Masih Hangat
16 June 2011
Akhirnya Berlalu Juga Penderitaan Seth Tan
As Salam and Hello.
Hari ini merupakan hari terakhir aku akan bercakap pasal drama Nora Elena. Jadi jangan risau, selepas hari ini, mata korang tak akan bernanah lagi sebab aku asyik-asyik update pasal drama yang tidak berfaedah bak kata kebanyakan orang. Korang kena redha dan tabah menerima hakikat bahawa aku sememangnya obses.
Dan selepas hari ini juga, korang tidak akan mengalami penderaan jiwa lagi selepas aku banyak melepaskan rasa tidak puas hati pada Seth Tan. Jangan bimbang, ini yang terakhir. Ahahaha. Sebab hari ni last episode. Kalau ada sambungan, terpaksa la aku sambung jugak review aku. Kih kih kih. Menanah la korang. Layankan aje.
So korang tengok tak ending nya tadi? Yvonne tidak mati ya, tidak mati !!! Dia mungkin cuma dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Kesian kau, kempunan jugak nak kahwin dengan Seth.
Aku mula-mula terkejut jugak tengok dia campak baby dari luar tingkap tu. Memang sadis la drama ni kan kalau benda tu betul-betul terjadi. Dan mungkin akan ada aduan terhadap TV3 sebab menayangkan drama yang tidak sesuai untuk ditonton segenap masyarakat.
Oh, tapi rupa-rupanya itu hanya patung. Jadi anak diorang tak mati. Dan hari ni juga kita semua dapat tengok Seth menjerit marah walaupun hanya sesaat. Oh, manusia jugak dia ni rupanya. Waktu tu Yvonne call Seth bagitau dia culik baby diorang. Tercapai jugak lah hajat aku nak tengok dia marah.
Pada episod akhir ni jugak kita dapat tengok Nora dah maafkan Seth. Semoga tiada lagi prasangka antara mereka. Jangan mudah berburuk sangka pada suami. Tak baik. Maka berakhirlah penderitaan zahir & batin Seth selama ini dan berbahagialah mereka bersama anak yang comel itu. Sekian.
Eh apa jadi pada Eid ha? Mungkin dia sedang berbahagia diulit awek Arab atau awek Afrika di Dubai.
So korang puas hati ke dengan ending cerita ni? Bagi aku pengakhiran dia setakat so-so sajelah. Tiada sebarang kejutan. Agak kesian juga pada yang mengikuti cerita ni dari awal. Apa-apa jelah, yang penting lepas ni takde lagilah memendam rasa dan berbuku hati dengan perangai Yvonne tu. Kang tak pasal-pasal aku pulak yang saiko.
Nantikan pula Dewa Cinta. Dan korang mungkin juga akan disajikan entry-entry menanah dari aku. Yang penting apa? Layankan aje. Peace no war. Heheh ;)
Labels:
Random
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Kata semangat:
penderitaan batin rupanya..haha
ahaha. mestilah batin pun turut menderita jugak ;)
hehe...nora elena lagi....
i promise,this is the last. hohoho ;)
Wow, terrible! Menderita, very menderita. I feel a little upset, so I go minum kopi first.
finally abih pown cite tue.
:)
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com
:)
Post a Comment