai menilai. Muda, bebas dan pantang terusik.
Aku fikir masa memang mencemburui kau bila usia semakin meningkat. Masa umur 15 tahun dulu, alahai lambat betul masa nak berlalu. Punyalah tak sabar-sabar nak habis sekolah, jadi budak besar. Budak yang dah habis sekolah, kira dah besar lah tu. Kira hebat lah.
Bila dah tua macam ni, tak menyempat-nyempat pula tahun baru nak muncul. Tak sempat nak menikmati kemanisan usia suku abad. Dan secara tiba-tiba berharap supaya masa lambat berlalu. Sekurang-sekurangnya, kerana untuk berpatah balik ke masa lampau itu tidak mungkin.
Terasa macam banyak lagi perkara yang kau tak lakukan, masih banyak lagi benda yang kau tak explore. Memanglah kau bukan nak mati esok(only God knows) dan memanglah perjalanan hidup masih jauh kehadapan(insyaAllah). Tapi things yang kau tak cuba masa remaja, sesuai lagi ke untuk dilakukan dalam usia tua? Macam tu lah lebih kurang maksud aku.
As you grow older, you'll find the only things you regret are the things you didn't do - Zachary Scott
Jadi untuk adik-adik yang masih muda remaja, nikmatilah zaman remaja kamu. Teroka apa yang patut, belajar apa yang perlu (tapi jangan teroka dan belajar perkara yang bukan-bukan ya). It's for your own good. Sekurang-kurangnya bila sampai masanya nanti kamu boleh cakap 'I've been there, i've done that'. No regret.
Tak usah terkejar-kejar untuk jadi dewasa. Nikmati masa sekarang, masa muda kamu. Tak perlu berlagak seperti orang dewasa juga, InsyaAllah masanya akan tiba nanti. Ah, bila tiba masanya nanti, mungkin kau juga akan rasa seperti apa yang aku rasa. So take my words, dearies. Live your life to the fullest with the love ones.
Ah. Masa depan. Walaupun kau takut dan tak pasti dengan apa yang bakal kau hadapi, harus juga harunginya. Sekurang-kurangnya masa depan pasti lebih mudah dan bermakna jika ditempuhi bersama dengan orang-orang yang kau sayang.
Jadi 2012, apa yang kau janjikan? Let's bring it on. Yeah !
08 October 2011
Janganlah Merosak, Jika Kau Tak Mampu Memperbaiki
Kalau kau tak mampu berkata yang baik, setidaknya jangan merosak hati orang lain.
Kalau kau tak mampu menulis yang baik, setidaknya jangan membuat tulisan yang merosakkan.
Kalau kau tak mampu memperbaiki hati pembaca kau, janganlah merosak hati dan mata orang lain yang memerhatikan.
Kalau kau tak mampu memperbaiki hati manusia yang sakit, yang cenderung pada kemaksiatan, maka janganlah meletakkan gambar-gambar tidak sopanmu di blog, Facebook atau mana-mana laman sosial. Kerana kau tidak tahu bagaimana tindakbalas orang yang melihat gambarmu dalam keadaan begitu. Tergamakkah kau merosak hati orang yang berniat ikhlas menjadi kawanmu?
Kalau kau tak mampu memperbaiki hati wanita, maka jangan lah mengajaknya berpasangan.
Mungkin kau memang mahir dalam merayu wanita. Kau sudah tahu banyak teori meluluhkan jiwa wanita, tapi setegar itukah kau memperlakukan wanita? Kau berpasangan itu sudah dosa, kemudian kau meninggalkannya dengan kesan dosa juga?
Kalau kau tak mampu menjadi ayah atau ibu yang baik, maka jadilah manusia biasa yang baik. Janganlah merosak masa depan suamimu, isterimu, anak-anakmu dengan kekurangan yang ada dalam dirimu.
Kalau kau tak mampu mengubah hati orang yang sudah hancur, janganlah kau berbicara dengan memberikan janji-janji manis kepada wanita, gadis atau sahabat. Kau menaruh benih harapan kepada mereka untuk mengharapkan dirimu. Ah, sebegitu tegarkah kau? Ingat, mereka itu juga manusia biasa. Mereka boleh jatuh disebabkan kata-katamu, begitu juga boleh bangkit kerana kata-katamu.
Kalau kau tak mampu memperbaiki akhlak umat yang sudah banyak keluar dari landasan Ilahi ini, maka janganlah menulis yang porno, bergambar yang porno, meletakkan gambar-gambar yang cenderung porno dalam blogmu. Termasuklah gambar-gambar yang terlihat manja dan menaikkan nafsu lelaki normal.
Janganlah merosak, jika kau tak mampu memperbaiki sesuatu yang sudah rosak.
Diolah dari : Sumber
07 October 2011
Diam Lebih Baik
As Salam and Hello.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
Perkara ini memang akan terjadi. Jujurnya, aku sendiri pun pernah mengalaminya. Pernah tak kau tengok orang yang selalu mengutuk orang lain atas dosa/kesalahan yang dilakukan, tup tup tak lama lepas itu dia pun buat benda yang sama juga? Kalau ikut pepatah orang Melayu, cakap tak serupa bikin.
Kalau kau renung-renung balik, pernah tak perkara macam ini terjadi pada kau?
Dari satu sudut lain, mungkin kita tak terfikir yang kita ni asyik lah mengumpat dan mengungkit dosa seseorang yang kita anggap dosa besar. Pada hal kita tak tahu yang kemungkinan dia dah bertaubat dan kedudukan dia lebih mulia di sisi Allah berbanding kita yang taksub mencari salah orang lain.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
04 October 2011
Kau Ingat Senang Nak Bagi Orang Suka Pada Kau?
Don't expect too much from this world. Kau ingat senangkah nak bagi orang suka pada kau? Walaupun kau dah beri yang terbaik pada semua orang. Usah jadi terlalu naif, sedangkan kau tahu dunia ini hakikatnya memang kejam. Siapa pernah bilang bahawa dunia ini adil?
Life is no fairy tales, friend. Sedangkan fairy tales juga tidak pernah seindah itu hikayatnya. Lihat saja Cinderella, Snowhite, Red Riding Hood sebagai contoh. Sungguhpun pengakhirannya menjadi manis, jangan terlalu terhanyut dengan dongengnya. Ini dunia realiti, tidak punya kuasa magik seperti alam khayalan sana.
Jangan berharap semua orang dalam dunia ini akan suka apa yang kau lakukan, walaupun kau fikir semua perbuatan kau itu tiada cacat celanya. Kadang-kadang kau boleh dibenci hanya kerana menjadi orang yang baik. Kenapa? Sebab wujudnya manusia yang berprasangka. Ah. Kau juga tahu, kebaikan itu walaupun indah, kadangkala boleh juga dipandang jelik.
Sesetengah orang menjadi baik, hanya kerana mahu disukai orang. Mahu terlihat bidadari di setiap mata yang memandang. Hipokrasikah di situ? Lalu apabila ada manusia tidak memberikan tindakbalas seperti yang diharapkan, kenapa harus melatah? Apakah perlu untuk terasa hati?
Kau menjadi baik untuk mengejar cinta dunia?
.