Masih Hangat

20 June 2011

Perempuan Cantik Sebab Mekap?



As Salam and Hello.


Adik lelaki aku cakap,


Perempuan ni cantik sebab mekap je. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki, perempuan ni sebenarnya tak cantik pun. Jangan panik, adik aku bukan gay dan dia juga tak berdendam dengan perempuan. Dia bercakap berdasarkan pemerhatiannya. (Mungkin kita kaum perempuan perlu tafsir apa yang dia cuba nak sampaikan?)



Jadi cantik macam kami.


Bila fikir balik, sebenarnya ada betulnya juga apa dia cakap tu. Lelaki (lelaki tulen) tak perlukan apa apa bahan bantuan pun untuk nampak hensem (kecuali pakaian dan style rambut). Takde pun nak pakai foundation, blusher, eyeliner, eyeshadow ke bila nak keluar.


Serius, pernah kau tengok lelaki pakai eyeliner atau contact lense, semata mata nak bagi mata nampak besar? Kalau diorang pakai pun, saiznya adalah standard dan memang sebab diorang rabun. Pernah tengok lelaki pakai foundation nak cover parut jerawat? Lagilah lawak kalau lelaki pakai blusher nak bagi pipi nampak merah.


Tapi perempuan, sekurang kurangnya mesti nak pakai bedak, baru boleh damai kalau nak keluar rumah. Macam aku lah tu. Kalau tak, pontianak pun segan nak menunjukkan wajah depan aku.


Kadang kadang, aku terfikir juga. Apa jadi pada dunia kalau takde semua benda-benda tu? Takde eyeliner, mascara, foundation, blusher, eyeshadow dan sebagainya? Oii pengaruh benda-benda tu besar tau pada dunia. Melibatkan ekonomi dunia tu.


Mesti perempuan yang selama ni hanya bergantung kepada alat-alat tu akan tertinggal jauh ke belakang, berbanding mereka yang selama ni hanya tampil dalam keadaan semulajadi. Aku pernah jumpa perempuan yang tak pakai bedak pun, tapi masih nampak cantik gila. Cantik sangat. Cuma kalau letakkan dia sebelah perempuan yang dibayangi alat-alat tadi, memang dia tak menonjol la.


Apa jadi kalau semua benda benda tu takde?


Takde lagi mata yang besar berkaca-kaca, takde lagi pipi yang halus mulus merah bak delima, takde lagi wajah yang putih cerah bercahaya, takde lagi mulut yang merah menggiurkan macam Angelina Jolie.

Jadi rupa rupanya semuanya palsu.

Kalau tengok, agak-agak terperanjat tak?



P/s : wahai wanita, usah perangkap lelaki dengan kecantikan palsu. Biarlah bersederhana, ok? ;)

24 Kata semangat:

ismail said...

Lebih menghargai kecantikan semulajadi.

Yang pelik tu.... Ada jugak keluar mekap untuk nampak natural .... Hahaha.

Really, makeup and women.... men can only look praise :P

[sutera kasih] said...

kdg2 ada wanita, kalo make-up, nmpk x cantik..tp kalo x make-up, cantik hehe

Unknown said...

kecantikan adalah hak milik setiap insan. hehehe

make up atau x, tu pendirian masing2. atau dengan kata lain melibatkan keyakinan masing2. klu dah yakin diri tu cantik, mesti slumber je kuar tanpa makeup. :)

Haru Biru said...

hehehe.... wanita kena tgk apa hukum bertabarruj... kalo berhias utk suami dapat pahala.. hehe... kalo tak pakai mekup tak pon takpe.. lawa jugak ape... hehe... try la tgk muka orang yang biasa mekup... tapi bila tak mekup.. mak aihh... pucatttt...

Ken Wooi said...

sikit makeup ok.. tapi tebal tak ok :P

pencintacoklat^^ said...

setuju dgn [sutera kasih].. ade yg ble make up npk matured n xseswai.. ble xmake up, chumels je.. in my opinion, make up sekadarnya still acceptable asalkn xketerlaluan dan mengubah wajah asal kita.. anugerah yg Allah kurniakan dah cukup sempurna untuk kte kn... ^^

Yatt S. said...

@ismail,
hehehe. yup, experts say, trick mekap yang hebat ialah bila mekap anda kelihatan seperti tak mekap. look natural.

Yatt S. said...

@sutera kasih,
aah. ada some women bila mekap nampak pelik. kan?

Yatt S. said...

@Nwx,
eheh. yang penting confident ye tak. haha.

Yatt S. said...

@Haru Biru,
yup. bila dah biasa mekap tebal-tebal berwarna-warni, sekali tak mekap muka nampak lain. pucat je.

Yatt S. said...

@Ken,
tepat sekali !!! biar bersederhana ;)

Yatt S. said...

@CeRitAChOcLuRvEr ,
saya suka pendapat kamu. asalkan tak mengubah wajah asli kita. jangan terlalu berlebihan, sehingga kalau tak mekap nanti, orang tak kenal siapa kita.

Unknown said...

ahaha... pontianak pun segan ea.. :D
sy kurg2 pun pkai bedak ja la... baru x nmpk pucat...

Yatt S. said...

eheh. aah. rasa macam something je kalo keluar tak pakai bedak. kikiki ;)

Meck said...

aku mekap time raya n konvo je haha. tu pun dah semak rasa

Yatt S. said...

@Meck,
semak kan? sebab rasa macam tampal plastik atas muka ;)

Wawa Chan said...

ckup skdr bedak jew . ta selesa bile pkai alat mekap tu smua mcm tebal smcm jew muke . hehehe

myhatiku said...

meaningful nye entry nie..cantek dalaman yg utama..:)

Yatt S. said...

@Wawa Chan,
rasa macam tampal plastik kat muka ek? haha.

Yatt S. said...

@myhatiku,
tepat sekali !

Fiona said...

Aku tak pernah pakai make up.
Pakai bedak pun kalau pergi majlis or kenduri ke apa, itu pun sebab kena paksa dengan mak aku. dan aku cantik!

HAHAHAHA!! sila menyampah dengan aku. :p

Make up luaran bersederhana lah. Tapi kalau make up dalaman harus MANTAP!

Kalau kahwin aku taknak duduk serumah

Yatt S. said...

wah aku gerenti ko mesti cantik sebab ko yakin tak pakai mekap. hebat !!!

yup, mekap luaran harus bersederhana. aku setuju.

civil kawan(kure2) said...

yup btul sangat.. xperlu mekup tebal2 untuk memikat hati seorang lelaki.. untuk memikat nafsu lelaki boleh la.. heee.. keaslian itu adalah kecantikan yang sebenar... kure2 follow blog nie.. best2.

Anonymous said...

aku mmg jns x meak up...mls nak meak up...hanye pakai pencuci n lotion hada labo ms siang n pakai miracle water ms nak tido...tp bl pg office semua kwn2 kt aku nie org kolot coz tak tepekkan mk tbl2 gan meak up...mls nak lyn...skt ati kan