Masih Hangat

21 July 2011

Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis



As Salam and Hello.



Kita selalu inginkan sesuatu yang bukan ditakdirkan milik kita. Macam aku sendiri, aku selalu ungkit kenapa aku tak dapat kerja yang aku idam-idamkan. Kerja kerajaan. PTD. Dah pergi exam banyak kali, lulus tetapi kemudian gagal di peringkat temuduga. Memang aku rasa down gila.


Akhirnya aku fikir, mungkin belum rezeki aku lagi. Ataupun ada orang yang lebih berhak untuk dapat kerja tu dari aku, orang yang lebih memerlukan. Ataupun rezeki aku bukan di situ, tapi di tempat lain.


Kadang-kadang, walau kita cuba banyak mana pun, kalau Tuhan dah tetapkan sesuatu tu bukan milik kita, kita tetap takkan dapat. Tapi kita sama sekali tak boleh salahkan Tuhan. Sebab Dia dah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Oh, tiba-tiba aku teringat ayat ni,


Tuhan tak selalu beri apa yang kita minta, tapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita.

Tapi jangan lah kau menyerah membuta tuli. Kadang-kadang Tuhan buat macam tu untuk menguji kita. Dia suruh kita berusaha. Kalau kau betul-betul nak, work for it. Usaha, berdoa pada dia dan kemudian bertawakal. Kalau masih belum dapat, harus redha dengan ujian tu.




Oh, aku buat entry ni sebab Sabtu minggu lepas aku pergi exam PTD lagi sekali. Untuk kali ketiga. Aku tak mengharap sangat. Kali ni aku lebih redha. Hehe. So untuk kau semua, kalau tak dapat apa yang kau inginkan, jangan salahkan Tuhan atau takdir.


Tuhan dah tetapkan apa yang terbaik. Jangan berputus asa atau putus harapan. Yang penting kau pernah berusaha.

InsyaAllah, you will find your way
.

22 Kata semangat:

izfanora said...

apa yang kita rasakan terbaik untuk kita kadang bukan yang paling baik.. :)

zati embong said...

rezeki kita mngkin kat tempat lain

O.o

stellaizz said...

mybe rezeki kita di tempat lain :)

ZWAN SABRI said...

PTD? Itu cita2 ku.. HUHU

MySuaraBlog: Nak Peluk Kamu!

b a m b a m ' s said...

Tuhan dah rancang apa yg terbaik buat kita.. tp bukan bermakna kita nak berserah jek kan.. kena usaha jugak.. =)

Idham said...

kita kan mampu merancang Allah yg akan menetukan tetapi kita perlu ada tawakkal..

AINI CHE DIN said...

inshaallah..mungkin rezeki awak kali ini..saya doakan awak dpat..
saya yg 1st time amik exam ari tu tak tau la macam mna..

Gud Luck

qellissa said...

Mungkin belum rezeki lagi..Insyaallah kalau sabar mesti allah akan balas apa yang sepatutnya..Gud luck!

Jiejah Gorjes said...

knp nk keje kerajaan?

Tukang Karut said...

dah nama nya pun minta... kalau diberi... alhandulilah... kalau tak, cuba lagi...

HAZWAN17 said...

setiap perkara ada hikmahnya..tuhan lebih mengetahui..yang penting jangan putus asa ok

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

i'Allah kali ni dapat... gud luck ye.. =)

Fathiah Hamim said...

betul tuh! kena bijak memilih

Arpiiz said...

macam kita ni, bila dapat sesuatu yang tak diingini tu, buat2 redha je lah walau pun hati ni susah nak redha kan..huhu

cik aisha said...

hanya Dia yang tahu apa yg terbaik untuk kita.jgn berprasangka buruk,jgn pts asa....:)

syrupmasin said...

betol2 rezeki ade dimana dimana :)

Fara said...

insyallah, one day you'll get it. jgn putus asa :) blogwalking. salam perkenalan utk tuan rumah

tia @ Ini Kisah Tia said...

suka entri ni . Tia selalu tak dapat apa yang Tia hajatkan . yang Tia tak hajatkan tu yang Tia tak dapat . tapi tak sangka , yang tak dijangka tu adalah terbaik untuk diri Tia :)

[sutera kasih] said...

aahh kan..betul jgk tu..thanks entri ni bg sy motivasi yg jobless ni hihi

Ratu Lissa said...

tak semua apa yg kita hajat akan dpt, harap2 sy dpt 5a dlm upsr thun nie..

Bluewendy said...

btol tuh..kadang Allah tak berikan apa yg kita nak.. kita jgn lah marah akan kejadiann NYA kerana Allah lebih tahu yg mana terbaik buat kita..=)

amir aizat said...

Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu