Masih Hangat
24 August 2011
Pesan Ayah
As Salam and Hello.
Ayah pesan pada aku.
'Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup', katanya.
Aku mengerti kerisauan Ayah. Aku faham.
Kecintaan Ayah pada kami anak-anaknya melampaui batas kudratnya.
Sepanjang usia, aku melihat Ayah berhempas pulas memastikan kami cukup segalanya.
Mewah memang tidak, tapi lengkap Alhamdulillah.
Di lewat usia ayah, kedut wajahnya menjadi bukti dia tidak pernah berhenti merisaukan kami.
Kasar tapak tangannya, keras urat lengannya menjadi tanda dia tidak pernah berhenti memerah tenaganya mencari rezeki buat kami.
Jadi aku cukup memahami erti kebimbangan dia. Aku fikir setiap ayah di muka bumi ini juga begitu. Sentiasa mendahulukan kebahagiaan anak-anaknya.
Anak gadisnya kini sudah dewasa.
Jadi ayah pesan pada aku, buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup.
23 August 2011
Ku Terima Kau Kembali
As Salam and Hello.
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Ku tahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk!
Tentang aku dengan berani
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.
(Penerimaan, Cairil Anwar)
Secara jujurnya, aku ini seorang pencinta bahasa. Aku sangat mengagumi karya-karya dari seniman negara seperti A. Samad Said dan yang seangkatan dengannya. Bagi aku, mereka mampu membuatkan pembaca larut dalam keindahan bahasa yang mereka gunakan. Lihat saja seperti puisi di atas.
Kalau kau semua perasan, aku selalu menggunakan Bahasa Melayu lengkap di setiap entri aku. Kerana aku begitu menjunjung tinggi bahasa bangsa yang aku banggakan ini. Dan kerana itu, hati aku seperti terluka apabila ada yang cuba mengubah suai bahasa yang sudah cukup indah ini.
Kitew, dowh, sayerw, kaw dan yang lain. Aku tak pasti pula kalau guru Bahasa Melayu sekarang memang mengajar seperti ini atau sememangnya bahasa indah ini telah mengalami transformasi yang aku sendiri tidak ketahui.
Ah, sungguh kasihan bahasa bangsaku.
20 August 2011
Orang Perempuan Memang Begitu
As Salam and Hello.
Orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan rupa paras dan bentuk fizikal mereka. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.
Isu ini akan sentiasa membelenggu (betul ke ejaan ni) kehidupan seorang perempuan. Menakutkan. Untuk lelaki, kau harus faham dan redha, jika kau terpaksa mendengar segala keluh kesah kami berkenaan hal ini.
Kalau kau tak mampu buat apa-apa untuk membantu, mendengar dengan penuh perhatian pun sudah cukup. Dan lagi, cuba faham perasaan kami berhadapan dengan isu ini setiap masa. Itu sahaja.
Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seorang perempuan hanyalah keyakinan. Keyakinan yang datangnya dari mulut orang yang disayangi. Kata-kata seperti, 'Jangan risau. Saya terima awak seadanya' dan sewaktu dengannya, adakalanya lebih bermakna dan mampu mengundang keyakinan dalam diri disertakan dengan sedikit kelegaan dalam hati.
Sebabnya, kalau nak harapkan kami joging setiap hari secara konsisten dan non-stop mungkin kami tak mampu, tak larat, tak sanggup dan sebenarnya lebih kepada malas. Itu lah sebabnya ayat penenang jiwa dari kau sangat diperlukan.
Jangan! Jangan sesekali cuba untuk memberi cadangan seperti 'Apa kata awak joging 10 round' atau 'Apa kata awak makan pil ni' atau 'Cuba diet sikit.Kontrol makan'. Baiklah kau diam saja. Walaupun kau berniat baik, tapi kata-kata seperti itu hanya membuat kami merasa lebih rendah diri dan self-esteem yang semakin merudum. Nampak sangat yang kau pun rasa kami gemuk, kan?
Walaupun hakikatnya kami tak gemuk atau tak selebet mana, tapi bila kami sendiri yang buat pengakuan begitu, maka kau harus dengar saje. Walaupun mungkin dalam hati kau rasa nak hempuk dan cakap kami mengada-ngada, tapi itulah perasaan kami yang sebenarnya terhadap diri kami pada waktu itu.
Kan aku dah cakap, perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan tubuh badan sendiri, walaupun orang lain kata 'Kau dah cukup kurus', atau 'Kau dah cukup cantik' atau 'Dah ok dah kau macam ni'.
