Masih Hangat

19 June 2011

Muka Cantik Tak Guna, Kalau Tak Kahwin



As Salam and Hello.


Sabtu yang lepas-lepas, aku ke kenduri kahwin saudara. Aku pun tak berapa pasti macam mana pertalian aku dengan yang berkahwin tu. Sama ada anak buah ke, sepupu ke, makcik ke atau apa pun. Yang pasti nya saudara lah. Pergi berdua dengan mak.



Kenduri kahwin memang meriah. Meriah dengan orang, meriah dengan umpatan ;)



Sampai sana, jumpa lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik iaitu adik-beradik dan ipar duai belah ayah aku. Ada seorang makcik aku, tiap kali jumpa, dia akan puji aku cantik. Ehem ehem. ( Jangan muntah !!!). Ini kisah benar. Setiap kali jumpa, dia akan berkata-kata yang lebih kurang macam tu lah maksudnya.


Mungkin kerana setiap kali jumpa tu, dia tak pernah tengok muka tak mandi aku. Atau muka tak berbedak aku, sebab manjang je dia datang rumah, time tu lah aku nak keluar. So nampak lah semenggah sedikit muka aku. Kalau tak rasanya langsuir pun segan nak muncul berhadapan dengan aku.


Aku pun tak pasti sama ada pujian dia tu ikhlas atau saje-saje nak bagi hati aku girang, sebab aku pun malas nak ambil pusing. Aku sengih saje. Orang dah puji, takkan kau nak nangis, ye tak?


Apa pun, bukan kisah pujian tu yang aku nak ceritakan. Bila seorang pakcik aku dengar kata-kata makcik aku yang memuji akan keelokan rupa paras aku tadi, dia pun berkata;

Muka cantik tak guna kalau tak kahwin (MY, 2011)

Sentap nya ayat kau, nyah! Gugur jantung mak. Kasarnya ayat orang-orang tua zaman sekarang. Tak jaga hati langsung. Hello ! 25 tahun belum consider andartu lagi kot?

Memandangkan aku menerima pujian dan hentaman sekaligus dari dia, maka aku pun tak tahu nak bereaksi yang bagaimana. Jalan terbaik yang dapat aku fikirkan adalah buat bodoh saje tanpa menjawab sepatah perkataan pun.


Itu adalah paling bagus kalau tidak mahu digelar kurang ajar dan tidak hormat orang tua. Tidak, aku bukan cuba untuk berlagak baik atau buat-buat sopan, aku cuma mahu menjaga air muka mak yang ada di situ.


Sebab aku tahu, jika ada kata-kata yang akan keluar dari mulut aku selepas itu, ia bukan lah bait-bait yang manis untuk didengari. Lagi pula, aku tidak mahu ada scene pinggan melayang dan mencacatkan majlis kahwin orang.


Ah, tiba-tiba aku teringat kisah makcik yang aku baling selipar padanya sebab menegur aku dengan cara yang tidak berhemah. Ya, berlaku di zaman muda aku. Orang muda. Panas, pantas dan garang. Tak boleh tercuit.


Jangan tiru aksi aku. Itu waktu zaman jahiliah dulu.

20 Kata semangat:

ieda Qema said...

hahaha.. sama ngan ak.. ak x kesah org nak tegur ak pon. tapi tegur lah elok2 kan? haha.. 25 bukan andartu okeyyy??

Kechik Itu Comel said...

alamak..men lepas je pakcik tu ckp..
aduii..tak suka lh klu ade org ckp mcm tu..
jodoh kn kat tgn Tuhan..

Yatt S. said...

@gomok9endek,
tu lah. bukan tak boleh tegur. tegur lah secara baik kan. lagipun apa kesalahan kita kalau tak kahwin?

ada ke had umur dlm berkahwin? pelik lah.

Yatt S. said...

@nour akmal,
tau takpe. ni lah nama je orang tua, tapi takde budi bahasa. hahaha.

NinaAz said...

Mak aiii!! adei~ cenggitu plok yea...tak pe la..Jodoh tu akan ada. lambat dan cepat jea..hehehe

arzme said...

ketuk je kepale pakcik tu dengan senduk.baru ye tau akibat tak reti jaga mulut elok2.hahaha

suria lekatlekit said...

tak semua org cantik tu cepat dpt jodoh.. artis yg comel lote pun ada sampai ke tua tak kawen.soal jodoh ni sgt2 misteri.. memang tak patut apa yg keluar dari mulut pakcik tu. anggap la dia jeles takde anak secantik awak.. kekekeke

nurezzaty jamaluddin said...

25 muda lagi..
xda maknanya andartu..

mizzy said...

wow u really did baling selipar? o_O
btw, kalau kahwin hati merana tak guna jugak kan? :P

Yatt S. said...

@NinaAz,
betul. Tuhan dah tetapkan jodoh kita. bukan ke setiap kita dijadikan berpasangan. kan kan? ;)

Yatt S. said...

@arzme,
ehehehe, kalau zaman muda dulu, memang dah lama buat dah ;)

Yatt S. said...

@THE LEKAT LEKIT STORY,
ekekeke, thank babe ;)

Yatt S. said...

@zety madu,
tau takpe ! dia cakap camtu sebab semua anak-anak dia yang lagi muda dari saya dah kahwin.

Yatt S. said...

@mizzy,
yup, i really did. eh tapi bukan kat kenduri kahwin tu la. berlaku masa zaman muda dulu. eheh ;)

betul, perkahwinan untuk mencari kebahagiaan. tak perlu tergesa-gesa.

Fira hilwa said...

aduhh... sebaya rupanya kita ni. org lahir thn 86 mmg cantek2. hahaha
ayt 2 mmg sentap tp paaaling sentap aku pnh dgr bile makcik aku ckp kat aku, "keturunan kita takde yg andartu" mmg aku rs ayat paaaling puaka, celaka semualah! dia igt jodoh tu, kita kot yg tentukan.... hadoiii la -__-"

Yatt S. said...

oiii memang puaka nya mulut dia.pedas meh. rasa macam sumbat cili api dalam mulut dia. kahkahkah.

aku memang tak paham orang tua zaman sekarang. kalau jumpa je, topik utama mesti pasal kahwin. pelik aku. takde nak tanya khabar. terus tanya bila nak kahwin.

Ashraf Jalil said...

btol2..so, kawen la cepat2.. hahah

Fiona said...

HAHA. hamek kau sedap je kena. T_T

Kalau kahwin tapi tak bahagia pon tak guna. :D

Kalau kahwin aku taknak duduk serumah

Yatt S. said...

tau takpe weh. kita kahwin kan untuk bahagia. takyah nak tergesa-gesa main tangkap muat je.

AsyieqiN Rkey said...

bia lambat kawin..jgn salah kawin..ye dak?hehheh