Masih Hangat

06 December 2011

Perempuan Dan Mekap

As Salam and Hello.


Orang kata, perempuan dan mekap tak dapat dipisahkan. Memerlukan antara satu sama lain ibarat lagu & irama. Mungkin betul juga. Ada sesetengah perempuan memerlukan mekap untuk menaikkan keyakinan diri.

Setengah yang lain pula terlalu yakin diri sehingga tak perlu sebarang jenis alat mekap pun. Atau mungkin wajah mereka sudah cukup cantik atau tiada cela. Memang bertuah.

Perempuan yang tak perlu pakai mekap langsung bila keluar rumah, memang buat aku jeles. Sebab aku, sekurang-kurangnya kena pakai bedak. Kalau tidak, langsuir pun lari.

Hari Ahad lepas, aku tengok satu rancangan TV dari Taiwan. Ada satu segmen yang memaparkan perbezaan wajah gadis-gadis sebelum dan selepas mekap. Gila ! Memang berbeza sungguh. Takde rupa asal langsung.

Ada seorang tu, boyfriend dia sampai mintak berpisah bila dah tengok muka dia tanpa mekap. Sebab terlalu berbeza.

Sekarang aku takkan terpesona lagi kalau tengok pelakon-pelakon sana cantik-cantik. Kuasa mekap memang mengagumkan.

Yang bestnya bila pengacara rancangan tu cakap,

'Kasihannya orang lelaki. Ramai lelaki yang telah ditipu'

Aku tertanya juga pendapat orang lelaki terhadap perempuan yang bermekap secara berlebihan. Suka? Biasa-biasa je? Tak suka? Menyampah?

Atau sanggup tak bila setiap kali kau keluar dating mengadap muka dia yang macam ni,



Tiba-tiba bila lepas kahwin bertukar jadi macam ni,

(Untuk melihat tranformasi lengkap bagaimana dia bertukar wajah, sila klik sini)


Atau nak suruh dia mekap 24 jam sehari?


Mekap boleh, tapi jangan berlebihan sehingga mengubah rupa asal kau.

Make up is only the icing on the cake.  It doesn't create your personality or your being.


Entri berkaitan :

Apabila Wanita Mencari Kesempurnaan
Perempuan Cantik Sebab Mekap?
Wanita Dengan Kecantikan Palsu

[ Thanks to Nuffnang for the new BE - Nokia Gifting ]



16 Kata semangat:

Anum said...

x suka make up

anna said...

" Make up is only the icing on the cake. It doesn't create your personality or your being "

>> sy skg nie :)

Liyana Aziz said...

erm... betul... kalau nak make up tu biar berpada...

saya suka compact powder dengan eye liner, tu dah cukup... ehehehee

. said...

sejak dlu x suke makeup. huhu.
mcm plek jer. haha.

afzalsukasuki said...

semalam aku baru nampak pompuan ngan muka tepung komak.dah cantik tapi mekap tebal sangat.hmm

Aien Not Alien said...

mekap tetebal memang la lari rupa asal...huhu...fake belaka... elok muka bercela nampak halus mulus je konon2....hehe..


muka den ni pori-pori muka besar, nak mekap sangat..hmmm... 8 pagi mekap, 10 pagi dah tanggal...dari rugi duit buat belanja barang mekap...

oles bedak kompak je...huhu...

Unknown said...

tak suka perempuan yang bermekap ni. maksud mekap ni bergincu tebal, maskara terlebih, cikur kening, rasa macam dorang ni tak de keyakinan diri sama sekali.

Reena Kamarudin said...

mekap tetebal nanti nak jadi pengantin dah tak seprais. lalalala

ch000tz said...

hahahahaahh the very the true kan! ni bila cuci muka haaa amekawwwwwwwww kui3


DAH TEST KE BLUM NI? KALAU LOM MEH CEPAT TEST!
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/laju-kee-meyh-try-test.html

abby said...

adakalanya make up perlu untuk menambahkan keyakinan diri..yg tak keterlaluanlah dan boleh menutup cela2 di wajah..unless muka mmg flawless mmg untung la kan..sebenarnya memang lelaki tak berapa suka pompuan bermekap tebal..err tapi kalu pompuan tu cantik sbb make up tebal-tebal usha jgk kan?

qwert. said...

Mekap? tak suka. Tapi macam cantik ja kan diorang mekap tebal. hOHOOO!

tieykah said...

ngeh ngeh

artis belah Taiwan,Korea,Japan ke China ke memang make up cnti

ida =) said...

make up? hari2 tertentu aje. g opis pakai lip ice jer. tapi, serious cun. mau mati terkejut hubby dia tgk muka asli kalo cenggitu

Unknown said...

jauh beza no

hyz said...

x suke pompuan mekap lebih2. kalo kawan pompuan mekap lebih2 kompom sy tego. hahaha

shima said...

sy xmekap bukan sbb konfiden tp sbb tak pandai mekap :(