Masih Hangat

07 August 2012

Blame The Memory

As Salam and Hello.

Ai lamanya tak menulis. Serius rindu, serius dalam otak banyak mencorak ayat, tapi tak terluah di jemari. Ha, macam mana tu?

Setengah tahun yang banyak cerita. Banyak ke? Tak lah sangat. Bukan menarik pun hidup aku. Cuma ada lah beberapa perkara yang mencuit perasaan. Ewah. Sesetengah perkara berlaku, setengah perkara yang berlaku itu kita cuba lupakan. Sesetengah perkara berlaku yang kita cuba lupakan itu bagaimanapun tak terlupakan. Yeah, blame the memory. Tahun yang membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'rasa'. Rasa. Sebab rasa itu aku utuh. Sebab rasa itu aku tetap di situ.

Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh rasa.  Blame the memory. Ya, sakit walau sakit, sangsi walau sangsi, bimbang walau bimbang, aku tetap berpaksi di situ. Hanya kerana satu, RASA.

Aku cuma harap rasa yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipecah belahkan.


** Sebab tu aku tak nak menulis malam-malam, yang merepek-repek saja ditulisnya.



.

15 June 2012

Cukuplah Sekali (Kot? )

As Salam and Hello.


Cukuplah sekali dikecewakan perasaan
Cukuplah sekali didustakan hati yang menaruh kepercayaan
Cukuplah sekali diperbodoh dan diketawakan di belakang
Cukuplah sekali dipermainkan tanpa belas kasihan
Cukuplah sekali ditipu seolah tak punya akal fikiran
Cukuplah sekali dipertaruhkan sebuah hubungan
Cukuplah sekali mencintai pada yang tak pernah menghargai
Cukuplah sekali memberi pada yang tak pernah mencukupi
Cukuplah sekali.


Ni sat gi confirm ada yang ingat aku putus cinta ni. Haha :) Lama tak update blog (Macamlah ada orang peduli) . Kebanyakan entry yang aku tulis akan berakhir di kotak draft. Seperti entry 'Aku pelik' yang aku publish untuk 5 minit, kemudian aku sumbat semula ke kotak draft. Jangan tanya kenapa (lagi sekali, macamlah ada orang nak tanya).

By the way, aku nak promote satu page yang menawarkan pelbagai produk kesihatan & kecantikan. Kira macam one stop centre la, all in one. Bukan untuk untuk perempuan je, lelaki pun boleh pakai produk yang dijual. Macam-macam ada/bakal ada, katanya.

Antara produk terlaris:

1) Pure Marine Collagen(Raw/Unprocessed). Ini collagen mentah, tumbuhan yang diambil terus dari laut. Boleh dimakan oleh orang yang alergik. Belum melalui sebarang proses pengilangan. Betul-betul raw ini barang. Mempunyai kandungan mineral (potassium, iron, calcium, magnesium, phosphorus etc) dan collagen yang tinggi. Boleh membantu mengatasi masalah kulit (parut, jerawat, menegangkan), rambut (gugur, rapuh) dan khasiat yang menyeluruh pada tubuh badan. Ni nak tunjuk antara testimoni pengguna :


Kiri : Sebelum                Kanan : Selepas 2 minggu



Kiri : Sebelum                Kanan : Selepas 1 minggu



Kalau nak baca & tengok lagi banyak testimoni meletup, penerangan fungsi dan banyak lagi khasiat, sila pergi ke SINI.


