Masih Hangat

30 June 2011

Apa kesudahan cerita tunang Fida dan Azuan dalam Bang Bang Boom?



As Salam and Hello.


Wah nampaknya isu Fida dimalukan dalam rancangan Bang Bang Boom jadi isu hangat ek? Hmm ramai yang tertanya-tanya apa kesinambungan cerita ni pada akhirnya. Ada yang kata sebenarnya si Azuan tu memang datang betul-betul nak meminang Fida, tapi saje nak bagi kejutan sikit kat Fida. Kira sebelum datang manis, ada pahitnya dulu.


Ada pulak yang buat anggapan sebenarnya Fida yang kenakan Azuan balik, dalam sambungannya nanti. Maksudnya, si Azuan kononnya nak kenakan Fida, tapi rupa-rupanya dia tak tau Fida dah berpakat dengan team Bang Bang Boom. Kiranya si Azuan lah yang sebenarnya mangsa Bang Bang Boom, bukan Fida.


Banyak sangat andaian ni. Aku pun tak pasti. Kita kena tengok lah sendiri minggu depan. Namun Bang Bang Boom memang teruklah kena hentam, sampai terpaksa membela diri. Haha.


Salah satu cemuhan dari penonton. Kalau nak tengok yang lain, pergi ke Fanpage BBB.




Penjelasan terpaksa dilakukan oleh pihak BBB.


Kalau betul lah semuanya satu lakonan, memang terer ah Fida berlakon. Muka kesiannya tu memang menjadi. Ahh takmo buat andaian lagi, bersama kita saksikan episod akan datang. Apa kesudahannya kisah mereka berdua.


Nantikan.

29 June 2011

Fida Ibrahim Dimalukan Dalam Rancangan Bang Bang Boom?

As Salam and Hello.



Kau ada tengok rancangan Bang Bang Boom kat TV3 tadi? Segmen akhir dia ialah segmen Bang yang diadakan khas untuk kenakan artis. Artis yang terkena untuk minggu ni adalah Fida Ibrahim iaitu pemenang gadis Pantene.


Hancur hatiku.



Aku memang kesian tengok dia tadi. Aku sebagai seorang perempuan pun dapat rasa betapa malunya dia, bila majlis peminangan yang dijalankan sebenarnya hanyalah palsu, diadakan semata-mata untuk kenakan dia.


Ok, cerita sebenarnya macam ni. Satu majlis peminangan telah dijalankan oleh rombongan pihak lelaki, di mana lelaki yang kononnya nak meminang si Fida ni adalah Azuan Azmi(wartawan team Melodi). Fida ni tak tau pun yang Azuan ni nak meminang dia. So dia agak terperanjat sikitlah. Tapi bila pihak lelaki dan keluarganya sendiri tanyakan persetujuan dia, dia pun setuju. Sebab katanya kalau dah jodoh, dia terima. Dia siap boleh cakap kat Azuan 'Jaga Fida elok-elok'.



Penghancur hati orang.



Saat-saat gembira dia menjadi tunangan orang dihancurkan dengan ucapan 'Anda telah selamat menjadi tunangan orang dalam rancangan Bang Bang Boom' oleh wakil lelaki yang sebenarnya merupakan team Bang Bang Boom. Aku tengok muka dia terkesima walaupun pada mulanya senyum kelat. Mana tak terperanjat. Kesian dia. Bagi aku memang tak patut lah mereka kenakan orang macam ni. Soal peminangan ni perkara serius kot.


Aku tengok Fida macam tak dapat terima gurauan ni. Memang patut pun. Kalau orang datang meminang kau, then kau dah setuju, tiba-tiba diorang cakap semuanya hanya mainan gurauan je. Kau boleh terima?.


Bila tanya kat Azuan kenapa buat macam tu, dia cakap sebab Fida pernah cabar dia dulu. Kalau berani, datang meminang. Jadi dia pun masuk meminang lah si Fida ni, walaupun sekadar peminangan palsu. Apa punya perangai lah. (Haish Fida ni pun. Yang pergi mencabar kenapa, kan dah tercabar ego orang tu. Last-last dia buat sungguh).


Fida pun beredar dari situ. Aku dapat rasa dia memang marah dan malu. Tak patut betul lah buat macam tu. Serius kesian kau tau? Aku fikir mungkin dia ada hati kat Azuan tu. Sebab tu dia setuju.


Walaubagaimana pun, cerita ni ada sambungan. Jadi kita tengok lah minggu depan macam mana kesudahannya, sama ada Fida boleh terima tak gurauan ni. Aku rasa sebab depan kamera dan orang ramai je dia act cool, kalau tak memang dah run amok dah. Sabar jelah.

Tunggu minggu depan.


p/s: pelamin angan ku musnah.

Sekadar Satu Ucapan

As Salam and Hello.


Satu ucapan. Kadang-kadang tak terluah di mulut. Mungkin sebab kita lupa. Atau mungkin sebab rasa tak perlu. Mungkin juga sebab kita fikir mereka faham. Faham-faham sendiri, macam tu. Walaupun hanya sekadar dua patah perkataan, tapi kadang-kadang mampu memberikan seribu satu rasa. Gembira. Terharu. Dihargai.


Boleh juga jadi kayu pengukur menunjukkan sifat dan perangai seseorang. Tahu menghargai atau tidak. Berbudi bahasa atau tidak. Sopan santun atau tidak. Tapi tak perlulah menjadi hipokrit untuk kau ucapkan tak mengira tempat dan masa.


Yang penting adalah penghargaan kepada mereka yang selama ini berdiri teguh di sisi.

Terima kasih mak ayah, untuk segala yang dikorbankan.

Terima kasih adik-beradik, teman terajang berkongsi segala.

Terima kasih dia, yang telah memberi rasa.

