Masih Hangat

Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

13 June 2011

Sekali Lagi Cinta Itu Milik Kita

As Salam and Hello.


Pada 30 June ni, filem yang aku tunggu-tunggu akan mula ditayangkan. Excited. Filem apa? Tajuk filem ni adalah Sekali Lagi.






Sekali Lagi dilakonkan oleh 4 orang pelakon kesukaan aku iaitu Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Bront Palarae dan si comel Mia Sara Nasuha. Kau tengok senarai pelakon dia pun mantap kan? Sebab tu aku tak sabar-sabar nak tunggu cerita ni keluar.

Walaupun aku ada je dengar orang cakap "what do you expect, cerita Melayu?". Lantaklah.


Aku tak sabar nak tengok macam mana Sam bawak watak seorang yang menghidap Autisme, jadi dia ber IQ rendah dan berperangai kebudak-budakan. Rasa nya dia tak pernah bawak watak macam ni lagi kan? Alah tapi dia ni bawak watak apa pun konfirm menjadi lah. Sebab dia memang pelakon yang hebat.

Apa itu Autisme?

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun.
Penyebab Autisme
adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.
(SUMBER)



Ok jom kita baca sinopsis dulu, lepas tu baru baca layan trailer, ok? Ok. ;)


SINOPSIS

Sekali Lagi mengisahkan tentang Arman (Sam) yang percaya dirinya pengidap "autisme" kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya.

Suatu hari, Arman bertemu dengan Amy (Mia Sara Nasuha) yang berusia lima tahun dan mereka mula bersahabat serta berkongsi masalah.Dalam masa yang sama, ibu Amy iaitu Shiela (Lisa Surihani), merasai perubahan yang berlaku pada Amy.






Cepatlah cerita ni keluar oiiiiii.



Align Centre

11 June 2011

Movie Review : KL Gangster. Oh Jai, i'm falling for you.




As Salam and Hello.


Korang dah tengok KL Gangster? Aku dah. Hihi. Tengok midnite show malam tadi. Wah kemain ramai lagi orang tengok. Aku perasan yang penuhkan panggung tu kebanyakan nya lelaki.



Bagi aku, KL Gangster ni plot nya berkisar pada pergolakan dalaman diri Malek (Aaron Aziz), keluarganya dan dunia gangster tu sendiri. Alah macam biasa, gangster berebut kawasan, 2 kumpulan gangster bergaduh, perebutan kuasa, perasaan tak puas hati sesama geng and so on.


So dia tak banyak cerita, cuma lebih kepada aksi. Dah namanya pun filem aksi kan. Orang laki memang gemar la cerita-cerita macam ni. Tapi dialog nya memang mantap walaupun ada sesetengah butir percakapannya yang aku tak paham. Yelah, mostly diorang ni bercakap guna dialog Cina bukit, pastu cakap laju-laju pulak tu. Aku kan jenis lambat nak tangkap, tu yang kadang-kadang tak paham. Yelah, cakap jelah aku lampi. Senang.


Aku sebenarnya bukan nak cerita sangat perjalanan cerita ni, yelah mana tau ada yang tak tengok lagi, kang jadi spoil lak. So kesimpulannya, korang beli tiket dan tonton sendiri. Hihi.


Tapi kan, yang tak boleh blah nya, tiap kali aku pandang muka si Malek tu, mesti teringat Seth Tan. Peribadi Seth Tan. Terus aku tengok Malek takde tokoh gangster, tapi mamat romantik. Aduh, bikin spoil pulak. Lagipun dia kan jenis muka bersih, pastu takde ciri-ciri gangster macam bertatu ke, rantai labuh ke, serabai ke kan. Yelah kata dah taubat. Haruslah nampak clean and clear.


Taiko besar yang dah insaf dan kembali ke pangkal jalan.


Aku paling suka watak Jai (Adi Putra). Memang hot habis. Mana-mana perempuan yang tengok cerita ni mesti jatuh hati kat Jai. Eh?? Ke aku sorang je. Hahaha. Sebab bagi aku dia memang hot lah. Berani, berpendirian teguh, ikut kepala sendiri dan er er er seksi !!! Walaupun dia jenis tamak dan pentingkan duit. Hoho. Aku jatuh cinta ke ni?Lalala. Tapi bagi aku Adi Putra memang berjaya bawak watak ni.


Jai seksi. Ouchh!!


Yang paling aku menyampah sekali sah-sah lah si Shark (Syamsul Yusof). Dengki tak sudah dengan si Malek. Sampaikan mak orang tu yang lemah dan tak berdosa pun habis kena lanyak, semata-mata sebab dia tak puas hati dengan si Malek. Kejam betul mamat ni. Dah kalau bapak tiri sendiri pun dia boleh bunuh macam bunuh ayam je, kau fikir sendiri lah tahap kejam dia macam mana kan. Jenis tak setia punya orang. Huh. Tapi anyone boleh tolong bagi tau aku tak, dia ni berbangsa apa sebenarnya eh? Melayu ke Cina?



Gangster yang takde hati, apatah lagi perasaan.


Aku pun tak tau sebenarnya aku ni mengulas filem atau mengulas watak. Layankan aje. Apa pun tahniah pada semua pelakon yang menjayakan filem ni, kerana memberikan lakonan yang mantap. Fadil (Zizan RL) dan Ajib (Soffi Jikan) turut menjadi nadi kepada filem ni. (Tak boleh blah skema punya ayat). Fadil yang kelako dan Ajib yang sangat setiakawan. Yup, dalam cerita ni, aku paling respek dengan Ajib. Sebab dia mementingkan persahabatan dan bila kawan dia susah, dia ada. Respek habis!


Apa pun, KL Gangster memang sebuah filem aksi yang best dan terbaik!! Korang pergilah tengok dan support filem tempatan. Tapi yang aku tak faham, apa motif Pekida nak saman pengarah filem ni? Sebab ada guna perkataan ayahanda tu je ke? Ek elehhhh.