2) Vitamin C Organic Plus Grape Seed Extract & L- Glutathione 1000mg. Aku rasa tak payah terangkan semua orang pun tau kot apa fungsi Vitamin C ni. Yang bestnya dia ada tambahan Grape Seed Extract (antioksidan & anti kanser) dan L-Glutahione (antioksidan & agen pemutihan) tu. Sekarang kau tak perlu lagi susah-susah nak telan 3 biji pil. Terutama pada yang consume Glutathione tu. Telan je sebiji pil ni, senang. Semua lengkap dalam dia. Yang paling best dia 1000mg dan Time Released. Kau kalau nak cari vitamin yang kandungannya tinggi, cari yang time released. Kalau tak sia-sia je lah. Nak tau kenapa? Ha klik SINI


Vitamin C Organic Plus (Grape Seed  Extract & L-Glutathione)  dan Vitamin C Organic 1000mg


3) Pinkish Beauty Cosmetics. Ha ni special untuk dapatkan kulit yang cerah, halus dan sebagainya. Ada banyak range produk dia: Sabun, Gel, Lotion dan Whitening Capsules.


Golden Collagen Gel


Glutathione Collagen Soap 


Antara testimoni pengguna.

.
4) ABC Acai Berry (Slimming Product). Ha yang ni jangan risau. Aku tau ramai yang tengah concern dengan banyak produk  tiruan acai berry yang membahayakan nyawa sekarang ni. Yang dijual di sini adalah diambil dari pengedar sah yang dilantik oleh pihak pengeluar di US. Siap ada sijil ujikaji makmal lagi. Dijamin original dan tidak membahayakan. Kalau nak dapatkan best price, PM saje.



Ada banyak lagi produk yang dijual di online shop SOLO NATURALE ni. Macam-macam ada. Lelaki perempuan semua boleh pakai produk-produk yang dijual. Tak larat aku nak tepek satu-satu. Kalau kau baca entry ni, maka adalah WAJIB untuk pergi menjengah di sana. 

Ni nak habaq pi, sebenarnya tu page aku. Haha. So kalau kau datang sana dan nak beli produk, just mention kau reader blog ni dan aku akan bagi harga terbaik punya. Dijamin. 

Ok, tu je nak gebang. Sambil-sambil tu, hayatilah dengan sesungguh hati puisi aku di awal entry ini tadi. 

Sekian. (dah, pergi sana visit SOLO NATURALE)


.

23 May 2012

When Your Lover Is A Liar : Healing The Wounds of Deception and Betrayal.

As Salam and Hello.


Love is a verb, not a noun. It is active. Love is not just feelings of passion and romance. It is behavior. If a man lies to you, he is behaving badly and unlovingly toward you. He is disrespecting you and your relationship. The words “I LOVE YOU” are not enough to make up for that. Don’t kid yourself that they are. 


When denial (his or ours) can no longer hold and we finally have to admit to ourselves that we’ve been lied to, we search frantically for ways to keep it from disrupting our lives. So we rationalize. We find “good reasons” to justify his lying, just as he almost always accompanies his confessions with “good reasons” for his lies. 


He tells us he only lied because (....reasons…. ). We tell ourselves he only lied because(….reasons...). 


We make excuses for him: The lying wasn't significant/Everybody lies/He’s only human/I have no right to judge him. 


Allowing the lies to register in our consciousness means having to make room for any number of frightening possibilities:

• He’s not the man I thought he was.
• The relationship has spun out of control and I don’t know 
what to do
• The relationship may be over. 


Most women will do almost anything to avoid having to face these truths. Even if we yell and scream at him when we discover that he’s lied to us, once the dust settles, most of us will opt for the comforting territory of rationalization. In fact, many of us are willing to rewire our senses, short-circuit our instincts and intelligence, and accept the seductive comfort of self-delusion.


His lying is not contigent on who you are or what you do. His lying is not your fault. Lying is his choice and his problem, and if he makes that choice with you, he will make it with any other woman he’s with. That doesn’t mean you’re an angel and he’s the devil. It does mean that if he doesn’t like certain things about you, he has many ways to address them besides lying. If there are sexual problems between you, there are many resources available to help you. Nothing can change until you hold him responsible and accountable for lying and stop blaming yourself. 


The lies we tell ourselves to keep from seeing the truth about our lovers don’t feel like lies. They feel comfortable, familiar, and true. We repeat them like a mantra and cling to them like security blankets, hoping to calm ourselves and regain our sense that the world works the way we believe it ought to.