Terima kasih kawan-kawan, peneman suka duka.


Terima kasih tak terhingga Tuhan, atas kurniaan penerima terima kasih yang di atas.




Kadang-kadang tak terucap. Tapi dalam hati selalu ada. Terima kasih untuk kamu.

Dalam Dunia Ni Bukan Kau Seorang Je Yang Susah



As Salam and Hello.



Kadang-kadang aku geram dan pelik dengan sikap sesetengah orang yang asyik mengadu dan mencanang ke serata alam yang hidup dia susah. Kerja susah, belajar susah, nak berlaki susah. Pendek kata semuanya dalam hidup dia susah. Dialah orang paling susah dalam dunia ni. Takde yang tuah dalam kehidupan dia melainkan malang belaka.


Tak cukup dengan itu pula, mula membandingkan hidupnya dengan orang lain. Kenapa orang ni dapat kerja yang best, gaji mahal, senang pula tu kerjanya. Dok goyang kaki je. Kenapa orang ni belajar senang je, tak study pun dapat anugerah dekan. Kenapa orang ni senang betul dapat boyfriend, dah nak kahwin pun. Padahal muka takde lah lawa mana.


Serius aku tak faham. Kau tengok orang tu kerja senang, padahal kau tak tau sebelum dia dapat kerja tu dia dah macam kuli, bermula daripada bawah menimba pengalaman. Kau tak tau orang yang kau cakap tak study tu dok pulun stay up malam-malam perah otak masa kau tengah ternganga tidur. Kau tak tau orang yang kau cakap muka tak lawa tapi senang dapat jodoh tu pernah beberapa kali dikecewakan sehinggalah bertemu dengan orang yang betul-betul menghargainya.


Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.


Berhentilah membandingkan hidup kau dengan orang lain. Semua orang dalam dunia ni melalui pelbagai kesusahan masing-masing, bukan kau seorang je yang mengalaminya. Kita tak tahu apa yang mereka pernah lalui. Dan susah setiap orang tu berbeza, Tuhan menguji mengikut kemampuan hambanya.


Mungkin kau senang tang ni, tapi dia pulak susah. Mungkin dia senang tang tu, tapi kau pulak susah. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada, atas segala nikmat yang Tuhan beri dan bertabahlah sebab Tuhan sedang menguji kau. Dia bagi kita semua rasa susah dulu, supaya nanti barulah kau faham nikmat senang.


Kalau kau betul-betul nak senang, berusahalah memperbaiki diri supaya kau dapat kesenangan yang kau nak tu. Bukan sekadar komplen je, tapi masih bergoyang kaki dan berterusan dengan sikap tak puas hati kau tu. Tolonglah. Berhentilah cakap 'kau senang lah, tak macam aku'. Kadang-kadang boleh buat orang rasa menyampah dekat kau. Serius.


Lagi satu, kalau nak mengadu tentang kesusahan kau tu, tak payahlah dok pukul canang dekat Facebook atau medium yang sewaktu dengannya. Lebih baik kau mengadu direct pada Tuhan, sebab di situ kau hanya mendapat simpati manusia yang entah betul ikhlas atau tidak rasa kesiannya tu. Mungkin juga sekadar menjadikan kisah kau sebagai bahan untuk bergosip.





Tuhan yang beri kau ujian, maka Tuhan jugalah tempat untuk kau mengadu. Sesusah-susah kau, ada lagi manusia yang lebih susah. Cuba buka mata pandang keliling. Baru kau tahu erti senang. Bersyukurlah.









p/s : Live life as best as you can and be the best you can be.

28 June 2011

Hati Yang Sempurna

As Salam and Hello.


Aku suka baca status Facebook orang. Ada yang buat kita berfikir, meloya tak pun gelak sorang-sorang. Nampak sangat aku takde kerja kan?


Tapi ada sesetengahnya yang aku rasa sangat dipengaruhi emosi dan membuat hati aku rasa keberatan nak baca, atau pun perkara sama yang asyik berulang-ulang contohnya macam dikecewakan cinta, sampaikan aku naik jelak. Maka aku hide saje orang tu dari
News Feed aku.


Bagi aku, adalah lebih baik kau beri quote dari mana-mana tokoh atau pun mutiara kata yang sekurang-kurangnya dapat membuat orang
berfikir walaupun sekejap. Kau pun tahu kan apa yang kita tulis boleh melambangkan tahap pemikiran kita?


Ada status-status yang menceritakan tentang kekecewaan/kesakitan yang dialami (kebanyakannya pasal cinta ni) dan meminta Tuhan memberikan
pembalasan ke atas orang yang telah mengecewakan dia.


Apa pun, memanglah itu akaun Facebook kau dan suka hati kau lah nak tulis status apa pun, sebab aku pun takde hak nak melarang. Jadi yang boleh aku buat cumalah sekadar hide kau. Tapi kau tau tak apa yang kau tulis tu kadang-kadang boleh mempengaruhi fikiran sesetengah orang dan emo kau yang macam meroyan tu boleh bawak mendung?


Dari sudut lain,


Aku fikir tak perlu minta Tuhan untuk memberi balasan kepada orang yang telah menyakiti kau. Sebab dah tentu
Tuhan tahu apa yang perlu Dia lakukan.


Untuk kau meminta supaya dia merasa sakit seperti yang kau rasa atau mendapat pembalasan setimpal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap kau, itu seolah-olah menunjukkan yang kau menyimpan
dendam.


Dan lagi. Itu hanya akan membuat kau menanti-nanti dan tak sabar untuk melihat supaya dia jatuh, merasa sakit atau mendapat
pembalasan. Mesti setiap hari kau tertunggu-tunggu kan nak tahu apa jadi pada dia. Mungkin setiap hari pun kau akan ikut perkembangan dia. Tapi hei, penantian tu satu penyeksaan kan? So apa kata kau belajar untuk let go je?


