Masih Hangat

20 June 2011

Masih Belum Terlambat



As Salam and Hello.



Aku akan buat apa yang aku nak buat. Pedulilah apa orang nak kata.

Aku nak hidup gembira. Aku tak mahu kusut-kusut. Aku tak mahu berperang emosi.

Aku nak hidup bebas. Aku tak rela disekat-sekat. Aku rimas bila asyik kena fikirkan perasaan orang lain. Adakah aku tak punya hak untuk menikmati hidup aku sendiri?

Aku nak hidup dengan cara aku. Cara yang aku suka. Bukan cara yang orang lain suka. Aku nak jalani hidup dengan mencipta langkah sendiri, bukan dengan mengikut jejak yang ditinggalkan orang.

Aku nak senyuman yang lahir dari dalam hati. Bukan kerana terpaksa. Aku nak kegembiraan yang nyata. Bukannya senyuman pura-pura.

Tamak dan pentingkan diri.

Tapi.

Aku tak mahu bila tua nanti, aku menyesal sebab tak pernah buat apa yang aku nak buat. Lebih malangnya, aku tak mampu untuk berpaling ke belakang lalu terus hidup dengan penyesalan itu. Aku tak mahu bangun dari tidur dengan rasa kesal, kerana tak melakukan sesuatu yang aku mahu lakukan pada waktu lalu.

Aku mahu bila tua nanti, sekurang kurang nya ada perkara menggembirakan yang boleh aku kenangkan. Aku mahu bila tua nanti, aku berbangga mengatakan aku menjalani hidup dengan cara sendiri.


Yes, i did it my way.





p/s : Don' forget to live. Masih belum terlambat.

4 Kata semangat:

honey amour said...

huih...yunk..bestnya ayat2 ko ni..:)))

Yatt S. said...

ahaha. memang ayat dari hati ni. tertekan bila asyik di tunjuk buat tu, buat ni. ;)

Qalbi Sakinah said...

just follow ur kata hati anda :)
btw,eh , same la bufday bulan 7..nak adiah..hehe :P

Yatt S. said...

ya. mahu ikut kata hati. sebab tak mahu menyesal kemudian hari.

hadiah? lalalalalala ;)