Self-lies are false friends we look to for comfort and protection—and for a short time they may make us feel better. But we can only keep the truth at bay for so long. Our self-lies can’t erase his lies, and as we’ll see, the longer we try to pretend they can, the more we deepen the hurt.


When your lover is a liar, you and he have a lot in common, you're both lying to you!


(Susan Forward,   When Your Lover Is a Liar: Healing the Wounds of Deception and Betrayal)





03 April 2012

Berperang Dengan Hati

As Salam and Hello.


Satu waktu dulu aku pernah berperang dengan hati. Hati sendiri. Kau tau lah, dulu mana ada aku percaya cinta-cinta ni. Keras la kononnya. Akhirnya tewas juga.

Sekarang juga aku sedang berperang dengan hati. Lagi. Tapi kali ini berperang untuk sebab yang berbeza. Untuk mempertahankan keyakinan aku. Gila babi punya ayat. Macam minah kuntum.

Aku rasa ada orang yang sangat ambil berat pasal kehidupan aku. Sanggup buat macam-macam untuk buka mata aku, katanya. Terima kasih. Aku tau kau sayang aku (agaknya la). Kalau tak kau takkan bersusah-payah buat macam tu, kan? Walaupun aku tak kenal siapa kau, aku tetap berterima kasih walau apa pun niat kau yang sebenarnya.

Tapi apa yang aku nak percaya, semuanya terpulang pada aku. Aku tak kata aku percaya, dan aku juga tak kata aku tidak percaya. No, i'm not in denial. Dalam hati aku, aku tau apa yang perlu aku percaya. Aku bukanlah bodoh sangat. I'm a 27 years young woman. I have a brain and it's not malfunction. Aku tidak akan bertindak seperti budak-budak yang kehilangan akal, atau melakukan perkara yang boleh membuatkan orang melabel aku sebagai perempuan gila. Tidak. Aku takkan meletakkan diri aku serendah itu.

Aku cuma mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing, tidak ambil tahu. Aku sudah kebal, hati aku sudah keras. Kau tahu apa jadi bila hati perempuan sudah keras? No, you can never imagine unless you are a woman.

Aku cuma berpegang pada satu,

Kebenaran itu sama ada datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul.  Walaupun aku boleh saja mencari kebenaran itu sendiri, kalau aku mahu.

Buat masa ini, tolong berhenti. Serius aku penat weh. Penat sangat berperang dengan hati sendiri ni. Ok, aku nak nyanyi.

Tolong..
Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti

Masalahnya, siapa yang nak bawa aku pergi ni?


Merepek sangat post budak ni kebelakangan ni. Macam dia sorang je yang ada masalah.


.

30 March 2012

Something To Hold On To.

As Salam and Hello.



Nabi Muhammad S.A.W seorang yang sabar, bila dituduh gila atau ahli sihir, baginda diam dan sabar. Perkara yang betul, lama-lama akan terjawab jua.

Jadi kita pun samalah, jangan dilayan semua cacian dan hinaan. Contoh : Jika orang cakap engkau perempuan sedangkan engkau confirm lelaki, tak perlu tunjuk kemaluan untuk buktikan jantina korang. Tak perlu !

Perkara yang betul, lama-lama akan terbongkar jua.

Source: keretamayat.


.

27 March 2012

Setulus Hati Ku Menyampaikan

As Salam and Hello.


Bila aku baca balik entry-entry aku yang lepas-lepas,
kononnya untuk mengenali dan mencari diri aku,
kononnya untuk mencari kekuatan supaya menjadi diri aku yang sebenarnya,
kononnya untuk memastikan aku buat apa yang sepatutnya aku buat berdasarkan pandangan aku tentang sesuatu isu,

Aku dapati yang banyak entry aku lebih menjurus kepada yang emo-emo. Like seriously? Kenapakah aku banyak menulis tentang pergolakan perasaan dalaman? Kenapa takde cerita pasal makan-makan, shopping, tengok wayang dan entry-entry bergambar?