Kemaafan dendam yang terindah.


Berdoa semoga dia akan diberikan petunjuk oleh Tuhan. Tidak perlu mengharap dia merasa sakit. Sedangkan kau pun dah merasa sakitnya macam mana. Tentu tak sanggup melihat orang lain mengalami apa yang kau rasakan, walaupun musuh sendiri. Aku percaya hati kita ada rasa simpati, walaupun untuk orang yang dibenci.


Aku fikir cuma satu. Tuhan itu Maha Adil. Maka cukuplah dengan hanya berpegang pada itu.


To love without condition,
To talk without intention,
To give without reason,
And to care without expectation,
Is the heart of a TRUE.



Aku sendiri masih sangat jauh dari sempurna. Dan tak mungkin sempurna.



p/s: stail cakap dah macam ustazah. mintak maaf lah ye.

Pemilik Tulang Rusukmu

As Salam and Hello.


Seseorang kata pada aku,


Seorang lelaki/perempuan bujang ada hak untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka selagi masih tidak mempunyai sebarang ikatan(perkahwinan).


Ya. Betul. Memang betul.

Seorang lelaki/wanita bujang, yang berada dalam satu perhubungan iaitu alam perkasihan, dan dalam masa yang sama masih pandang-pandang jeling-jeling yang lain. Kan dalam fasa memilih, katanya.


Akan tetapi, apa cerita pula kalau dalam masa yang sama kau buat sesuatu yang merugikan pihak yang satu lagi?


Kau kata kau mencari yang terbaik. Tapi kau pula merosakkan dia. Macam mana tu?


Ah. Itu cerita lain.



Mencari yang sempurna, cukup serba-serbinya, memang kau tak akan jumpa.

Setiap orang itu ada lebihnya, ada kurangnya. Terimalah dia apa yang ada. Hargailah sewajarnya.



Manusia. Selalu mencari yang terbaik, padahal yang terbaik itu selalunya memang sudah wujud di depan mata.

Tak nampak atau tak sedar.

Mungkin.



Sebelum Kau Hadir

As Salam and Hello.


Sebelum kau muncul dalam hidup aku, aku ok je. Hidup aku normal. Aku jalani hidup seadanya. Tak ada apa-apa yang nak di fikirkan pun. Tak ada aku kisah pasal siapa-siapa.

Semenjak kau hadir, sedikit demi sedikit aku mula terbiasa dengan kau. Walaupun tempoh kedatangan kau ke dalam hidup aku tidak lah lama mana. Baru je lagi. Satu tahun setengah. Baru lagi, kan?


Tetapi.


Bila kau tak muncul, tak hadir dalam seminggu. Aku rasa sangat kosong. Masa aku macam mati. Hidup tak terisi. Serius. Aku cakap yang betul ni.


Aku rasa macam sepi. Kenapa mesti jadi macam ni? Padahal sebelum ada kau, aku adalah seorang perempuan yang sangat berdikari. Come whatever, sunyi macam mana pun, aku masih boleh hidup. Oh, mungkin sebab masa aku banyak dihabiskan dengan tidur je kot?


Aku sepi.


Kau mungkin tak tau, malah aku fikir kau tak perasan pun. Yelah, begitu ramai orang yang mendampingi kau, memerlukan kau. Tak mungkin kau perasan dan faham hati seorang aku. Aku tau. Aku harus terima. Bila kau ada pekerjaan dan tanggungjawab yang macam tu.


Lagi pun siapalah aku untuk kau. Tak mungkin kau sanggup mengorbankan yang lain semata mata untuk aku. Aku pun bukan siapa-siapa. Tak setanding dengan mereka yang sentiasa teguh untuk merebut hati kau. Tak setaraf dengan mereka yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kau.


Tapi. Aku dah tak sanggup lagi. Aku tak tahan bila kau asyik bersama yang lain. Sedangkan aku kau biar seorang terkontang-kanting. Aku tak boleh terima. Aku fikir aku mesti mendapatkan kau kembali. Mesti mencuba sedaya upaya untuk merebut kau. Harus.


Dan semalam. Aku telah pun berjaya. Kau datang semula kepada aku. Setelah aku berkorban wang. Aku bayar separuh je la janji kau boleh jalan.


Broadband.

Akhirnya. Kau dan aku bersatu kembali. Walaupun servis kau macam hamp_h.

Tunggu sampai kena bar balik.


27 June 2011

Akulah Sang Juara

As Salam and Hello.


Sesetengah orang boleh menipu untuk buat orang lain kagum. Terutamanya dengan tujuan untuk memberi penilaian pandang pertama yang baik terhadap seseorang yang telah di target.

Serius. Kau panggil itu tipu sunat? Heh. Contohnya seperti seorang perempuan yang cuba nak tackle hati boyfriend.

'Saya suka masak. Saya pandai masak.'

'Eh. Saya pandai masak tau. Sambil sebut satu persatu nama masakan yang hebat-hebat dan tersipu-sipu malu.

Tapi hakikatnya.

Kau masak pun tunggang terbalik dapur. Atau kau nak jejak dapur setahun sekali pun payah. Atau kau cuma pandai masak nasi guna periuk karen, masak megi pelbagai perisa atau pun masak telur goreng semata. Haih. (Cakap kat diri sendiri jugak ni).

Tak boleh ke kau cakap, 'saya memang tak pandai masak. Tapi insyaAllah saya akan belajar memasak dan memahirkan diri'. Macam tu. Tak boleh?

Ya.

Semua orang pun pernah/mungkin buat macam ni. Termasuk aku. Situasinya mungkin lain. Tapi tujuan tetap sama. Nak dapatkan penilaian yang baik?

*Teringat.

