Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.
Kononnya untuk mencapai skala gadis sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri kau yang sebenar. Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau ciptakan.
Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?
Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.
Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya menyatukan kau berdua.
Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?
Ah.
Aku pernah bilang sama dia 'kita banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.
*Senyum*
Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi gadismu yang bebas dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?
.
10 Kata semangat:
yeah...perLu menerima pasangan seadanya...cinta bukan satu kompromi =)
beruntung jadik dlm sejuta nih...awak nk selipar?????
Jadi diri sendiri, itu lagi baik:]
kena terima pasangan kita seadanya... berubah kerana kemahuan diri sendiri n ikhlas utk berubah x salah. tapi berubah kerana untuk melengkapi kemahuan pasangan itu salah. plastik!! hehe
memang betul..terimalah pasangan seadanya. Walaupun kita kata perubahan tu lebih baik, sekiranya bukan kerana dia ikhlas berubah, pasti perubahan takkan kekal lama. :)
pasangan yang jujur san ikhlas, sanggup terime kiter ape ade nyer,mahupun luar ataupun dalam..bine keikhlasan itu yang pasti..semoge kamOo dapat yang terbaik....=)
setuju setuju. tak suka dikongkong... :)
ada kalanya memang ada yg perlu diubah.
tapi yg penting.
lakukan untuk diri sendiri.
sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain. :)
aku lelaki,tapi aku suka komen entry2 ko.haah aku sendiri perasan, lelaki susah untuk menerima kenyataan mahupun hakikat sekiranya pasangan dia ada kekurangan. Padahal dia sendiri tak sedar yang dia turut banyak kekurangan :(
be myself when i with him make my life more happier. jadi diri sendiri itu lebih baik dari menjadi seseorang. Its fake..
Post a Comment