Oh. Rupanya aku lebih cenderung ke arah genre yang macam ni. Genre. Ceh macamlah aku ni penulis novel pulak ya. Padahal setakat blog picisan yang entah ada tidak tukang bacanya. Haha. Lantak.

Jadi bila aku imbas kembali apa yang aku tulis, aku fikir apa yang aku buat di alam realiti dan apa pandangan aku terhadap sesuatu isu itu langsung tidak seiring. Adoi faham ke. Berbelit betul ayat aku ni.

Contohnya macam ni.

Tentang isu A.

Dalam tulisan aku, aku nyatakan pandangan aku tentang isu A, apa yang aku fikir, apa yang aku akan buat kalau ia terjadi pada aku dan sebagainya.

Tapi di realiti, aku tak buat pun macam yang aku tulis tu. Bila jadi kat aku, aku buat benda yang bertentangan walaupun tidaklah 100%.

Betul lah. Antara menulis dan mengalaminya sendiri adalah berlainan. Nak-nak lagi kalau kau tulis tentang sesuatu perkara yang belum terjadi pada kau, tapi bila dah terjadi kat diri sendiri, hah! Memang susah pun bila melibatkan hati dan perasaan ni rupanya.

Tapi adakah itu menunjukkan aku hipokrit atau pun menipu diri sendiri? Entah. Tak dapek den nak menjawabnya.

Itu sebab aku baca balik entry-entry aku yang lepas-lepas,


untuk mengenali dan mencari diri aku,
untuk memastikan aku buat apa yang sepatutnya aku buat.

Aku tak mahu hilang diri aku yang sebenar.


.

21 March 2012

Bukan Hilang Semua

As Salam and Hello.


Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang.

Ya, kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah Dia pemberi segala, kerana segala kepunyaanNya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

----------------------------------------------------------------------------------------

I love these words. Ternyata benar, ujian yang diberikan membuat kita kuat. I guess i've learnt a lot for the past few days, because of one incident. A BIG BANG of my life, if I may say so. But naah, i'm fine now. I smile. 

So what have I learnt?

First, to never ever judge a book by it's cover. Ya, memang satu pepatah lama, tapi aku baru belajar dan faham ertinya sekarang. Faham sangat-sangat. Selama ni, walaupun aku memanglah bukan orang yang baik, tapi aku fikir aku dikategorikan dalam kategori naif. Ya, si tua bangka yang naif. Aku pandang semua orang baik. Baik di hadapan, baik di belakang. Baik segala-galanya. Tapi ternyata semua manusia itu mempunyai topengnya sendiri.

Ingat baik-baik wahai kawan, status pada FB seseorang itu tidak sesekali mencerminkan keimanan seseorang. Walaupun dia selalu share hadis, ayat-ayat Al-Quran atau sebagainya. Manusia selalunya memang menunjuk baik di hadapan. Apa yang di belakang, apa yang dilakukan ketika tiada manusia lain yang memandang, itu lah yang paling penting. Tapi itulah, bukan mudah kita nak singkap. Cuma harapkan pada petunjuk Tuhan.


Seperti yang aku bilang sebelumnya, aku tahu dan sedar aku bukanlah sebaik-baik umat. Tapi di waktu aku kesusahan hati dan dalam kesedihan yang teramat, aku tetap meminta belas ehsan dan pertolongan dariNya. Aku tetap berpaling pada Dia. Sedangkan aku tahu aku selalu mengabaikan Dia.

Ya, aku fikir mungkin semua kita memang begitu, hanya mencariNya di kala kita terdesak. Seperti Panadol, hanya dicari ketika pening kepala. Aku belajar. Manusia boleh hilang anak, hilang kerja, hilang kawan, hilang kereta, hilang kekasih, hilang semua, tapi jangan sesekali hilang Tuhan. Sebab pada akhirnya, tetap pada Dia lah kita meminta segala pertolongan.

No, no. Aku bukanlah menunjuk baik. Aku sedar diri dan mengaku aku ini jahil. Aku mengerti hakikat itu. Ini cumalah apa yang aku rasa.

Aku belajar bahawa kita diuji dengan sesuatu/seseorang yang kita sayang. Sejauh mana kita kuat menjalani ujian itu, bersabar dan tetap yakin padaNya. Walaupun ujian aku ni, alah celah kuku je bak kata orang. Tapi untuk orang yang tidak berpengalaman seperti aku ini,  memanglah terasa hebat tamparannya. Haha. Bila dikenang balik, memang kelakar.

Apa yang aku buat sekarang?

Menerima dan berserah. Sebab aku tahu, Dia tetap akan memberikan jalan dan membantu, walaupun kita ini bukanlah hambaNya nya yang taat. Dia tetap sayangkan kita walaupun kita ni kadang-kadang sebelah mata pun tak pandang Dia.


Dan Dia juga akan selalu menujukkan kebenaran dengan caraNya yang tersendiri. Kebenaran itu sama ada ia datang sekarang atau kemudian, ia tetap akan muncul.

Kita cuma perlu buka jendela hati dan pandang keluar.

.


18 March 2012

Hancur Musnah.

As Salam and Hello.



Apa yang aku percaya itu hancur
Sungguh aku tak sangka seperit ini sakitnya
Sungguh aku tak sangka airmata mengalir juga
Kerana satu-satunya insan itu

Aku sangka aku ini kuat, aku sangka aku cukup tabah, tapi kenapa mata tak mahu kering?
Aku pernah membayangkan sekiranya perkara ini terjadi pada aku, aku pasti boleh menerima.
Tapi rupa-rupanya benteng pertahanan aku tidaklah sekukuh mana. Lompong.
Ternyata sesuatu yang namanya cinta itu mampu melemahkan sekuat-kuat insan.
Sekarang aku faham, kenapa ramai orang yang musnah kerana cinta.


Antara cinta dan benci yang aku rasa,
Sungguh aku tak dapat memisahkan keduanya.


Pergilah kau mencari bahagiamu
Di saat engkau telah lelah nanti
Di saat tiada siapa lagi untuk kau kejarkan
Tiada apa lagi untuk kau dambakan
Tiada apa lagi untuk kau tagihkan


Cari lah aku
Aku di sini menunggu
Untuk menjadi yang terakhir.



.

12 March 2012

I'll Be There

As Salam and Hello.



When everything seems to be unfair, when all that you do is not appreciated, I'll take your hand, wipe away your tears, take you for a walk and remind you how special you are. If not for them, for me.






.

09 March 2012

Lelaki Anak Mak

As Salam and Hello.


Pernah dengar tak orang kata;

Kalau nak cari lelaki, carilah lelaki yang menyayangi, menyanjungi dan menghormati ibunya lebih dari segala-galanya dalam dunia ini. Lebih dari semua orang yang ada.

Apa relevannya di situ?

Kebanyakan perempuan, memang takut dan risau kalau kekasih/suaminya jenis anak mak. Salah satunya sebab itulah, dia akan melebihkan ibunya dari sesiapa pun.

Lagi satu, takut kalau kahwin dengan anak mak ni, selalu kena dera dengan mak mertua. Masalahnya kita orang Malaysia ni suka sangat biar diri dimomokkan dengan kisah dalam drama TV.

Tapi tahukah kamu, lelaki jenis anak mak ini seorang yang amat menghormati perempuan. Alah, mesti kau pernah dengar, kalau nak tau sama ada lelaki tu tahu menghormati perempuan, tengoklah dari cara dia melayan ibunya.

Tak perlu risau, malah kau sepatutnya bangga dan bersyukur kalau suami/kekasih kau jenis lelaki anak mak.

Sebabnya, syurga seorang lelaki itu tetap berada di bawah tapak kaki ibunya. Hah, hang tak mau laki hang masuk syurga ka?


Lagipun apa salahnya beralah dengan mak mertua sendiri. Lebih baik beralah dengan mak mertua sendiri dari terpaksa beralah dengan perempuan lain. Betul tak? Hahaha. Ok, tak kelakar.

InsyaAllah, satu hari nanti anak-anak lelaki kau pun akan mengikut jejak langkah ayahnya, lelaki anak mak. Kau tak mahu anak-anak lelaki kau  menyayangi, menyanjungi dan menghormati kau lebih dari segala-galanya dalam dunia ini? Lebih dari semua orang yang ada, termasuk lebih dari kekasih/isterinya?


.

10 February 2012

A Real Man Will Ask You For 'Marry Me'.

As Salam and Hello.


Lelaki yang bawa kau berkepit ke mana-mana tanpa ada usaha untuk menjadikan kau milik dia yang sah dan halal memang lelaki yang tidak berguna, tak boleh kau gantungkan harapan. Lelaki jenis ini hanya mahu menikmati keseronokan dunia, bercinta sepanjang masa tanpa memikirkan hala tuju hubungan kau berdua. Setiap masa kau sahaja yang bertanya 'Sampai bila kita nak macam ni?'. Tapi dia hanya buat pekak telinga atau jawapan standard 'Tunggu dulu'. Komitmen tidak sama sekali termasuk dalam prioriti.

Lelaki yang muncul dalam hidup kau seperti chipsmore juga tak berbaloi untuk kau harapkan. Sekejap dia berperangai seperti kau lah satu-satunya perempuan yang wujud di dunia, kemudian kau takkan dengar sebarang berita dari dia untuk beberapa hari/minggu/bulan/tahun. Tak lama lepas tu dia akan muncul semula menggedik-gedik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kau nampak? Dia hanya perlukan kau untuk tujuan tertentu, atas sebab-sebab tertentu. Mempergunakan kau untuk mengisi masa lapang dia, di saat tiada siapa untuk diajak keluar atau diajak menggatal. Dan kau pun anggap semua itu sebagai cara dia jual mahal atau taktik mengorat. Kau tak kisah, sebab kau memang dah jatuh hati pada dia.

Tolong jangan buang waktu, tenaga apatah lagi wang ringgit dengan lelaki-lelaki yang begini, walau macam mana sayang pun kau pada dia. Tak perlu kononnya rasa sayang dengan masa bercinta yang panjang itu. Tak perlu terkenang-kenang dengan masa yang banyak terbuang.  

What is done, cannot be undo. Just let it go and move forward. Sometimes the person you want the most is the person you are best without.

Just remember, a real man will ask you for 'marry me'. And most importantly; When he makes a promise, he keeps it, that he would rather die than break his words.



.

07 February 2012

Dekat Yang Jauh

As Salam and Hello.


Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita, sebab kita terlalu sibuk mengejar orang yang tak pernah meletakkan diri kita di hati dia. Kita abaikan perasaan ibu bapa, adik-beradik semata-mata nak jaga perasaan orang yang tak pernah peduli dengan perasaan kita.

Tapi yang ajaibnya, walau sebanyak mana kita sakitkan hati ibu dan bapa, mereka tetap menjadi orang pertama yang menyambut saat kita rebah tersungkur. Seolah-olah apa yang pernah kita buat tu tak pernah terkesan langsung di hati mereka.

Bila kita dah ok semula, kita tetap ulang balik perbuatan yang sama. Terus sakitkan hati mereka. Lupa dengan pengorbanan mereka. Lupa yang mereka juga punya hati & perasaan. Lupa yang mereka juga boleh merasa sakit, sama seperti kita.

Memang betul.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita.

(Atau buat-buat tak sedar).


.