Seorang perempuan yang beri pada boyfriend dan ibunya nya cheesecake.

Sukanya bila kek itu dipuji sedap. Bangga. Cerita sama aku.

Aku respek pada niat kau nak mengambil hati orang tua tu. Ada usaha di situ. Patut di puji. Tapi perlu ke kau cakap dekat boyfriend kau dan mak dia bahawa kau yang buat kek tu?





Yang kelakarnya bila kau telefon aku. Panik-panik cakap mak boyfriend kau ajak datang rumah, minta kau tolong ajarkan dia cara buat kek tu.

Kan kau dah kelam kabut. Hah pandai-pandailah pergi belajar dekat orang yang kau tempah kek tu. Make sure rasa dia sama. Ok?Haha.

First impression itu penting? Mungkin. But it won't last. Kadang-kadang itu hanyalah penyamaran sesumpah.


p/s : Sorilah ya aku banyak bagi contoh tentang orang perempuan. Sebab aku kan perempuan jugak. Kau jangan terasa pulak. Lalalalalala.

Just Another Bebel #1

As Salam and Hello.


Perghh dah dua hari aku tak update. Ada ke orang yang sedar? Eheh. Aku tengok traffk menjunam dengan teruknya (T_T). Siapalah aku. Hari Sabtu hari tu broadband aku kena bar sebab tak bayar bil. So aku bayar hari ni jelah, sebab aku assume hari Ahad mestilah kedai tutup kan? Yang aku bengang, sistem komputer dia down pulak. Kau bayangkan, aku setel bayar pukul 12 tengah hari, pukul 6 petang baru aku dapat pakai tenet.


Dengan line asyik 'no service, no service' memang buat aku naik amuk. Eh memang aku sorang je ke pengguna broadband *Celsom yang mengalami masalah ni? Dah lah line 3G nye ada 1 bar je. Memang super lembap tahap gaban. Sakit hati aku oh.

Baiklah, start hari ni aku akan start berblogging macam biasa. Sehinggalah kena bar balik. (-_-)"

24 June 2011

Nak Putus Cinta Tapi Kekasih Tak Mahu

As Salam and Hello.


Kau pernah berada dalam situasi tersebut? Kau mahu berpisah dengan kekasih kau, sebab mungkin kau fikir yang hubungan kau berdua tak boleh pergi jauh. Atau kau dah takde hati dengan dia. Atau mungkin juga kau dah tak lalu tengok muka dia. Ahh atau apa-apa saje lah. Tapi malangnya, kekasih kau pula tak relakan kau pergi dari sisi dia dengan alasan dia sayangkan kau forever ever after.




Jadi, apa perlu kau buat supaya dia dengan seikhlas hati merelakan pemergian kau tanpa wujudnya sebarang perselisihan? Bagi aku, kau mestilah melakukan proses minta putus tu secara baik. Maksudnya, kau berterus-terang akan sebab-sebab kenapa kau tak ingin bersama dia lagi.


Ingat !! Kau tak boleh terus blah begitu saje tanpa memberikan sebarang khabar berita kerana itu akan meninggalkan memori yang tidak manis untuk dikenang dan mungkin membuatkan dia menyumpah kau sampai akhir hayat dia. Manakala ku pula akan dihantui rasa bersalah.

Kau juga tak boleh minta putus secara kasar-kasar kalau kau tak nak muka dan nama kau terpampang di muka depan akhbar akibat dibelasah oleh kekasih. Kecoh satu kampung nanti. Malu besar kau.


Masalahnya, kalau kau dah berbicara secara baik dan dia masih tak mahu menerima pendirian kau, apa yang perlu dibuat lagi? Ha, kau boleh gunakan sedikit trick supaya matlamat kau tercapai dan dia dengan sepantas kilat akan menghalau kau pergi jauh-jauh. Ayuh kita lihat.


1) Kau cakap pada dia kau gay/lesbian. Kalau cara ni tak berkesan sebab dia yakin kau mampu berubah, kita guna cara seterusnya,


2) Kau cakap kau ada penyakit kelamin/penyakit kronik. Kalau cara ni pun tak jalan jugak sebab dia kata penyakit ni boleh diubati dan dia akan menunggu sampai kau sembuh, kau guna cara seterusnya.

3) Kau cakap kau ada HIV Aids. Haa, selalunya orang akan seram sikit kalau kau bagi alasan ni. Mungkin dia akan terus pergi tanpa berpaling ke belakang lagi. Tapi kalau dia kata sangguup menerima kau dengan seadanya, aku fikir baik kau lupakan niat kau untuk berpisah dengan dia. Orang macam ni susah nak cari oiii.


Jadi macam mana? Kau rasa boleh pakai tak cara aku bagi tu? Hahaha. Lupakanlah. Aku bergurau saja. Tak perlu kau nak buat helah-helah segala. Bagi aku cukuplah kau berbicara baik-baik dengan dia, dan jelaskan apa perasaan kau yang sebenarnya.

Macam aku cakap tadi, kau mesti bercakap dengan berhemah. Kalau dia seorang yang gentleman/gentlewoman, dia akan menerima pendirian kau. Lagipun cinta tak boleh dipaksa. Apa guna menipu diri sendiri, ya tak?


Tapi macam mana kalau dia tak nak terima jugak? Bagi aku, kalau dia tak dapat nak terima, itu dia punya pasal lah. Yang penting, kau berhak terhadap diri sendiri, dan kau berhak untuk memilih apa yang terbaik dalam hidup kau.


Lagipun jelas-jelas dia tiada hak terhadap diri kau. Baru pasangan kekasih je kot?. Don't ever let anyone control your life or your mind. The decision is all yours. Segala keputusan muktamad adalah di tangan kau, selagi tiada apa-apa ikatan yang sah antara kau berdua.



