Masih Hangat

02 December 2011

Berkata Tak Sesusah Merasa

As Salam and Hello.


Kadang-kadang bila ada orang meluahkan masalah pada aku, aku cuma dengar dan lebih memilih untuk diam. Hanya diam. Bukan aku tak ambil kisah atau buat tak endah, no, tidak. Tapi sebab aku faham bahawa berkata-kata tak sesusah merasa. Berkata-kata memang mudah, tapi lain rasanya bila kau sendiri yang menanggungnya.

Hati menangis siapalah yang tahu.

'Sabarlah'.
'Takpelah, memang macam tu'.
'Everything will be ok'.

Skrip yang serupa. Sudah dijangka. Kata-kata seperti itu sekadar manis di pendengaran, tapi tak sedikit pun mengubah apa yang aku rasa. Hakikatnya tetap sama, tetap juga aku merasa. Entah lah. Adakah aku mahukan pertolongan bukan hanya sekadar kata-kata penyedap hati? Hipokritlah kalau aku kata tidak.


Yes, i do wish for someone to take the burden off me. Atau pun bila bangun tidur tiba-tiba eh, masalah dah hilang. Kalaulah boleh. Tapi itulah. Semua orang pun sudah cukup dengan masalah sendiri, ini kan pula nak membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Dan lagi, takkan pula aku nak mengharap pada orang lain setiap kali ditimpa masalah. Manusia memang takkan lari dari ditimpa masalah selagi masih ada nyawa. It's life, aku tahu. Cuma kadang-kadang aku berharap sangat, ada tempat untuk aku sandarkan bahu melepas lelah.

Haih.

Ada ketikanya bila seseorang meluahkan perasaan atau masalah pada kau, cukuplah sekadar kau mendengar, berikan perhatian. Kadang-kadang kata-kata memang tak diperlukan. Lebih-lebih lagi kalau apa yang kau kata tu sekadar kata tanpa makna atau takde kena mengena langsung dengan apa yang dilaluinya.

Thank God aku ada orang yang sangat memahami dan sanggup mendengar luahan aku tentang perkara yang sama untuk seminggu berturut-turut, tanpa jemu cuma menguap besar.

Entahlah. Aku tak tau nak describe perasaan ni. Everything is not right. Semuanya serba tak kena pada aku.



[Thanks to Nuffnang for the new BE - Dutch Lady Growing Up]


.

13 Kata semangat:

BCJ said...

yup,mmg betul 'Berkata Tak Susah Merasa'..tapi dgn kata-kata..mampu mengurangkan rasa yg mengganggu tu..
huhu..saya pun kdg2 terdiam kalau kwn saya ada masalah..tapi mampu beroda je smoga dia temui jln keluar..

Anum said...

betul2 saya setuju

fadh leyanie said...

aku pun macam tu jugak,,sekurang2nya org yang melepaskan perasaan tahu yg masih ada org nak dgr masalah dia/berkongsi.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

sangat setuju

Cikgu Ma said...

tapi kadang2 berat juga nak berkata-kata..

Ungu Violet said...

lebih suka mendengar dari berkata2..:)

bukanretis said...

kadang2 lebih baik mendengar..incase takut lg kita banyak berkata,lagi banyak silapnye.. :)

snf said...

Suka itu umpama menebarkan biji benih, mana-mana pun kita boleh tebarkan, tetapi sayang itu umpama hasil daripada biji benih, hanya tempat yang benar-benar sesuai boleh memberi hasil yang terbaik

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Sebenarnya kata2 seperti"sabarlah,tak apalah"ada membantu..setidak2nya ia dapat menenangkan sipengadu dari terus tertekan hingga ianya boleh memilih jalan yg salah...

Unknown said...

begitulah hakikatnya..brkata mmg mudah dr merasai..;p

widaunie said...

betul tu... kita semua tak sempurna dari segi Sikap kan

ch000tz said...

love this phase > Berkata Tak Sesusah Merasa

sebab kata bicara tak punya rasa katanyerrrrr hehehehe

kueh bakar said...

'Sabarlah'.
'Takpelah, memang macam tu'.
'Everything will be ok'

kadang

'im listening..'lebih kool.