Masih Hangat

31 July 2011

Apabila Khairul Fahmi dan Aimie Harmelia (Elia) Putus Tunang, Ramailah Yang Menjadi Professor Serba Tahu...




As Salam and Hello.


Berita yang sangat gempak dan kebabom pada hari ini tentulah tak lain tak bukan kisah putus tunang antara penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Aimi Harmelia (penulis blog Jejari Runcing).




Kisah selanjutnya dan penjelasan dari KFCM boleh lah di baca di sini. Bak kata beliau, tiada sebarang unsur pihak ketiga terbabit yang membawa kepada terjadinya keputusan yang dibuat olehnya.


Sumber : Harian Metro.


Ah, aku tak nak cerita kisah dan kronologi dia putus tunang sebab kau boleh baca semua tu dalam paper. Cuma apabila kes putus tunang ni terjadi, ramailah yang mengeluarkan buah fikiran masing-masing. Antaranya :


1) Apex lupa diri. Bila dah terkenal dan banyak duit, mula lah lupa daratan. Lupa siapa yang menyokong dia selama ni.

2) Elia terlalu mendedahkan kisah cinta mereka, sehingga tiada lagi privasi dalam hubungan. Semua benda nak cerita. Menimbulkan rasa tak selesa pada Apex.

3) Kesilapan Elia yang terlalu menjaja hubungan cinta mereka dan mengejar publisiti untuk menjadi popular. Hasilnya? Blog Jejari Runcing mencapai jumlah follower yang ramai dan trafik mencecah sehingga 4 juta. (4 juta? Gila ah !)


Bagi aku, ini merupakan satu pengajaran untuk kita semua. Baik lelaki, mahupun perempuan. Seperti yang aku cakap sebelum ni, kisah cinta tidak perlu dicanang serata dunia. Kelak kalau terjadi macam ni, siapa yang menanggung malu? Mungkin tujuan nya cuma untuk warning perempuan lain supaya tidak mengacau, tapi kepercayaan adalah asas perhubungan.


Lelaki pula, harus ingat. Nama, duit dan pengaruh takkan kekal selama-lamanya. Seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini. Lelaki biasalah, bila dah terkenal dan banyak duit, mulalah lupa diri.


Walau apa pun, kita semua tak layak untuk mengadili. Sebab kita pun tak tahu punca masalah dalam hubungan mereka. Bagaimanapun, putus tunang bukanlah satu kesalahan besar. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. (Ok, ayat tu aku quote dari entri sebelum ni. Hihihi)


Kita ambil pengajaran dari kisah ini. Jaga hubungan masing-masing, ok?

28 July 2011

Lelaki Biasalah. Bila dah Terkenal dan Banyak Duit, Mulalah Lupa Diri.




As Salam and Hello.



Rasanya satu Malaya dah tau kisah hubungan penjaga gol Malaysia yang hangat dan kononnya jejaka idaman Malaya tu dengan tunang nya sedang berantakan dan berada dalam fasa kritikal. Aku tak sebut nama pun kau semua dah boleh agak siapa kan?


Bagi aku tak bolehlah nak letakkan kesalahan tu atas nama 'dugaan bertunang'. Adakah bila kau mula buat onar dengan perempuan lain, cipta skandal, buat perangai yang bukan-bukan, maka semua tu sebab kau sedang lalui alam pertunangan dan sedang berdarah manis? Adakah dugaan bertunang itu meng'halal'kan kau buat semua tu dan secara automatiknya meletakkan otak kau di tempurung lutut tanpa boleh berfikir mana baik dan mana salah?




Aku lagi tak faham bila ada orang yang cuba comfort hati yang gundah gelana tu dengan ayat 'sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia'. Kau tahu tak secara tidak langsung kau telah menyokong perbuatan salah yang dilakukan?


Bagi aku, bila dah bertunang, tak semestinya dia pasti akan jadi milik kau. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. Aku pasti hukum Islam ada terangkan pasal hal pertunangan ni, tapi aku tak arif nak jelaskan bagaimana.