Macam mana? Kau boleh dapat penyelesaian tak? Aku harap sesiapa yang mencari idea untuk berpisah dengan kekasihnya, bolehlah mendapat sedikit sebanyak inspirasi dari entry aku ni. Mesti kau dah tak tau nak buat apa lagi dan mati kutu kan sampai sanggup google kat internet. Sesungguhnya, aku bersimpati.


Semoga berjaya.

Biarkan Dia Pergi

As Salam and Hello.



Kadang-kadang kita terperangkap dalam satu kenangan, yang mana kita harap kita mampu untuk terus hidup dalam kenangan itu.

Dan kita dah terlalu lama tinggal di situ hingga kita lupa apa yang ada di sekeliling.

Kita abaikan siapa yang mengambil berat. Kita buta pada yang memandang.

Kita tak mampu nak lepaskan walau telah lama berlalu.

Yearning for the past, hati kau akan lebih sakit. Sebab kau takkan mampu untuk berpatah balik.

Walau segigih mana kau mencuba.

If you have to let go, just let it go.


Perangkap

As Salam and Hello.



Kau cantik. Kau menarik. Kau memang da bomb. Kau wanita dambaan pilu setiap lelaki.

Bila hati kau jatuh pada dia, mesti frust gila lelaki-lelaki yang memuja kau. Kesian. Mesti diorang meraung.

Seorang lelaki tua, yang umurnya dua kali ganda dari kau. Kau cakap usia hanyalah sekadar angka.Apa yang penting kau dan dia sama-sama cinta.

Kau sanggup, walaupun kau bukan yang pertama. Kau kata hanya dia yang mampu mengetuk pintu hati.

Tapi pernah kau fikir. Hati yang satu lagi?

Tiba-tiba aku rasa lagu Awas(KRU) itu sebenarnya diciptakan khas untuk kau.



Tidak pernahkah kau rasa
Kesepian bila
Dia tidak di sampingmu
sesungguhnya arif dan tahu
Cintanya dua
Dan kau bukanlah pertama
Walau dicurah segalanya
Tapi tenteramkah diminda?
Pendapatmu usia tak material
Walaupun dua kali gandamu
Benarah, benarkah kau menyintainya
Ataupun kau berpura, semata hanya kerana harta

AWAS
AWAS
AWAS
GERAK LANGKAH MU...

Sememangnya benar
Kau wanita jelita
Zahir dikau sempurna
Jadi idaman jejaka
Dia berkeluarga
Bukan lagi rahsia
Mestikah kau terus bersama?
Mestikah kau terus menggoda?
Pendapatmu usia tak material
Cintamu hanyalah kepadanya
Pernahkah, pernahkah kau tanya terfikir
Kau bukan yang pertama, dan mungkin bukan yang terakhir.

Antara Grapevine, Aku & Engkau



As Salam and Hello.


Aku baru perasan iklan Grapevine dok menari-nari kat blog aku dalam 2 hari lepas. Mula-mula aku pun tak tau apa jadah nya Grapevine ni. Aku fikir dia sejenis macam iklan Nuffnang yang lain. Tapi baru aku tahu rupa-rupanya ia adalah iklan yang memberi manfaat pada pembaca blog juga. Awesome, no? Kalau selama ni iklan Nuffnang hanya memberi earning pada tuan empunya blog, sekarang ni tukang baca blog pun boleh buat duit jugak. Hebat oii. Malangnya aku baru tau (-_-)".


Aku nak cerita tak pandai. Kalau kau nak tau lebih lanjut, kau pergi baca kat blog Cik Putih ni. Beliau bagi penerangan yang terperinci dalam entry dia. Kesimpulannya, kalau kau nampak iklan Grapevine berkelip-kelip kat blog aku ni, kau cepat-cepatlah klik dan share kan bersama penduduk seantero Malaya. Kau boleh pilih nak share kat Facebook, Twitter, Email, atau IM. Ahh kau semua mesti dah tau pun pasal ni kan. Aku je yang ketinggalan. (-_-)".




Kau klik lah kat iklan yang rupa paras dia macam ni.


Ingat !! Maklumat lanjut di sini. Selamat meng klik !!

23 June 2011

Kekasih Kau Ada Skandal?

As Salam and Hello.


Aku ada terbaca status seorang kawan dalam Facebook. Dia tanya, apabila seorang kekasih tidak berkongsi personal matter atau kehidupan peribadi, contohnya seperti handphone, adakah itu bermakna kekasih kita tidak sayangkan kita?


Menarik juga. Sebenarnya banyak dah aku baca isu pasal ni . Yang selalu terasa macam ni selalunya adalah kaum perempuan. Dan pendapat aku mungkin sama dengan pendapat sesetengah orang.

Pada aku, yes, there are some moments yang harus dikongsi bersama. Kalau tak, apa guna kau berada dalam sesebuah perhubungan, kan?. Lebih baik kau duduk menyendiri tiada siapa peduli.


Tapi.


Itu tak bermakna semua perkara harus dikongsi bersama, lebih-lebih lagi kalau ia adalah berkenaan rahsia peribadi. Mungkin perkara itu terlalu sulit atau memalukan untuk dikongsi bersama.

Pada sesetengah lelaki, ada sesuatu perkara itu dianggap tidak penting, jadi tak perlulah nak diceritakan. Berbanding dengan sesetengah kaum perempuan yang seboleh-bolehnya nak tahu segala hal berkaitan pasangan, hatta sekecil-kecil kuman pun. Sharing is caring, as they say.


Bagi aku, setiap orang ada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu, kecuali untuk simpanan diri dia sendiri. Bukanlah sebab dia tak jujur, tapi kerana ada sesuatu perkara tu adalah lebih baik dibiarkan sebagai satu rahsia.


