Masih Hangat

07 February 2012

Dekat Yang Jauh

As Salam and Hello.


Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita, sebab kita terlalu sibuk mengejar orang yang tak pernah meletakkan diri kita di hati dia. Kita abaikan perasaan ibu bapa, adik-beradik semata-mata nak jaga perasaan orang yang tak pernah peduli dengan perasaan kita.

Tapi yang ajaibnya, walau sebanyak mana kita sakitkan hati ibu dan bapa, mereka tetap menjadi orang pertama yang menyambut saat kita rebah tersungkur. Seolah-olah apa yang pernah kita buat tu tak pernah terkesan langsung di hati mereka.

Bila kita dah ok semula, kita tetap ulang balik perbuatan yang sama. Terus sakitkan hati mereka. Lupa dengan pengorbanan mereka. Lupa yang mereka juga punya hati & perasaan. Lupa yang mereka juga boleh merasa sakit, sama seperti kita.

Memang betul.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita semakin jauh daripada orang yang sepatutnya paling dekat di hati kita.

(Atau buat-buat tak sedar).


.

9 Kata semangat:

Mohd Norafzal said...

betul aku setuju.kita sengaja buat2 tak nmpak..atau mmg tak nampak seseorang yang selama ni menjadi pendokong kuat dlm diri kita.hmm

cinta siswi said...

u r right.. family is my priority than anyone.. do love our family.. :P

Azeanthy Paiman said...

u're right!i admit it=)

misyamissyou said...

um..memang..mgkin kite dah terbiase..take for granted..kite tau org2 tu syg kite tp kite sktkan hati mereka jugak..

NARDtheNERD said...

actually, everybody does. learnn from mistakes. :)

huda jamil said...

betul3. family jugak yang kita cari if anything happens. love my family very much :)

budak kacamata said...

nice post..hukhku

eeiyss said...

betui tu~ eeiyss sangat2 setuju~

ErnieFaizal Siti said...

manusia berubah bila berjauhan.. :)