Masih Hangat

11 June 2011

Tanda-tanda Boyfriend Curang

As Salam and Hello.


Sebenarnya senang je kalau nak tau boyfriend kita curang atau tak. Yang penting orang perempuan ni kena buka mata, buka hati dan buka minda. Kadang-kadang tu ada yang taksub sangat dengan cinta boyfriend katanya, sampai sanggup butakan mata dan pekak kan telinga terhadap apa saja bukti yang menampakkan tentang kecurangan lelaki ni.

Kat sini ada 5 tanda boyfriend yang curang. So korang boleh la kenal pasti sama ada tanda-tanda yang disebutkan ni terdapat pada si dia tu. Jangan lupa, berikan perhatian yang mendalam dan ikutlah kata hati. Ikut instinct orang putih kabor. Sebab kadang-kadang instinct kita ni tepat.


1) Kurangnya keintiman. Bukan lah maksudnya kat sini intim dari segi hubungan seksual ye. Haippp. Tapi macam kemesraan yang selama ni dia tunjukkan pada korang dah kurang. Pergaulan tu dah jadi lain. Kalau dulu cara cakap tu romantis je, lemah lembut, tapi dah berubah jadi macam nak tak nak je bercakap. Kalau cakap pun kasar-kasar atau sepatah-sepatah. Alah, korang faham lah ni kan. Kurang mesra.


2) Dia pernah curang pada bekas kekasihnya. Ha, yang ini kita selalu dengar. Kalau dia pernah curang dengan bekas kekasihnya, tak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama dengan korang. Kalau nak tau lebih lanjut, cuba tanya pada bekas-bekas kekasihnya yang dulu. Jangan lah pergi main serang je, tapi cuba tanya dengan cara yang berhemah dengan lemah lembut. Mungkin diorang akan bagitau perangai sebenar boyfriend korang atau sikap-sikap boyfriend korang sebelum atau semasa curang, supaya korang boleh bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kalau frust, takdelah menonggeng sangat, ye tak?


3) Dia menjauhkan diri dari kamu. Ok. Ini petanda yang common dan jelas. Kalau dulu dia sentiasa nak buat apa-apa perkara bersama korang, macam makan sama, tonton wayang sama, jogging sama, tapi sekarang dia dah takde masa nak buat semua tu dengan korang. Macam-macam alasan lah yang di baginya. Assignment melambak lah, kerja banyak lah dan etc. Pastu nak lagi kukuh dia cakaplah dia buat kerja dengan officemate, buat assignment dengan roomate, pergi pasar dengan ibu. Cover terbaik.Sebenarnya, masa dia banyak dihabiskan dengan yang lagi sorang tu. Tapi korang kena selidiklah ya, jangan main hentam je, mana tau dia memang tengah banyak kerja. Kang tak pasal-pasal kena lempang laju-laju.


4) Tak pernah jawab panggilan telefon bila bersama kamu. Hah ni pun petanda yang jelas. Kalau ada panggilan masuk dan muka dia nampak gelabah je, pastu terus off hp atau jawab call 5 batu jauhnya dari korang, confirm dia ada sorok sesuatu dari korang. Mungkin dia takut kecurangannya terhidu. Lagi satu, kalau dia selalu dapat panggilan pada waktu-waktu yang tak sepatutnya macam tengah-tengah malam ke. Pastu korang tengok pulak cara dia bercakap. Berbisik-bisik atau cakap pun macam dengar tak dengar. Hah! Dia taknak bagi korang dengar lah tu apa yang dia tengah cakap.


5) Perangainya tiba-tiba berubah. Yang pertama, dia selalu mengkritik atau mencari salah korang. Ada je yang tak kena pada pandangan matanya. Kalau sebelum ni koranglah perempuan paling cantik di alam semesta, sekarang dia cakap muka korang macam tak siap. Pastu dia selalu kritik apa yang korang buat tak pernah betul. Ataupun kalau selama ni dia suka je korang berkepit dengan dia,bersama selamanya hingga ke syurga, tiba-tiba je sekarang rimaslah, semaklah. Saje je nak cari gaduh. Ini semua alasan dia kononnya dia curang sebab semuanya adalah salah korang. Yang kedua, kalau perangai dia tiba-tiba berubah lebih baik dari biasa. Tak pernah-pernah bagi hadiah, tiba-tiba dapat rantai emas. Terlampau baik yang pelik. Hah ni sebab dia menyelam sambil minum air lah ni. Korang dia nak, yang lagi sorang tu pun dia nak. Pendek kata, tamak.


Amacam? Ada ke tanda-tanda ni pada boyfriend korang? Yang penting kena selidik jugak ok. Jangan dah nampak satu tanda tu terus hah! 'U curang dengan I'. Takmo takmo.




6 Kata semangat:

puteraduyong said...

ermm...lelaki biasanya...dia buat camtu nak menguji je... ;)

Yatt S. said...

eheh.memang ada lelaki yang buat camtu utk menguji. tu sebab kena selidik betul2 dulu. tapi ladies tak boleh ambil mudah jugak ye ;)

nada hanis said...

nak tahu lelaki tu serious ke tak, ajak balik rumah jumpa parents. hehe.

Yatt S. said...

ya, betul gak tu. eheh ;)

NurinSafaa ♥ said...

Pernah terjadi baru-baru ni . Mula-mula si lelaki tidak mahu lepaskan saya . Tapi , akhir nya dia lepas kan jugak . Dan Alhamdulillah , saya bersyukur sangat-2

Anonymous said...

klau jumpa parents tp still ada pompuan lain tu apa kes?