Ada masa-masa tertentu, kita nak bersendiri. Ada masa-masa tertentu juga, kita rasa hanya diri sendiri yang boleh memahami. Tapi itu bukanlah bermakna kita dah letakkan diri dia jauh dari hidup kita, atau tak sayangkan dia, atau merasakan dia tak penting.


Aku percaya, bila kita dah menganggap seseorang sebagai orang yang terpenting dalam hidup, maka dia telah mengambil dan memenuhi satu ruang dalam hati.


Dan mengambil handphone sebagai contoh. Pada aku, semata-mata sebab kekasih kau tak bagi cek handphone, tak bermakna dia tak sayangkan kau. Janganlah cepat sangat berfikiran syak wasangka kalau-kalau dia ada skandal lain, atau ada sesuatu yang dia sorok.


Hang dok SMS sapa, ha?


Kau nak cek handphone dia, does it mean that you don't trust him? Bagi aku, sesebuah perhubungan itu adalah berasaskan kepercayaan. Bila kau dah hilang rasa percaya pada dia, maka perhubungan itu dah jadi tak bermakna. Bila kau dah hilang rasa percaya, dalam minda pun akan terfikir banyak perkara yang bukan-bukan. Tak ke letih?


Dan lagi. Bila semua perkara pun kau nak ambil tahu, tak ke rasa yang kau dah kongkong kehidupan peribadi dia? Ya, sedikit rasa syak, berhati hati atau cemburu itu adalah perlu, tapi tak perlu sampai terlalu over sampai setiap kali jumpa, kau nak buat spotcheck. Kau perlu sedar satu perkara, orang lelaki ini adalah satu makhluk yang terlalu mudah rimas, terutama apabila berkaitan hal remeh-temeh.Seperti juga kita, mereka juga perlukan ruang.


Ada yang bagi pendapat, kalau si dia tu betul-betul sayangkan kita, mesti dia tak kisah nak share semua benda dengan kita. Yelah setakat tengok handphone, takkan tak boleh. Ke ada rahsia? Skandal? Dan ada yang kata, kalau bagi muka sangat, nanti bila si dia dah tinggalkan kita, bila dia dah kena rampas dengan orang lain, baru padan muka. Barulah melopong sebab percaya sangat.


Aku tak akan kondem pendapat orang.


Tapi pada pendapat aku, bila kau terlampau syak, tidakkah itu menunjukkan yang kau tidak yakin dengan perhubungan yang di bina tu? Atau tidak yakin pada pasangan? Atau tidak yakin pada diri sendiri?


Dan.


Kalaulah. Kalau. Perkara yang ditakut-takutkan itu terjadi, bukankah sebab dia yang tidak pandai menghargai kepercayaan yang kau beri? Dia yang tak jujur kan. Dan orang macam tu, dia pergi pun takpe. Sekurang-kurangnya kita dah tahu sifat sebenar dia. Tak perlu kau menyalahkan diri sendiri kerana tidak mengambil peduli.


Diri aku setakat ni, tak pernah pun aku cek handphone dia. Bukan sebab aku tak ambil berat atau buat tak kisah. Bukan juga sebab aku tak kisah dia kena rampas dengan orang lain. I do care about him. A lot. Tapi sebab aku mahu masing-masing ada ruang. Bukan sebab aku tak cemburu. Aku pun perempuan biasa. Rasa cemburu itu adalah normal. Cuma nya, aku percaya.


Jadi, sebagaimana aku percaya dia, aku harap dia tak memusnahkan kepercayaan aku. Bagi aku, we have to give some space to each other. Sebab walaupun masing-masing adalah pasangan kekasih, tetapi masing-masing masih ada kehidupan sendiri.


Tapi jangan lah pula kau terlalu lurus bendul. Ingat. Sedikit perasaan curiga itu adalah perlu. Haha.


Berganti Hati

As Salam and Hello.



Hati aku pernah patah. Bukan patah sebab putus cinta ke, kena tinggal boyfriend ke, kekasih aku curang ke apa. Hati aku patah sebab
kawan. Makan dalam juga la, sebab kesannya sampai ke hari ini. Selalu orang patah hati sebab cinta. Tapi aku ada sikit pelik. Silly me.


Sebabkan peristiwa patah hati aku tu, aku jadi manusia yang reserved. Tak percaya orang. Perahsia. Ramai orang cakap hati aku keras. Keras tang mana tak tau lah pula. Mungkin disebabkan peristiwa di area perkawanan ni, maka jadi berjangkit ke area lain pula. Orang kata 'one thing lead to another' macam tu.


Sebab kawan aku buat macam tu, maka aku pun jadi tak percaya pada benda-benda lain juga. Maksudnya benda yang melibatkan perhubungan (sebarang bentuk perhubungan) dengan manusia lain. Dengan binatang aku ok. Sebab binatang tak reti nak pedajal aku.


Oh yes, aku memang ada kawan. Aku senang buat kawan. Mungkin sebab aku ada sikit peramah atau tak tau malu. Tapi sebenarnya untuk aku letakkan kepercayaan ke, harapan ke, apa ke memang takde la. Pengalaman lepas tu yang ajar aku jadi macam ni.


Sakit dikhianati kawan sebenarnya lebih sakit dari putus cinta, tahu? Lebih-lebih lagi kalau kawan kau itu adalah kawan yang kau rapat dan percaya. Oh. Aku tiada hak untuk cakap macam tu. Sebab belum pernah rasa putus cinta. Tapi aku fikir, mesti lebih sakit.

I always knew lovers could break your heart,
but I never knew your friends could.

Kalau kau tanya macam mana aku sekarang, ya. Aku beku. Atau telah berubah menjadi pesimis? Atau prejudis? Mungkin. Bila dikenang-kenang, pada waktu itu aku tak berdaya, atau sebenarnya aku memang bodoh?


