Masih Hangat

14 September 2011

Jika Esok Tiada Lagi

As Salam and Hello.



Dalam 2-3 hari ini, aku diserang sakit pinggang. Bukan sakit pinggang sebab nak period. Ini sakit pinggang yang aku tak pernah rasa. Sakitnya membawa hingga ke kaki. Mungkin juga puncanya sebab aku tak amalkan cara mengangkat barang yang betul, sebab sebelum tu aku ada mengangkat kotak yang memang sarat dengan barang.


Oh, aku tak pergi ke klinik mahupun hospital. Sebab badan aku memang berat nak jejak kaki ke sana. Jadi aku biar saja. Degil itu memang sifat semulajadi aku.


Tapi menjadi seorang aku yang penuh dengan ideologi merapu bak kata seseorang, fikiran aku sudah pasti lah menerawang jauh memikirkan perkara yang terlalu jauh ke hadapan, atau dalam bahasa mudahnya yang bukan-bukan. Hei tapi apa salah nya berfikiran jauh, bukan?


Aku mula memikirkan bagaimana kalau aku sebenarnya menghidapi penyakit kronik yang membawa maut? Penyakit yang sudah di tahap kritikal dan tak boleh diubati. 'Encik cuma ada 3 bulan saja lagi untuk hidup', bak kata doktor dalam drama TV.


Jadi aku terfikir, macam mana kalau tiada lagi esok untuk aku? Macam mana dengan orang-orang yang aku tinggalkan? Orang-orang yang aku sayang?


Aku akan menyesal kerana tak pernah bagitau betapa aku sungguh sayangkan mereka. Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu berhati batu.

Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu menyendiri. Aku akan menyesal kerana selama ini aku tak pernah buka ruang dalam hati aku untuk orang-orang sekeliling yang mengambil berat.

Aku akan menyesal sebab tak pernah tunjukkan kasih sayang aku melalui perbuatan. Aku akan menyesal sebab selama ini aku terlalu kelu ucapkan cinta.

Terlalu banyak penyesalan.


Bila kau rasa bayangan maut sudah mula menyapa, baru kau tahu betapa banyaknya penyesalan yang kau tinggalkan.

Aku tertanya kalau selama aku hidup ini aku pernah membuat mereka gembira. Apa yang pernah aku berikan pada mereka.


Kalau tiada lagi esok untuk kau, apa yang akan kau lakukan?


Bila maut sudah di depan mata, hidup mula menonjol makna (Fynn Jamal)




23 Kata semangat:

bella luna said...

think positive,insyaAllah tak ade pape,.

Anum said...

bahayanya sakit pinggang

Atiqah Wadiah said...

pergilah klinik..takot melarat plak saket tuh

Unknown said...

sakit jangan dibiar2 (padahal pupel pun takut gak g klinik)

Lea Isnawi said...

betul ckp atiqah tu
better cepat g cek
dulu, lea pun penah kena sakit buah pinggang tp nasib baik cepat jumpa doktor
alhamdulillah

cik kiwi's said...

pegi klinik yang..takde pape tu. salah urat mungkin. tapi. ape apehal punn klinik duluu ok

Rara said...

lu pikir jauh ke bulan beb. chill laa, ajal tu memang pasti cari lu jugak nanti. tapi lu tayah pikir laa. lu pikir benda lain pon okay :)

Anonymous said...

eh pergila klinik. takut melarat, be storng okay

EyA edamanhatiku said...

jan fkir bkan2 xelok..bek pegi cek bru ble pasti n hati pn tnang

arituarini said...

kena pegi periksa doktop tu.. jg kesihatan ok..

Unknown said...

jgn pk bukan2..thinx positive..kalo kite pk pasal kematian kite, kite pnjg umur la 2..hehee..(^_^)..

Unknown said...

ishhh think positive k!!

chiLleD...!! said...

g lah klinik cek..mudh2an xde pape..he

Unknown said...

entry yg menginsafkan..g hosp cek ok?

Unknown said...

akak pegi check je.kesihatan kita xboleh nak abaikan...take care :0

bukanretis said...

so,dr sekarangla kita kena berbakti pd mereka tu.

btw,think +ve..take care! :)

HaiDa HiDa said...

sama la hida pun.. sekarang selalu sakit2.. sampai x dapat bergerak.. mcm org lumpuh.. nk pergi spital rasa berat.. takut Dr cakap bnda yg sama mcm dalam drama..

tapi bila fikir mereka2 yg tersayang, hida kne ringankan kaki ni tuk wat check up..

Unknown said...

Better p cek.. At least klu p cek, xd la pk yg bkn2 kan.. :)

ctk said...

ish...mula pikir bukan2 la tuh...tp btOl lah..bila kita tahu mati bila..mula la kita risau..sebab tuh tuhan rahsia tarikh kematian kita :D

p/s : insyallah, kamo Okay :)

Khairull-Dean said...

bykan bersabar...

Bancik said...

cuba check kat hosptal.takut ada batu karang...

Unknown said...

kena byk2 berehat yer

Anonymous said...

dari banyak pikir bukan2 better p klinik ok.. insyaAllah na doakan xde pape yg siyes berlaku