Orang perempuan memang begitu. Orang lelaki juga memang begitu.
Oh.
Betapa tak adilnya pandangan masyarakat. Bila orang lelaki berperut buncit, 'Ini lah simbol seorang lelaki yang bahagia. Orang rumah pandai jaga.' Seronoknya kau dapat beri alasan macam tu sambil ketawa mengilai.
Tapi bila orang perempuan berperut buncit (bukan mengandung), 'Kau tak pandai jaga badan. Laki lari baru tau'. Oh seronok juga kau bermulut puaka, sambil kami hanya mampu tersenyum kelat.
Aku fikir orang perempuan harus lebih terbuka untuk menerima diri sendiri, dalam apa jua keadaan pun. Keyakinan itu seharusnya datang dari dalam diri. Yang lain, cuma sebagai pemangkin. Tapi sebenarnya, itu lah yang paling sukar untuk dilakukan. Yakin pada diri sendiri.
Ah.
Nampaknya orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan paras fizikal mereka. Mungkin membawa ke mati. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.
17 August 2011
Tentang Kita
As Salam and Hello.
Bila aku mula merasa pudar, tolong ingatkan aku yang aku sangat menyayangi kau.
Bila aku mula merasa tawar, tolong ingatkan aku yang kau selalu membuat aku tersenyum.
Bila aku mula merasa curiga, tolong ingatkan aku yang kau sangat meyakini aku.
Bila aku mula merasa resah, tolong ingatkan aku yang kau selalu ada untuk tenangkan aku.
Bila aku mula lupa, tolong ingatkan aku tentang kisah kita.
Semuanya.
Mata kadang-kadang ada tersasar, tapi hati tak pernah berpaling.
Bila kau dah jumpa seseorang yang istimewa, kau takkan lepaskan dia.
InsyaAllah, you will find your way.
15 August 2011
Belajar
As Salam and Hello.
Kita selalu anggap apa yang kita fikir adalah betul.
Selalu anggap orang lain takkan faham apa yang kita rasa.
Sehingga lah kita disedarkan oleh seseorang dengan pemikiran yang berlainan, dan setiap kata-katanya itu memang betul.
Tak boleh disangkal langsung.
Kita mula tersedar, tersentak.
Rupa-rupanya memang rapuh pemikiran kita.
Tertanya kenapa tidak menilai sesuatu dari sudut yang berbeza.
Kenapa masih tidak dapat membuang sifat ego itu.
Sifat yang menganggap semuanya kita betul.
Bila dah tersentak, mula terdiam. Malu.
Terima kasih, kerana menyedarkan aku.
Sekarang aku mula mengerti.
Aku belajar.
Sedikit pengorbanan takkan mengubah siapa engkau.Jika ia mampu mengundang senyum.
14 August 2011
Pathetic Truth #3
As Salam and Hello.
We have to distrust each other. It is our only defence against betrayal - Tennessee Wellians
Aku paling tak suka kena tipu.
Mungkin tahap tak suka ditipu aku tu sama level dengan tahap tak suka dikhianati.
Tapi kalau difikir-fikir, ditipu dan dikhianati itu tak jauh beza nya dari segi makna dan rasa.
Aku selalu bilang, aku terima apa pun asalkan ia sesuatu yang benar. Apa pun.
Walaupun kenyataannya mampu merobek seluruh urat saraf.
Maaf. Aku tak pernah percaya pada terma 'bohong sunat'. Berbohong atas dasar apa pun, tetap adalah satu dosa.
Kerana apabila diketahui kebenarannya, pembohongan yang kau cipta telah menjadi sesuatu yang menyakitkan.
Namun janganlah pula selepas penipuan kau terbongkar, baru kau rela bercakap yang sebenarnya pada aku.
Sekali kau menipu aku, sepuluh kali aku berpaling dari kau.
Sekali kepercayaan aku diragut, yang tertinggal untuk kau mungkin hanya sisa-sisa tapak kaki aku.
One should rather die than be betrayed. There is no deceit in death. It delivers precisely what it has promised. Betrayal, though..betrayal is the willful slaughter of hope - Steven Deitz
Ya. Pembohongan yang kau ciptakan telah memusnahkan harapan.
Pathetic Truth #1
Pathetic Truth #2
Stop Play Innocent, Angel.
10 August 2011
Apabila Wanita Mencari Kesempurnaan
As Salam and Hello.
Seorang perempuan mempunyai pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan fizikal atau dengan kata lain menutup ketidaksempurnaan diri, berbanding dengan lelaki (lelaki tulen).
1) Dada yang menggiurkan. Dada yang leper atau tidak memberangsangkan boleh bertukar menjadi montok dan menjadi daya tumpuan dengan bertukar kepada push-up bra atau padded bra.
Da bomb!! Pandai-pandai lah cari push up/padded bra yang bersesuaian. Sekarang kau tak perlu jealous dengan Rozita Che Wan lagi.
2) Bentuk badan sempurna. Bentuk tubuh yang tidak berapa curvy atau terlebih lemak boleh disembunyikan dengan memakai korset untuk mendapatkan ilusi langsing dan figure berlekuk macam jam pasir. Ya, perempuan memang sanggup sakit untuk nampak cantik. Kepuasan diri, katanya.
Figure 36-24-36 boleh dicapai dengan bantuan korset. Sakit sikit kena tahan la. Nak cantik kan?
3) Mata menggoda. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Atau dari mata turun ke hati. Mata yang besar dan bersinar sinar memang boleh memukau sesiapa yang memandang. Bila kita bercakap dengan seseorang pun kita akan pandang pada mata nya dulu kan (bukan terus pada dadanya). Mata yang bewarna selain coklat kehitaman adalah satu bonus. Sekarang kau cakap je nak mata warna apa, semua ada. Dari sekecil-kecil mata, kau boleh mendapat sebesar-besar nya. Perempuan comel mata besar, siapa tak nak oh?
Pemakaian contact lenses banyak membantu. Pilih saja ukuran diameter dan warna yang berkenan. Faktor rabun bukan lagi satu alasan utama untuk memakainya. Malangnya aku ni penakut.
4) Wajah jelitawan. Tak susah, dengan bantuan pelbagai jenis alat mekap dari pelbagai jenama. Segala kekurangan atau cela pada wajah dapat disembunyikan. Yang kurang dapat dilebihkan. Mata sepet boleh jadi besar, bibir nipis boleh jadi tebal, kulit gelap boleh jadi cerah, kulit kasar boleh jadi halus.
Dengan kuasa mekap, anything is possible bebeh!!
5) Pinggul montok rasa nak tepuk. Apalah guna dah pakai push-up bra dan dapat dada yang montok serta badan yang menggiurkan, kalau punggung mu leper saja. Kini bukan lagi masalah, dengan terdapatnya silicone padded butt apa kejadah.
Pakai bendalah ni punggung nampak tebal sikit. Pandai-pandai lah jangan bagi sesiapa tepuk. Nanti terbongkar rahsia you.
6) Ketinggian melampai bak model. Ketinggian juga boleh menjadi satu dilema pada perempuan. Habis tu kau ingat kenapa boleh ada tercipta high heels sampai 12 inci? (eh ada ke? Ok yang ini aku main bantai je). Tapi point penting adalah, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan ilusi langsing pada perempuan. Kaki nampak panjang gitu. Kalau boyfriend galah, bila pakai heels barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Walaupun terdapat kajian yang mengatakan pemakaian high heels dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang, tapi peduli apa. Itu bukan penghalang.
Ini adalah sampingan. Tahukah anda bahawa perempuan mempunyai pelbagai pose untuk menampakkan dirinya kurus dalam gambar? Contohnya, ambil gambar dari angle atas/condong/45 darjah untuk sembunyikan dagu berlapis, menjadikan mata nampak besar dan muka kiut. Ini adalah pose paling ramai orang buat.
Menjadi seorang perempuan ini sangat bertuah, bukan? Ketidaksempurnaan itu boleh dikatakan tidak lagi wujud. (Dari pandangan luaran).
Maka, pada pandangan anda, adakah perempuan ini merupakan makhluk
a)tak pandai bersyukur atau tak puas dengan apa yang ada
b)kurang keyakinan diri
c)terlalu mengejar kesempurnaan
d)tuntutan nampak cantik setiap masa di hadapan semua orang
e)memang suka nampak cantik untuk kepuasan diri
f)nak pikat lelaki?
g)kesemua di atas.
Entry berkaitan:
Wanita dengan kecantikan palsu
Sekeping gambar itu boleh menipu
08 August 2011
Bukan Milikmu
As Salam and Hello.