Ah. Dengarlah lagu ini, kalau kau pun pernah patah. Tukarlah hati kau, ganti dengan yang baru.




If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.



22 June 2011

Sekeping Gambar Itu Boleh Menipu

As Salam and Hello.


Nampaknya kawan aku yang seorang ini masih tidak belajar dari pengalaman lalunya. Aku pun agak keliru sebenarnya. Adakah dia lebih selesa mengayat secara maya, atau tak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dan seterusnya mengorat seorang perempuan secara realiti. Maksud aku secara depan-depan.


Ini adalah kejadian kali kedua. Aku pun takde masalah sebenarnya kalau kau dah jatuh cinta pada seorang perempuan, hanya dengan melihat gambar profilenya di Facebook. Dan memulakan sesi bercinta-cintaan selepas itu. Takde masalah. Betul takde masalah. Mungkin lah jodoh kau datang melalui cara itu. Siapa tahu kan?


Gambar cedok dari Google.


Tapi, kalau kau jenis yang tak boleh menerima kenyataan, tak boleh menerima dengan seadanya, aku nasihatkan baiklah kau berjumpa dengan dia dahulu secara depan-depan. Kau tengoklah sendiri bagaimana rupa parasnya adakah seperti yang kau puja-puja, sebelum kau mula melafazkan ayat-ayat cinta keramat dan rindu dendam bagai.


Dengan itu tentu kau pun tak akan mengadu pada aku (sekali lagi) dengan mengatakan yang kau telah diperdayakan (sekali lagi) oleh seorang perempuan hanya dengan sekeping gambar. Tahukah engkau bahawa gambar boleh menipu?


Yelah aku faham. Bagi orang lelaki ni, cantik yang di pandang dahulu. Yang lain-lain belakang kira. Dan dari situlah juga timbulnya perumpamaan 'dari mata turun ke hati'. Kalau di mata nya dah nampak cantik, terus jatuh cinta.

Aku rasa kan, aku rasalah, kadang-kadang sesetengah orang lelaki ni tidak menggunakan otak dalam bercinta/untuk jatuh cinta. Hanya guna mata saje. Carta aliran dia macam ni;

Mata ---> Hati bukannya Mata ---> Otak ---> Hati


Tapi ada juga sesetengah lelaki yang lebih teruk, yang mana carta alirannya;

Mata ---> Kemaluan. Tapi kes ni banyak terdapat pada lelaki yang melanggan pelacur lah kan.


Ok aku rasa aku dah terlebih-lebih. (Jangan ambil hati, kaum lelaki. Ini hanya pendapat dari aku yang cetek ilmu dan akalnya dalam hal keduniaan).


Sebenarnya, aku hanya nak bercerita tentang seorang lelaki yang telah jatuh cinta dan telah bercinta pun (secara maya) dengan seorang perempuan dengan hanya melihat kepada gambar profile nya di Facebook,

Dan bagaimanapun kemudiannya mengaku pula telah diperdayakan oleh perempuan itu melalui gambar yang sama yang telah membuat dia jatuh cinta. Bukankah ini ironik?

Adoi.

Lagi sekali. Gambar itu boleh menipu. Gambar yang kau lihat cantik itu tak semestinya memaparkan realiti rupa paras sebenar perempuan yang kau puja-puja itu. Bukankah sekarang zaman teknologi, sayang?


Tak pernah dengar Photoshop? Tak pernah edit gambar? Kau pun tahu apa fungsinya kan. Rupa yang gelap boleh dicerahkan. Pernah dengar teknik lighting? Kau cari je mana-mana tempat terang, kau ambil lah gambar, nescaya muka kau pun boleh jadi secerah Nora Danish dan jerawat pun sudah tidak kelihatan lagi.


Hmm. Aku pun tak tau nak cakap apa. Itu lah. Kau pandang yang cantik saje. Kau nak yang cantik saje. Bila dah jumpa depan-depan, tahu pulak kau cakap perempuan tu menipu.

Cubalah kau fikir. Ada ke perempuan yang nak nampak diri dia buruk, walaupun dalam gambar. Dah dalam gambar je pun dia boleh nampak cantik, bila masa lagi nak berangan kan? Kau pun fikirlah dulu, jumpa lah dulu sebelum nak feeling-feeling. Entah apa-apa lah.


Lain kali tak payah lah kau senang sangat jatuh cinta. Penat telinga aku dengar kau mengadu. Bukan masalah aku pun. Lagi sekali lah aku nak pesan,

Don't be fooled by a picture, especially if it comes from a girl.

Trust me, because i'm a girl too.


p/s : Maaf, entry ini agak keras.

21 June 2011

Perasaan Yang Mengujakan



As Salam and Hello.



Update blog time tengah kerja memang best.

Perasaan membuat sesuatu yang terlarang, tapi kau buat juga, memang exciting. Teruja. Aku rasa sebab tu ramai je yang sibuk update/comment status Facebook/Twitter in working hours.


Kalau bos ada depan mata, lagi lah perasaan tu membuak-buak. Sambil pandang bos, sambil update status. Fuh. Memang mengujakan. Berdebar-debar gitu. Kau nak juga update status, dalam masa yang sama kau kena pastikan yang kau takkan kantoi.






Kadang-kadang, benda yang dilarang tu lah yang kita suka buat. Nak buat macam mana kan. Sebab memang rasa excited. Seolah-olah menguji tahap kecekapan kau.

Tapi setakat yang ringan-ringan je lah ye. Jangan lah pula kau pergi buat kesalahan yang bodoh semata-mata nak test kehebatan kau tu.

Macam hisap dadah baik punya depan polis.

Atau,

Buat seks rilek je sebelah bilik bapak cewek/cowok kau. (Buat seks kat mana-mana pun kalau tak nikah lagi hukumnya memang haram. Awas!!)


