Masih Hangat

18 October 2011

Cinta Gila #4

As Salam and Hello.



Semester baru bermula. PTPTN confirm masuk. Baby dan Mamat masih lagi dua sejoli yang hangat bercinta. Cuma kadang-kadang perhubungan mereka ada on dan off. Mamat dengan perangai hidung belang dan kebudak-budakannya(almaklumlah Mamat kan muda dua tahun dari Baby), manakala Baby dengan cemburu dan makan hatinya dengan perangai 'pantang nampak junior comel' Mamat.

Menariknya semester baru ini, motor Mamat telah bertukar dari EX5 kepada RXZ. Motor barunya digunakan untuk mengangkut awek-awek sampingannya (kebanyakannya budak junior) keluar dating. Baby tahu aktiviti Mamat itu, dan mereka pun dah banyak kali gaduh pasal hal ini.

Baby sakit hati sebab tiap kali mereka keluar dating, tetap juga dia yang perlu pergi menjemput, sedangkan punggungnya masih belum lagi mencecah seat motor RXZ Mamat. Memang dia macam perigi cari timba.


Perempuan-perempuan lain dengan senang hati pula Mamat usung ke sana sini. Tapi macam biasalah, Mamat pandai memutar ayat bermain lidah. Sekadar suka-suka, dicabar kawan-kawan dan tak serius pun. Tak pernah ada hati pada perempuan-perempuan itu, sayangnya tetap pada Baby. Katanya, lah.

Dan macam biasa juga, Baby cair dengan pujukan Mamat. Marah yang dibawa sewaktu keluar bersemuka, senyum pula diusung bila balik ke rumah. Nelly pun pelik, apa Mamat ni ada pakai ilmu guna-guna ke? Mana lah tau kan. Nak kata handsome, hmm tak baik pula mengutuk ciptaan Tuhan. Perangai dah lah macam budak-budak, pantang pula nampak perempuan. Kaki kikis juga.


Nelly pelik juga dengan Baby. Padahal bukan Baby tak tahu yang dirinya selalu kena kutuk dengan kawan-kawan Mamat. Bercinta dengan awek tua lah, perigi cari timba lah. Ah, mungkin sebab ayat Mamat terlalu power kot. Sebab itu Baby tangkap cinta gila dengan dia.


'Mungkinlah, mungkin', kata hati Nelly.


Cinta Gila #1
Cinta Gila #2
Cinta Gila #3


.

5 Kata semangat:

Kids said...

happy blogging :)

Dkna Abza said...

carilah pasangan yang nak jadikan kita sebagai isteri bukan sebagai kekasih :)

Rain said...

playboy memang pandai mengayat perempuan. lembut gg dari gusi. yang nak jadi playboy ni biasanya yang handsome, makan hati dik oooi.

perempuan pulak suka orang yang pandai pujuk rayu, ambik hati..

be careful

qwert. said...

oke dah smbung. tunggu #5 :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

ayat manis belaka

menanti episod seterusnya :)