Segala yang dihasrat
Tapi tak didapat
Adalah nikmat
Yang paling padat (A Samad Said, Benih Semalu)
Nikmat? Nikmat apa? Bagaimana boleh dikatakan kemahuan yang tidak tercapai itu satu nikmat?
Nikmat menghargai. Sesuatu yang kau punya. Bila kau mula sedar betapa bermaknanya apa yang kau miliki, di situ lah kau mendapat nikmatnya. Kesedaran.
Jika kau tidak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini.
Antara keinginan dan yang dah tertulis itu, kadang-kadang tidak seiring. Tapi Allah lebih mengetahui. Tuhan memang tak selalu beri apa yang kita minta, tapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita.
Lalu kenapa Dia tidak beri apa yang kita inginkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216).
Sehingga itu, redha.
06 August 2011
Cinta Gila #2
As Salam and Hello.
Baby cakap dia tak boleh long distance relationship. Dia nak juga ada orang di samping nya. Menjadi peneman masa sunyinya.
Di universiti, Baby jumpa Mamat. Budak lagi. Muda dua tahun dari Baby. Tapi sebaya Nelly, kawan baiknya. Mereka kenal pun secara tak sengaja. Mamat terjumpa buku Baby yang tercicir. Nasib baik dalam buku tu ada tulis nombor handphone Baby.
Bila dah jumpa Mamat, Baby tinggalkan boyfriend nya yang jauh di kampung halaman. Tiap kali bila boyfriend nya telefon minta penjelasan, Nelly lah yang kena tolong jawapkan. Baby kat tandas lah, Baby dah tidur lah. Baby tak mahu beritahu kenapa dia minta putus. Tak sampai hati, katanya.
Baby bercinta dengan Mamat. Asalkan Baby happy, Nelly ok je. Tapi Nelly dah mula rasa lain macam. Kenapa bila tiba waktu dating, Baby pula yang pergi jemput Mamat kat asrama nya. Baby jemput Mamat naik motor. Ok. Kalau sekali sekala mungkin Nelly boleh terima, walaupun nampak ganjil di situ. Tapi ini dah banyak kali.
Kau bayangkan. Seorang perempuan, pergi ke asrama lelaki, naik motor, untuk menjemput seorang lelaki. Pergi dating.
Baby memang terer bawak motor. Dia ada motor sendiri. Walaupun dia perempuan, tapi cara dia bawa motor memang ada skill. Walaupun Baby nampak macam tomboy dan ada sikit kasar, hatinya tetap jiwa-jiwa.
Tapi Mamat pun ada motor, kenapa dia tak jemput Baby? Yang Nelly risau bila Baby dah hantar Mamat balik, Baby pulak yang naik motor sorang-sorang tengah-tengah malam. Nelly takut jadi apa-apa pada Baby. Kena kejar mat rempit ke, kena kejar langsuir ke.
Takpe lah. Nelly biar je dulu.
Baby dan Mamat pun bercinta macam heaven. Keluar tengah hari, malam baru balik. Baby pesan pada Nelly, kalau dia misscall, tolong buka pintu. Ok la. Takpela. Mungkin Baby bahagia kan tengah bercinta.
Tiap kali PTPTN keluar, mereka pun berdating tak ingat rumah. Yang buat Nelly rasa marah dan fikir Baby ada sikit bangang, bila Baby bagi duit PTPTN dia pada Mamat. Baby cakap kesian sama Mamat. Dia budak dip, PTPTN tak banyak sangat.
Lepas tu bila Baby tak cukup duit, Baby pinjam dengan Nelly. Sebab kesian dan juga atas dasar kawan , Nelly hulurkan juga walaupun dia sendiri pun agak kesempitan. Baby juga telefon ayah nya di kampung minta kirim duit. Bila ayahnya dah masukkan duit, Nelly suka hati cucuk dinding. Kemudian belanja Mamat makan dan teruskan aktiviti berdating.
Oh.
04 August 2011
Cinta Gila
As Salam and Hello.
Kau cakap,
Korang semua tak kenal dia. Aku je yang tahu dia macam mana. Aku faham perangai dia macam mana. Walaupun korang kata perangai dia tak baik, nak ambil kesempatan pada aku, tapi aku tau dia tak macam tu. Aku tau dia sayang aku.
Aku jawab,
Okey.
Ya. Aku faham. Cinta itu sendiri sesuatu yang tak masuk akal. Kan?
Pilihan di tangan kau.
You're going to smile like nothing's wrong, talk like everything's perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting you.
03 August 2011
Surat Cinta Saya Untuk Awak
As Salam and Hello.
Masa sekolah dulu, kau pernah karang surat cinta? Aku pernah. Di Tingkatan 1. Gatal ha? Aku fikir every girls will always have their crush on somebody. Tetapi malangnya surat cinta yang aku karang tu hanya terperuk dalam simpanan dan hanya dibaca oleh seorang lelaki, iaitu abang aku.
Dan dia gunakan surat cinta tu sebagai bahan untuk mengejek aku. Lama jugak lah dia membahan, memang aku geram dan menyampah gila dengan dia waktu tu. Dah lah dia selalu baca diari aku curi-curi, lepas tu buat kepoh. Sakit hati aku dengan dia memang tak boleh nak cerita.
I do not know kid nowadays, but for those who were born in the 80's (and below), surat cinta memang dijadikan sebagai medium untuk meluahkan rasa hati. Walaupun surat cinta tu kebanyakannya memang takkan sampai pada orang yang nak dituju.
Aku rasa budak-budak sekarang memang takde lagi kot guna kaedah ni? Yelah, zaman makin advance. Why trouble yourself untuk menulis sedangkan dah ada SMS, email, FB and so on.
However, i think girls back then memang naif dan laid back. Walau macam mana minat pun kat seseorang budak lelaki tu, tetap takde keberanian nak bagitau. Hanya pandang dari jauh je. Takde nak 'i love u hubby', 'together forever and ever', 'you are my life' and what so ever. It's just minat. Suka tengok. Kalau ada yang ber-couple pun, hanyalah couple yang gitu-gitu. Couple takde perasaan orang panggil. Sekadar ada.
Berbanding dengan budak zaman sekarang, aku fikir mereka lebih terbuka dan agresif dalam meluahkan perasaan. (Maksud aku di sini ialah budak-budak sekolah, ya). Mungkin sebab pemikiran orang zaman sekarang ni yang semakin open dan moden. Kalau zaman aku sekolah 12-13 tahun yang lalu, confirm kena serang dengan mak bapak kalau depa tau anak dok gatal bercinta-cinta.
Oh, tinggalkan itu. Nak tahu bagaimana orangnya budak lelaki yang aku minat tu?
Dia pengawas, paling pandai dalam sekolah (untuk yang se-tingkatan), muka sedikit mix, pendiam dan kelihatan sedikit sombong. Jenis lelaki tipikal yang akan diminati oleh budak perempuan yang masih bersekolah dan baru nak mengenal erti perbezaan jantina.
Cliche, ha?
P/s: Lagi satu, dulu memang terkenal dengan style mintak biodata kan? Kalau minat kat
seseorang je, mesti mintak biodata dia. Haha. Kelakar.
02 August 2011
Pathetic Truth #2
As Salam and Hello.
It's really painful to say goodbye to someone that you don't want to let go, but it's even more painful to ask someone to stay if they never wanted to stay.
Kita memang selalu menipu diri sendiri. Selalu berada in denial. Keep saying those words 'things will get better', 'everything will go back to normal again' and so on. Padahal kita tahu realiti yang sebenarnya bertentangan dengan apa yang kita cuba yakinkan pada diri kita.
There's something in your eyes that's far too revealing
Why must it be like this a love without feelin'
Something wrong with you I know
I see it in your eyes
Believe me when I say
It's gonna be okay
Sebenarnya memang sakit bila terpaksa menipu diri sendiri. Bila hati dan otak kau langsung tak bekerjasama.
We've lost that loving touch we used to feel so much
I try to hide the truth that's in my eyes
The love without feeling
But when I feel we're not in love, I know I'm losing you
Believe me when I say
We'll work it out some way
Sakit untuk melepaskan orang yang kita sayang berlalu pergi dari hidup kita, tapi lebih sakit lagi kalau kau tahu bahawa dia hanya berpura-pura gembira berada di sisi kau dan berada dalam keadaan terpaksa, tanpa kerelaan hati.
I'll never try to hold you back
I wouldn't try controlling you
If it's what you want
It's what I want
I want what's best for you
And if there's something else that you're looking for
I'll be the first to help you try
Believe me when I say
It's hard to say goodbye
Wanting him is hard to forget, loving him is hard to regret, losing him is hard to accept. But even with all the hurt i've felt, letting go is the most painful yet.
Yeah. It's damn hard to say goodbye.
* The words in Italic are lyrics from Hard To Say Goodbye - Celine Dion.
Pathetic Truth #1