Masih Hangat

09 November 2011

Don't Try To Fix Me. I'm Not Broken.

As Salam and Hello.


Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.


Mereka kata;

'Takde orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'


Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.

Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?

Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?

Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.


Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 dicampur 2. 3 campur 1 juga boleh kan?



.

18 Kata semangat:

Anonymous said...

ye, setuju

orang hanya tahu bercakap dan menilai mengikut kata hati mereka
sedangkan
apa yang mereka perkatakan dan nilai itu
bukan semua tepat :)

CikguShikin said...

saya juga suka menjadi yang lain dari lain..kalau sama aje bosan.

ILA HonEyBuNNy said...

ya..jangan samakan kita dengan orang2 lain..

kita adalah kita,,;)

Cik tikah said...

ni mesti suka kerja buat sendiri. tak suka diarah. kan kan? hehe..

izzatiRosli said...

tapi kadang kadang kita kena ambil kira jugak kritikan orang tu spaye kita boleh perbaiki diri kita. this just my opinion la.

misyamissyou said...

being different is fine, in fact it makes us unique..ignore the negatives

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

biarlah kita unik dan lain dari yang lain..janji tak kacau sesape..hehe..

kisahkita said...

ini rupanya kata terbuku kat hati sampai kol xangkat tipun

Ungu Violet said...

kita memang tak boleh memuaskan hati semua orang..

ikutlah kata hati dan akal...mana yg terbaik...

namun pandangan orang juga boleh jadikan kita lebih sempurna & terbaik terutama sekali dari orang yg kita sayang..:)

hyz said...

yoshh!!! sokong 40 ribu peratus!!! sebab jiwa kita sama...

Elih Japahar said...

Respect others! itulah petuanya...kdg2 sy pun benci dngr org yg selalu menyamakan awk dgn org lain atau mbezakn awk dgn org lain...dah tau manusia ni mpunyai sifat berlainan kan..

Sabar je lah ye..kita serupa :)

Semut Senyum said...

saya suka post ini. kamu menjadi diri sendiri.. itu yang terbaik.. =)

ezs said...

Be ourself coz everyone else is already taken

Anonymous said...

jadi diri sendiri adalah terbaik dalam hidup

spamda said...

salam, kita adalah kita.. jgn jadi org lain.... kalau kita nk jadi macm org lain gunakan cara org lain untuk jadi diri sendiri.....

Anonymous said...

betul tu yatt .. suka entry ni^^

fadh leyanie said...

kita adalah kita, mana boleh nak jadi orang lain,itu hipokrit namanya.:P

tirahzairi said...

bnyk betul....pedulikn mereka! hehe