Masih Hangat

17 September 2011

Cinta Gila #3



As Salam and Hello.



Baby dan Mamat teruskan akitiviti romantisme macam biasa. Cuma kini lebih dahsyat badai percintaan mereka. Setiap hari mereka memadu kasih. Habis kelas, Baby terus tak nampak muka di rumah. Tinggallah Nelly sorang-sorang mengadap dinding.


Nasib baik subjek yang Baby ambil kebanyakannya sama dengan Nelly, walaupun mereka berlainan course. Jadi dapat lah dia meniru assignment ataupun tutorial Nelly. Senang cerita. Kalau tiru Nelly, confirm dapat markah tinggi. Otak Nelly boleh tahan geliga nya.


Dari Sem 1 hingga Sem 6, berbagai cabaran yang Baby tempuhi selama bercinta gila dengan Mamat. Pernah satu malam, Baby balik dalam keadaan cemas. Menjadi seorang kawan yang prihatin, Nelly bertanya.


Baby bilang, dia dan Mamat baru saja di ambush oleh JAI*. Ahh, terperanjat gila Nelly dibuatnya. Takkan sampai ke tahap itu? Tapi cerita Baby, mereka tak buat apa-apa pun. Cuma lepak di tepi pantai, berbual-bual atas motor. Tapi nasib mereka baik, mereka dapat melepaskan diri dari pihak terbabit . Bagaimana caranya, hanya mereka yang tahu.


Baby risau juga kalau kes itu sampai kepada pihak universiti. Sudah pasti mereka berdua akan ditendang dari meneruskan pengajian. Untung mereka sempat lari. Kalau tidak, nama mereka hanya menjadi sejarah dalam U. Dan lebih teruk lagi, meraunglah mak bapak mereka.


Nelly tak tahu nak kata apa lagi. Nelly perhati batang tubuh Baby dalam-dalam. Berbual-bual apanya kalau love bite penuh satu leher.


Oh, Baby !


Cinta Gila #2
Cinta Gila


17 Kata semangat:

i am S!L4H.. said...

erkkk!

mcm knal je situasi ni.

afzalsukasuki said...

mesti si mamat nampak nyamuk gigit baby,akibat amarah yang terlalu dalam..mamat nak gigit nyamuk tapi nyamuk terbang,mamat tergigit baby plak

Paris Hilton (M) said...

hmmm mcm xphm..kihkih

nasyitahahmadzaini said...

syok sgt bcinta smpai lupe ape yg baek n ape yg buruk -_-

ChaCha said...

kemaruk dah tu....

yusenze said...

alamak!! bawah umur lagi nih.. terbaca habis pulak.. hahha..

ieyza afieyna said...

Nak bercinta pun berpada2 lah kan..
jgn la buat mcm bercinta tu mcam dah berkawin.. huhu

ini cerita btul ke story mory je ??

btw, best bace.. hee~~

cik kiwi's said...

sila kawinnn!!.hahahah

Mohd Izzar said...

pengalaman ke?

miratun madihah said...

love bite biasalah,kalau ada membe yg ada love bite kitaorang suka menghanjing. err ini sekadar nak kongsi cerita je

ku-cit said...

tp jarang plak nmpk org da kawen ni berlove bite bagai...hehe

aku said...

oh baby!!!ade yg nynyi lgu justin bibir gk ni..haha

khairul said...

moral of the story..jauhi zina dan maksiat

Elie Lily said...

cepat2 nikah! :)

unieMARKS :) said...

suka ur entries. simple, easy to understand but means so deep. ;)

khairul said...

aku x dak pengalaman buat love bite ni hehe

ROJAK said...

pengalaman sebenar ke rekaan semata-mata?