Itu memang badigol.

Stop Play Innocent, Angel.

As Salam and Hello.



I won't tolerate liars.

I won't tolerate backstabbers.

I won't tolerate pretenders.

I am definitely not a good person.

At least i don't backstab.

At least i don't play angel.

At least i don't pretend.

Maybe sometimes i keep secrets.

But i dont lie,

And make that innocent face.

No.

Not to a person who i called a friend.





Dealing with backstabbers, there's one thing I've learned. The bitches are only powerful when your back is turned. - Eminem


20 June 2011

Perempuan Cantik Sebab Mekap?



As Salam and Hello.


Adik lelaki aku cakap,


Perempuan ni cantik sebab mekap je. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki, perempuan ni sebenarnya tak cantik pun. Jangan panik, adik aku bukan gay dan dia juga tak berdendam dengan perempuan. Dia bercakap berdasarkan pemerhatiannya. (Mungkin kita kaum perempuan perlu tafsir apa yang dia cuba nak sampaikan?)



Jadi cantik macam kami.


Bila fikir balik, sebenarnya ada betulnya juga apa dia cakap tu. Lelaki (lelaki tulen) tak perlukan apa apa bahan bantuan pun untuk nampak hensem (kecuali pakaian dan style rambut). Takde pun nak pakai foundation, blusher, eyeliner, eyeshadow ke bila nak keluar.


Serius, pernah kau tengok lelaki pakai eyeliner atau contact lense, semata mata nak bagi mata nampak besar? Kalau diorang pakai pun, saiznya adalah standard dan memang sebab diorang rabun. Pernah tengok lelaki pakai foundation nak cover parut jerawat? Lagilah lawak kalau lelaki pakai blusher nak bagi pipi nampak merah.


Tapi perempuan, sekurang kurangnya mesti nak pakai bedak, baru boleh damai kalau nak keluar rumah. Macam aku lah tu. Kalau tak, pontianak pun segan nak menunjukkan wajah depan aku.


Kadang kadang, aku terfikir juga. Apa jadi pada dunia kalau takde semua benda-benda tu? Takde eyeliner, mascara, foundation, blusher, eyeshadow dan sebagainya? Oii pengaruh benda-benda tu besar tau pada dunia. Melibatkan ekonomi dunia tu.


Mesti perempuan yang selama ni hanya bergantung kepada alat-alat tu akan tertinggal jauh ke belakang, berbanding mereka yang selama ni hanya tampil dalam keadaan semulajadi. Aku pernah jumpa perempuan yang tak pakai bedak pun, tapi masih nampak cantik gila. Cantik sangat. Cuma kalau letakkan dia sebelah perempuan yang dibayangi alat-alat tadi, memang dia tak menonjol la.


Apa jadi kalau semua benda benda tu takde?


Takde lagi mata yang besar berkaca-kaca, takde lagi pipi yang halus mulus merah bak delima, takde lagi wajah yang putih cerah bercahaya, takde lagi mulut yang merah menggiurkan macam Angelina Jolie.

Jadi rupa rupanya semuanya palsu.

Kalau tengok, agak-agak terperanjat tak?



P/s : wahai wanita, usah perangkap lelaki dengan kecantikan palsu. Biarlah bersederhana, ok? ;)

Emang Dasar !!



As Salam and Hello.


Ya Allah! Sakitnya hati aku saat ini. Si beruk ni memang betul-betul buat aku naik hantu. Setiap 1 minit dia DC. Memang servis Celsom(bukan nama sebenar) macam ni ke eh? Aku dari tadi berperang emosi dengan line tenet ni.


Dia yang buat aku sakit hati.



Kalau kau tengok muka aku sekarang, mesti kau cabut lari. Sebab aku rasa aku dah macam Incredible Hulk dah. Tinggal asap je tak keluar lagi dari telinga aku. Memang sangat-sangat membuang masa betul.


Nak blogwalking pun payah. Pada yang singgah blog aku tu, aku sedang berusaha sedaya upaya untuk serang blog kamu semua. Maafkan aku andai terlewat ya. Oh by the way, kamu pakai broadband line apa? Boleh share dengan aku? Aku rasa macam nak tukar service provider la. Aku dah lama makan hati dengan dia ni. Makan dalam. Dah menanah ni.


Kesian beruk. Tak pasal-pasal nama jadi busuk sebab aku.



p/s : Eh kalau aku bagi tips jerawat lagi korang nak baca tak? Aku kena tanya dulu, sebab aku takut korang muak aku asyik bagi tips yang sama.

Teka-teki Dari Cikgu



As Salam and Hello.


Masa Tingkatan 3 atau 2, aku kurang pasti. Tapi rasanya Tingkatan 3.


Cikgu Bahasa Melayu bagi teka-teki. Selingan. Tak nak bagi kami bosan sewaktu pembelajaran agaknya.





Teka teki nya berbunyi begini,

Dalam banyak banyak buah, buah apa yang tak jatuh ke atas, tak jatuh ke bawah, tapi jatuh di tengah-tengah?

Takde siapa pun jawab. Tapi budak lelaki dah tersengih-sengih, budak perempuan pula tersipu-sipu. Malu lah konon. Padahal dalam hati dah tak tahan nak gelak.


Faham agaknya yang teka-teki dia dah disalah ertikan oleh pelajar-pelajar yang tidak lagi berfikiran suci, beliau sendiri yang jawab balik teka teki tu.

Jawapannya, buah hati lah.

Budak-budak semua bantai gelak. Lega. Lama dok menahan. Beliau pulak tersengih tersipu. Silap langkah tanya soalan macam tu kat budak-budak yang tengah naik.


Kenangan. Kadang kadang manis juga bila teringat.