Yang jadi masalah dengan masyarakat Malaysia ni, bila satu pasangan tu putus tunang je, mulalah kecoh satu kampung macamlah putus tunang tu satu bencana besar. Bagaimana pun seperti yang aku cakap tadi, kau bertunang dengan dia tak bermaksud dia confirm kau punya. Hubungan itu masih belum pasti selagi tiada ijab dan kabul. Sebab tu, tak boleh terlalu dihebohkan.


Kau bercinta, bertunang janganlah dicanang seluruh dunia. Cukuplah diketahui diri sendiri atau orang terdekat. Kalaulah nanti hubungan tu tak membawa ke jinjang pelamin seperti yang diimpikan, macam mana kau nak menjawab setiap pertanyaan orang dan membalas pandangan masyarakat. Ini juga untuk mengelakkan kau malu. Yelah, dah canang serata alam tapi tak jadi. Kau tak malu?


Lelaki ni ada tiga kelemahan terbesar. Duit, kuasa dan perempuan. Kalau tak pandai jaga, memang hancurlah. Berapa banyak lelaki yang hebat dalam dunia ni yang tumbang sebab tiga perkara tadi? Tak payah fikir jauh lah. Tengok Napoleon Bonaparte sudah. Tak pun Tiger Woods. (Tak nak bagi contoh kat Malaysia, nanti kontroversi). Dan kau juga mesti pernah baca kisah seorang yang sangat alim tapi tewas imannya ditangan seorang perempuan akibat godaan iblis?




Tapi kalau sesebuah hubungan tu tak menjadi, tak boleh salahkan lelaki saja. Dua-dua pihak kena post mortem. Dan lelaki/perempuan lain pulak, tak payahlah menggatal nak cucuk jarum kalau orang tu dah bertunang atau bernikah. Apa kau ingat 'the best woman/man win'?

Takde maknanya kalau kau cakap cinta mati, padahal sebenarnya lebih kepada dengki dan iri hati. 'Kalau dia boleh dapat, kenapa aku tak boleh? Padahal dia bukan hebat sangat pun. Aku lagi bagus dari dia'. Betul tak? Punya banyak orang lain yang ada dalam dunia ni, kenapa yang satu tu juga kau kejar?


Satu yang boleh aku cakap, kau takkan dapat kebahagiaan yang kau cari dengan cara memusnahkan kebahagiaan orang lain. Aku percaya karma. Kau buat orang, ada orang lain pula yang akan buat kau. Mungkin lebih teruk daripada apa yang kau buat. Buat lah pertimbangan guna akal.


Bagi aku, mereka yang sedang berada dalam satu perhubungan serius pula haruslah jaga hubungan tu dengan sebaiknya. Bersyukur sebab kau dah jumpa orang yang buat kau gembira dan sanggup susah senang bersama. Kau takkan dapat jumpa orang yang sama sebijik macam tu dalam diri orang lain. Jangan tamak. Kalau dia dah tawar hati dan mula melangkah pergi, kau menangis air mata darah pun belum tentu dia datang lagi.

26 July 2011

Pathetic Truth #1

As Salam and Hello.


You never know what you have until you lose it, and once you lose it, you can never get it back.




Kita memang selalu tak nampak pengorbanan dan pengertian orang di sekeliling kita, yang sentiasa setia bersama dalam susah atau pun senang, tawa mahupun duka. Yang kita kejar adalah penghargaan dan perhatian dari mereka yang hanya memandang apabila ada tujuan.


Hati yang tak terjaga, perasaan yang diabaikan dan pengorbanan yang tak diendahkan. Ibu bapa, adik beradik dan juga sahabat baik. Apabila mereka mula melangkah pergi dari hidup kita, barulah kita terasa dan mengerti betapa besar erti kehadiran mereka di samping kita.


Pada masa tu, berpatah balik pun kita tak mampu. Seribu sesalan pun tak berguna lagi, bila hati dah terguris. Keadaan tak mungkin akan sama seperti waktu lalu. Luka mungkin sembuh, parutnya tetap tersisa.

