Masih Hangat

10 March 2013

Dekat Tapi Jauh

As Salam and Hello.

Lama gila tak tulis-tulis ni. (Supposed to be taip-taip). Rindu nak luahkan isi hati (katanya) dalam ni, tapi sebenarnya lebih suka simpan sendiri. Sebab aku kan jenis reserved? Semua nak simpan sendiri, tak nak orang lain tau. Walaupun sebenarnya kebanyakan yang baca ni pun memang aku tak kenal. Jadi apa nak kisah? Tapi tetap aku kisah.

Buka Dashboard tadi, perasan ada reader yang tinggalkan komen untuk entry lepas-lepas. Komen cari gaduh pun ada jugak. Err bukan cari gaduh sebenarnya, tapi biasalah manusia otak lain-lain, fikiran lain-lain, pendapat lain-lain, pengalaman lain-lain. Itu yang menjadikan kita tak bersefahaman.

Jadi bagaimanakah kisah hidup aku dalam setahun ni? Hmmm biasa-biasa. Ada lah satu yang luar biasa. Hahaha. Aku sekarang adalah tunang orang. Fuhh. Kagum dengan diri sendiri. Jadi apa bezanya antara bergelar kekasih dan tunang? Entah, aku rasa takde beza pun. Masih sama seperti sebelumnya.

Jujurnya memang niat dan tujuan aku nak bertunang pun sebab nak merasa perbezaan fasa tu. Sebab ada seorang kawan aku cakap, bila berkasih ni lain, bertunang lain, berkahwin lagiiiiiii lah lain. Seram sejuk pulak mendengarnya. Scary. Lain tu maksudnya dari segi sikap dan perangai la.

Entah. Setakat ni bagi aku semua masih sama. Tak tau lah kot dah kahwin nanti dah lain pulak pe'el nya kan. Harap tidaklah. Aku sebenarnya kalau boleh nak bercinta je. Sebab bercinta ni happy je, tak perlu fikir mendalam sangat. Sebab tu dulu aku tak nak kahwin. Sebab aku nak hidup aku bahagia je, ketawa-ketawa je. Tak nak fikir masalah-masalah, tak nak serabut-serabut.  Tanpa curiga dan air mata. Ha giteww. Memang dangkal betul pemikiran aku ni sebenarnya.

Tapi bila aku membayangkan meniti kehidupan hari-hari tua di Rumah Seri Kenangan, tanpa waris, duduk terperuk di sudut bilik menekup muka ke lutut, menyesali diri sebab tak berani ambil risiko masa muda dulu, maka dengan itu aku pun berubah fikiran. Ok lah, kita kahwin lah. Dah namanya pun hidup. Memang lah ada naik turun, suka duka ye tak? Ok, aku sedapkan hati sendiri ni.

InsyaAllah ada jodoh dan diizinkan Allah, tahun ni jugak aku menamatkan zaman bujang aku yang sebenarnya dah banyak kehilangan dan kerugian ni. Kalau aku kahwin awal dah tiga orang agaknya anak aku ni. Ewah produktif kau?

Tajuk entry ni langsung tak relevan dengan apa yang aku tulis. Sebenarnya aku nak tulis pasal aku yang hari-hari dekat dengan laptop, sentuh laptop, tapi jauh sangat dari menulis blog.

Hmmm. Tak kisah lah.

.


.