Pandang keliling. Ada tak insan yang kau lukakan hatinya tanpa kau sedari?

25 July 2011

Kenapa Cintamu Berantakan?

As Salam and Hello.


Satu kenyataan yang pahit mengenai sesuatu perhubungan ialah ia selalunya bermula dengan indah penuh bunga-bunga cinta romantik segala, tapi pengakhirannya adalah sadis dan menyedihkan. Ramai orang yang pernah mengalami keadaan macam ni. Tak semua pasangan mampu melepasi ujian masa dan mempertahankan hubungan seiring dengan usia perhubungan itu.




Jadi kenapakah perkara ini terjadi? Kenapa cinta yang dulunya indah jadi berantakan seiring dengan masa yang berlalu? Mari kita sama-sama mengupasnya. (Tak boleh pergi, macam doktor pakar cinta. Kau layankan jelah ya?)

Kenapa hubungan cinta yang manis boleh menjadi retak dan akhirnya berpisah?



1) Kritikan yang berterusan. Selepas beberapa bulan menjalani hubungan dalam fasa romantis yang jiwa-jiwa, ramai pasangan akan mula menunjukkan perangai sebenar mereka. Tak seperti masa mula bercinta dulu, semuanya nak cover. Time ni dah mula tak boleh sesuaikan diri antara satu sama lain, masing-masing perlukan ruang sendiri dan tak suka kan kawan-kawan masing-masing. Semuanya serba tak kena. Mula mengkritik antara satu sama lain. Kritikan yang berterusan membawa kepada rasa tak puas hati dan akhirnya terjadilah perpisahan. Sad ending.


Asyik bertekak je kerjanya.


2) Berbohong dan memusnahkan kepercayaan. Tak kisah lah pembohongan tu tahap mana kecil atau besar, tapi satu pembohongan boleh menghancurkan hubungan. Mungkin kau takde niat nak berbohong pada mulanya, tapi sekali kepercayaan dia terhadap kau dah musnah, amatlah sukar untuk memperbaikinya kembali.


3) Curang/main kayu tiga. Setiap orang mentafsirkan istilah 'curang' dalam cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, tingkah laku seperti flirting dengan kawan-kawan boleh dipanggil curang, ataupun keluar minum makan dengan perempuan/lelaki lain tanpa beritahu diorang pun boleh dikira curang. Jadi kau kena tahu tahap ke-sensitif -an pasangan kau dan bertindak dengan cara yang sewajarnya.


Bagi bunga kat perempuan lain kira curang tak?



4) Mengintip/spy. Walaupun kau mempunyai sebarang keraguan atau syak wasangka pada pasangan, jangan sesekali cuba untuk jadi pengintip atau 'snoop dog' dan memerhatikan mereka secara diam-diam. Kalau mereka dapat tahu, habislah kau. Kalau ada sebarang keraguan atau tak puas hati, terus terang dengan mereka dan tanya kenapa mereka berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini. Ingat. Jangan pasang spy.


5) Cemburu keterlaluan. Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu yang terlampau boleh menyesakkan dan membawa kemusnahan. Cemburu sikit-sikit takpe, itu wajib. Tapi kalau kau asyik mempersoalkan pasangan kau tentang mana dia pergi, makan dengan siapa, keluar dengan siapa, siapa siapa siapa dan siapa lagi, kau akan lihat dia berlalu pergi dari hidup kau secara perlahan-lahan.


Mesra-mesra je pun.



Err bagi 5 dulu boleh tak? Siri ini akan bersambung di bahagian ke dua. Nantikan. Daaa.


22 July 2011

Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan



As Salam and Hello.


Sebenarnya aku terjumpa soalan-soalan ni masa godek-godek internet. Berkenaan dengan perkara-perkara yang tak difahami lelaki pasal perempuan. Kalau nak diikutkan, lelaki memang tak akan pernah mampu untuk memahami perempuan, sebagaimana juga kami tak akan mungkin mengerti sikap kamu yang complicated tu.

Jadi mari aku bagi jawapan (tapi dari sudut pandangan aku sahaja) sebagai seorang perempuan. Jawapan ini tidak mewakili semua kaum wanita. Almaklumlah, aku kan loklaq terlebih.

Kita mulakan sekarang juga.



I don’t get why girls say one thing and mean something different. Like when they say, ‘You can watch the game,’ and then when you do, you get in trouble.

Si Sengal :
Biasa la ni. Sebab dia tau kau suka benda tu, tapi dia tak. Nak bagi nampak macam menyokong apa yang kau buat, tapi sebenarnya no no no. Reversed psychology la ni. Cakap terang-terang kang kau mengamuk pulak.



What I don’t understand is why girls really, really, really want that nice guy, but once they find one, they can’t date him because now they need a jerk.

Si Sengal : Saje nak test market, orang baik sudi terima tak. Kih kih. Takdelah. Orang baik tak fun to be with. Tak mencabar. Nak kahwin kang baru cari orang baik balik. Hahaha. (jawapan mintak penampar ke ni?)


Why do girls not like other girls when they first meet them? It’s as if they have to prove themselves to each other before they’ll consider them acceptable to hang out with.

Si Sengal : Oh, ni kira rasa macam intimidated la ni. Lepas tu kena cari pula keserasian. Friendship orang perempuan tak sama dengan lelaki, you know. Friendship perempuan dipengaruhi emosi. Kata la dia bergaduh dengan kau hari ni, mungkin tahun depan baru dia tegur kau balik. Itu pun kalau dia nak berbaik balik la. Kalau tak, cakap dengan tangan saje.



I don’t understand why women can’t just speak more directly. They always want you to do something, but they don’t put it in words. Instead, they talk around the issue. I wish they were more up front and just said it!

Si Sengal : Biasa la perempuan ni dia banyak tersirat. Tu yang belit-belit sikit. Kata makhluk yang kompleks kan. Cara pemikiran pun beza antara lelaki dan perempuan. Sometimes perempuan lebih deep, lelaki more to surface. Sebab tu sekecil-kecil isu, boleh jadi besar. Tapi, kalau kau nak cakap direct-direct, pergi lah cakap dengan lelaki.


Why, oh, why, can’t you create a single, central location for your hair ties and bobby pins?!? And why is there one on the handle of the microwave?

Si Sengal : Supaya senang dapat dicapai dan dipakai di mana-mana, bila-bila masa yang diperlukan. Itu pun nak hairan ke? Satu ada dalam bilik mandi, satu dalam handbag, satu dalam bilik, satu dalam kereta. Kelakar jugak orang perempuan ni. Getah rambut je boleh siap buat koleksi. Tu belum cerita yang lain lagi. Muflis lah kau.


I don’t understand their attitudes! Everything is good for, like, the first three months, but after that, it’s a whole different ball game!

Si Sengal : Rasa boring la tu. Kalau jadi macam ni, mungkin saja nak have fun sikit. Gaduh-gaduh manja. Pandai-pandai lah kau cari idea. Tapi kalau dah setiap hari setiap masa peel nya dok lagu tu jugak, tu tanda korang bakal kena tinggal. Bai bai.



I don’t get why getting married so soon is so important to most women. Is love not enough?

Si Sengal : Ha, ini soalan mintak penampar. Apa yang kau tak paham sangat tak tau lah. Cinta tu cinta la jugak. Habis tu kalau kau asyik nak bercinta je, tak nak kahwin, bila masa pulak nak proses anak. Kau ingat orang perempuan ni macam kau ke umur 70 pun boleh dapat anak lagi? Anak tu penting bagi orang perempuan. Dah ada anak takde laki pun takpe. Pergh statement. Memang nak mati. Lagipun, kalau dah kahwin tu rasa terjamin dan selamat la sikit, walaupun zaman sekarang ni semua takde jaminan. Gitu.


Boleh tak aku cakap yang lelaki memang takkan faham perempuan sepenuhnya? Apa yang perlu kau buat cuma terima kami dengan seadanya dan seikhlas hati. Dan lagi satu, sayang kami dengan sepenuhnya. Itu saje dah buat kami happy (^_^).




p/s: Si Sengal = Miss Y (-_-)"


21 July 2011

Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis



As Salam and Hello.



Kita selalu inginkan sesuatu yang bukan ditakdirkan milik kita. Macam aku sendiri, aku selalu ungkit kenapa aku tak dapat kerja yang aku idam-idamkan. Kerja kerajaan. PTD. Dah pergi exam banyak kali, lulus tetapi kemudian gagal di peringkat temuduga. Memang aku rasa down gila.


Akhirnya aku fikir, mungkin belum rezeki aku lagi. Ataupun ada orang yang lebih berhak untuk dapat kerja tu dari aku, orang yang lebih memerlukan. Ataupun rezeki aku bukan di situ, tapi di tempat lain.


Kadang-kadang, walau kita cuba banyak mana pun, kalau Tuhan dah tetapkan sesuatu tu bukan milik kita, kita tetap takkan dapat. Tapi kita sama sekali tak boleh salahkan Tuhan. Sebab Dia dah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Oh, tiba-tiba aku teringat ayat ni,


Tuhan tak selalu beri apa yang kita minta, tapi Dia akan beri apa yang terbaik untuk kita.

Tapi jangan lah kau menyerah membuta tuli. Kadang-kadang Tuhan buat macam tu untuk menguji kita. Dia suruh kita berusaha. Kalau kau betul-betul nak, work for it. Usaha, berdoa pada dia dan kemudian bertawakal. Kalau masih belum dapat, harus redha dengan ujian tu.




Oh, aku buat entry ni sebab Sabtu minggu lepas aku pergi exam PTD lagi sekali. Untuk kali ketiga. Aku tak mengharap sangat. Kali ni aku lebih redha. Hehe. So untuk kau semua, kalau tak dapat apa yang kau inginkan, jangan salahkan Tuhan atau takdir.


Tuhan dah tetapkan apa yang terbaik. Jangan berputus asa atau putus harapan. Yang penting kau pernah berusaha.

InsyaAllah, you will find your way
.

18 July 2011

Sibuk Jaga Hati Orang, Hati Sendiri Sumbat Dalam Tong Sampah

As Salam and Hello.



Aku pernah mengalami satu fasa yang sangat shit di zaman aku belajar dulu. Yang mana pada masa tu boleh dikatakan aku langsung tidak menjadi diri sendiri.

Satu masa di mana kau perlu menjaga hati orang lain, tapi hati sendiri di tong sampah kan. Bila mana kau terlalu concious sangat dengan apa yang orang lain fikir pasal kau dan kau bertindak untuk memuaskan hati semua orang, yang mana kau tau yang kau takkan mampu. Akhirnya yang jadi mangsa adalah diri kau sendiri.


Konon takut takde kawan. Konon takut tak boleh survive seorang. Bangang. Padahal kalau di fikir balik, kalau kau seorang pun tak jadi masalah. Bukan untuk menidakkan kepentingan berkawan, tapi kalau kawan di keliling kau tu adalah dari jenis manusia macam ****, aku rasa kalau duduk terbuang pun tak apa.


Serius. Bila kau satu, kau tak perlu nak berpura-pura membuat sesuatu yang kau tak suka, semata-mata nak mengambil atau menjaga hati orang lain. Kau juga tak perlu berpura-pura sukakan sesuatu yang padahal kau tak boleh nak tolerate pun.


Aku pernah dikelilingi oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri sebagai kawan, tapi di sebaliknya mereka adalah penyumbang kepada kemusnahan hati aku. Ya. Bila kau berlakon kau kenal sangat dengan aku, tahu apa yang aku nak, dan bila sedikit demi sedikit kau mencampuri urusan hidup aku, mengambil kesempatan, mula mempengaruhi aku untuk membuat keputusan dan bertindak untuk mengawal hidup aku.





Ya. Mungkin orang akan cakap. Kau sendiri yang tak pandai memilih kawan. Dah tau macam tu kenapa nak kawan lagi, kan? Ya aku bodoh. Aku fikir mungkin aku terlalu jahil.


Akhirnya aku dapat kekuatan untuk eliminate mereka dari hidup aku. Yang mana aku tak mahu ada kena-mengena langsung pun dengan mereka. Walaupun ada yang cuba menghubungi aku konon untuk menyambung balik persahabatan. What the fish. Ya, aku boleh maafkan tapi untuk aku lupa, sorry. Aku takkan bagi peluang untuk hati aku disakiti dan dijajah buat kali kedua. Untuk mereka datang balik memperkotak-katikkan aku.

Aku rasa cukup-cukuplah.


Mungkin ada yang cakap aku asyik menuding jari menyalahkan orang lain, tapi sendiri yang tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Sendiri yang menyusahkan. Memang aku mengaku. Apa yang boleh aku cakap adalah aku memang B.O.D.O.H.


Kalau boleh di putar masa, memang aku nak lebih menjadi diri sendiri. Sebab mungkin sepanjang masa tu, aku telah banyak meyakitkan dan mengabaikan orang lain. Atas kebodohan sendiri. Tapi nak kata aku menyesal sebab melalui semua tu, mungkin tidak. Sebab bagi aku itu pengalaman yang akan membentuk aku.


Dan sekarang aku menjadi manusia yang sangat reserved, yang mana itu juga adalah tidak baik untuk diamalkan pada waktu tertentu. Aku fikir mungkin sebab aku terlalu berhati hati. Maaf pada mereka yang terkesan.


Tapi percayalah, tak ada orang lain yang lebih memahami hati kau sendiri, melainkan kau. Peduli lah dengan mereka mereka yang claim sebagai kawan, tetapi tak pernah nak menerima kau sebagai kau. Dan mungkin dalam masa kau sibuk menjaga hati kawan, ada hati yang lain yang kau abaikan.


Yang paling penting sekarang adalah menjaga hati sendiri. Dan ya. Sayang diri sendiri. Sebab kalau kau tak boleh nak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, macam mana kau mampu nak sayang orang lain.

Betul tak?


Bukan senang nak dapat kawan yang memang adalah kawan dalam erti kata yang sebenarnya, walaupun kau kenal dia sejak kecil lagi. Sebab manusia boleh berlakon sepanjang hayat. Dan bila secara tiba-tiba kau mendapat tikaman dari belakang tanpa sebarang warning, effectnya adalah seperti kau mendapat tumbukan Kame Hame Ha.




Tapi aku fikir kau tabah, kan kawan?





16 July 2011

Kau Jantung Hati

Awak tak suka terikat kan, sebenarnya ?

Yang sebenarnya aku tak tau nak jawab macam mana.


Kalau dulu, memang ya. Dulu lah. Masa dulu. Masa hidup aku young and free. Aku tak suka rasanya yang bila aku terpaksa mengikat hati aku pada orang tertentu. Pada masa tu sungguh aku tak fikirkan apa-apa. Tak pernah ada contact hati dengan sesiapa.


Tapi sekarang.

Aku di tahap berperang dengan hati, untuk meyakinkan diri sendiri.

Bukan aku ragu pada kau. Malah aku sangat berterima kasih atas segalanya yang kau lakukan untuk aku.


I simply cannot deny the feelings inside me. Kau bagi aku rasa. Kau tambah warna dalam hidup aku. The fact that you make my life wonderful, and how i love that so much.

Yang sebenarnya aku ragu pada diri sendiri. Aku bimbang tak dapat menjadi yang terbaik untuk kau, sebagaimana kau telah menjadi yang terbaik dalam hidup aku.


They say i'm hard. They say the person who fall for me will definitely have a tough life. Akan selalu makan hati.

Aku akan cuba.

Aku cuma berharap yang kau takkan berputus asa dengan aku. I hope that you won't find it hard with me.


Sebab kau pun tahu kan, aku psycho?



p/s: Kau jantung hati.


15 July 2011

Awak Curang. Semua Salah Saya.

As Salam and Hello.


Kenapa bila lelaki curang, perempuan yang selalunya disalahkan?


Sori tukang komen. Aku ambil contoh ni.


Isteri/gf tak pandai jaga laki. Tak reti masak. Tak pandai ambil hati. Kasar. Tak reti manja-manja. Tak pandai layan. Tak memahami. Tak tahu nak bagi sokongan. Macam-macam lagi.


Oh, memang perkara biasa lah untuk lelaki curang kalau macam tu? Standard katanya. (Maaf tukang komen. Inilah yang dikatakan kerana komen kau seorang, habis lelaki-lelaki tak bersalah menjadi mangsa).




Jadi apabila wanita curang, adakah kau akan menyalahkan dia juga?

"Dasar perempuan mata duitan. Bila nampak kesenangan mulalah beralih arah. Tak boleh tengok jantan muka kacak, cepat je kau menggatal. Tak boleh orang lain ambil berat sikit, terus kau pergi kat dia".

Atau adakah kau berani menyalahkan diri sendiri?

"Semua salah aku. Aku tak bagi duit banyak-banyak kat dia untuk dia shopping. Aku tak reti jaga muka aku bagi hensem-hensem biar dia tak pandang laki lain. Aku tak pandai jaga hati dia."


Maaflah semua, takde niat aku nak mewujudkan peperangan gender di sini. Cuma sebelum menyalahkan mana-mana pihak, renungkan diri sendiri dulu. Ada sebab atas setiap perbuatan. Everything has it's reason, bak kata orang putih. Manusia ni tak kira lelaki ke perempuan, masing-masing berpotensi untuk buat silap. Tak kiralah kesilapan dari segi apa. Sama.

"It is better to suffer wrong than to do it, and happier to be sometimes cheated than not to trust." ~Samuel Johnson


Wahai lelaki,

Selalunya perempuan hanya akan pergi apabila dirinya dah tak diperlukan lagi. Bukan kerana dia rimas dengan perangai kau, bukan sebab bosan balik-balik mengadap muka kau, bukan juga sebab kau asyik menyusahkan dia. Itu pun amat payah untuk dia angkat kaki.

Seperti mana kami boleh menerima sifat-sifat kau yang tidak sempurna itu, kenapa kau pula tidak?

"Deep down you know it's best for yourself, but you hate the thought of him being with someone else."

Ini cuma buah fikiran seorang wanita saja, iaitu aku. Tidak mewakili seluruh kaum wanita. Well, nama blog pun A Woman's World kan? Jangan ambil hati ya. Peace !

Oh btw, para wanita. Bila kau curang, apa pula alasan yang akan kau berikan? Seperti mana lelaki ada alasan untuk curang, adakah kita pun ada juga? Aku ingin tahu. Kongsikan.





14 July 2011

Akhirnya Aku Kalah Dengan Nafsuku Sendiri

As Salam and Hello.


Pukul 1.20 pagi. Akhirnya aku menyerah. Menyerah kepada tuntutan nafsu yang menyerang di bahagian perut dan memanipulasi otak. Ya, pada pagi yang hening ini aku ke dapur untuk memasak mee segera perisa Tomyam jenama Maggie.

Segalanya selamat masuk ke dalam perut bersama 4 keping roti Gardenia. Nafsu apakah aku ini? Melebihi nafsu makan seekor dinasor. Sia-sia lah aku minum air halia dicampurkan dengan 2 sudu Apple Cider Vinegar. (Bagi yang belum cuba, sedap tau minuman ni. Alah aku pakai serbuk halia jenama Nona tu. Ada campuran madu. Sedap. Lainlah kalau kau rajin kupas halia lepas tu rebus. Aku tak serajin tu).


Oh, segalanya berpunca sebab aku minum air tu pukul 11 lebih. Disebabkan aku minum air tu lambat, so tak boleh tidur dulu. Kena tunggu 2-3 jam baru boleh tidur. Kalau tak air mudah bertakung di bahagian bawah mata dan menyebabkan terjadinya eye bag atau mata sembap. Tidak, aku tidak mahu itu terjadi. Walaupun aku tahu tidur lambat boleh menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata.


Sebab aku tidur lambat, maka aku jadi lapar. Jadi bila aku lapar, aku jadi resah. Nafsu ku bergolak. Akhirnya akalku ditumpaskan jua.



Aku kalah !! Kalah !!



Bila segalanya sudah masuk ke dalam tembolok, maka menyesal kemudian tidak berguna. Akibatnya hanya boleh disaksikan pada tumbesaran perut sahaja. (-_-)".

13 July 2011

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?



As Salam and Hello.


Pernah tak tengok orang iklankan diri dia dalam Facebook? Alah yang buat ayat macam;


"Sedang mencari dan terus mencari",
"Orang macam aku ni siapalah yang sudi"
"Aku mencari orang yang menghargai diri aku" and so on lah.


Banyak je jenis-jenis ayat yang bermaksud mengiklankan diri sendiri, cuma kau kena faham maksud ayat tersirat tu.


Dan orang yang konon-konon concern dan bersimpati pun akan buat ayat macam ni;


"Sabarlah, InsyaAllah ada tu",
"apa susah, I kan ada"
"tu lah, hari tu saya offer awak tak nak"
"kau bukan takde orang nak, tapi jual mahal" dan sebagainya.


Kau pun akan jawab balik dengan ayat;


"Memang tengah sabar, tapi sampai bila. Teringin bahagia macam orang lain"
"ngengada la U ni hiks hiks"
"mana ada jual mahal, yang ada pun main-main je. Lagipun siapalah aku ni, tak cantik"


Best ke ek bila iklankan diri sendiri? Boleh dapat simpati orang atau pun kau rasa bahagia sebab ada orang yang ambil berat pada kau? Atau sekadar cuba nak test market?



Jangan ada yang buat macam ni, sudah.



Pernah tak terfikir sama ada orang-orang yang beri reaksi tu ikhlas bersimpati, atau pun sekadar bersuka-suka jadikan keluh kesah kau tu sebagai bahan hiburan?


Seperti yang aku pernah cakap dulu,

Jangan terlalu mudah kau membuka pekung bercerita di alam maya. Sebab yang memerhati dan memberi reaksi tu tak semestinya ikhlas hatinya. Ada yang hanya sekadar menjadikan itu sekadar bahan hiburan, ada juga manusia dengki yang mahu mengorek rahsia.

Biarlah ada sifat malu dalam diri. Jatuh maruah diri bila kita buat macam tu. Adik lelaki aku sendiri pernah kutuk seorang rakan FB dia (juga merupakan rakan FB aku) yang selalu tulis status-status merendahkan nilai diri macam tu. Bayangkan itu adik lelaki aku yang berusia setahun jagung? Macam mana kalau lelaki matang yang baca? Apa anggapan dia?

Dia mungkin akan balas ayat yang sweet-sweet untuk kau baca, tapi dalam hati dia kau yang bukan-bukan. Kalau dia sekadar mengutuk kau sorang-sorang dalam hati takpe, habis kalau dia bukak mengutukforum dengan kawan-kawan dia?

Sama macam kes adik aku tu lah. Dia balas ayat manis-manis berbaur perli, tapi perempuan tu pula tak faham-faham maksud dia. Makin bertambah galak ada.

Kalau kau betul-betul berkeluh kesah dan nak mengadu pun, please mengadu direct pada Tuhan. Dia je yang boleh tolong kau. Manusia-manusia macam aku ni hanya boleh tengok. Oh, dan lagi.


Seperti yang aku pernah katakan, hidup ini bukan pasal nak cari boyfriend saje.