As Salam and Hello.
Banyak wanita yang mempertahankan hubungan dengan kekasihnya, walaupun mereka sering disakiti. Mungkin anda bingung dan bertanya-tanya, mengapa sahabat, adik atau bahkan diri anda sendiri tidak boleh lepas dari kekasih, padahal anda tahu lelaki itu tidak baik.
Ada banyak sebab mengapa wanita tidak mampu berpisah dengan kekasihnya.
Jom lihat sebab-sebabnya.
1) Takut sendirian
Ada sesetengah wanita yang menganggap kekasihnya merupakan segala-galanya dan kebanyakan wanita sangat bergantung pada kekasihnya. Akibatnya, mereka takut untuk menjalani hidup sendiri. Tak ada yang akan jemput waktu balik kerja, tak ada yang teman untuk tengok wayang, tak ada siapa yang sudi untuk pegang kan handbag.
Apa yang patut anda buat : Agar tidak bergantung pada kekasih, sejak dari mula anda berjanji untuk sehidup semati tu, anda harus mencipta jarak. Orang kata supaya kita tak terlalu berharap pada dia seorang. Cuba rancang aktiviti sendiri. Macam keluar dengan kawan-kawan ke, ada hobi sendiri ke. Dan jangan lupa, sila pergi ambil lesen memandu. Itu penting.
2) Punya kekasih handsome
Alasan kedua mengapa wanita tidak mahu berpisah dengan kekasihnya adalah kerana kekacakan si boyfriend. Sesetengah wanita merasa bangga memiliki kekasih yang rupa paras fizikalnya seperti Aaron Aziz. Mereka takut jika tidak dapat bertemu lagi dengan lelaki yang tampan seperti kekasihnya yang sekarang.
Apa yang patut anda buat : Ketampanan dan kecantikan seseorang bukanlah perkara utama dalam sebuah perhubungan. Kalau boyfriend anda memiliki wajah tampan tapi moral yang ke laut, tak mungkin anda akan dapat kebahagiaan yang dicari.
3) Kekasih kaya
Alasan lain mengapa wanita tidak ingin berpisah dengan kekasihnya adalah kerana kekayaan si boyfriend. Kadang-kadang harta memang dapat menyilaukan mata wanita. Wanita pun mungkin dah jadi terbiasa dengan barangan dan perlakuan mewah yang diberikan kekasih padanya. Tiadalah lagi Gucci, Guess, Lancome dan yang sewaktu dengannya. Ohh tak sanggup, katanya.
Apa yang patut anda buat : Kebahagiaan tidak sepatutnya diukur dari harta benda. Mungkin secara zahir nya, anda akan dapat apa yang anda nak. Tapi bagaimana dengan emosi, mental? Kepuasan material tidak akan dapat dibandingkan dengan kepuasan hati.
4) Takut dengan anggapan dari pihak luar
Mungkin wanita berfikir, apa yang akan difikirkan oleh orang tua nya dan orang lain bila mengetahui bahawa hubungan mereka telah berakhir? Sesetengah wanita juga takut jika bekas kekasihnya akan membuat cerita-cerita buruk tentang mereka. Jadi, mereka lebih rela mempertahankan hubungan dari terdengar desas-desus yang bukan-bukan.
Apa yang patut anda buat : Hidup ini terlalu pendek untuk terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir pasal anda. Anda sanggup mempertahankan hubungan, hanya sebab tak mahu menjadi bahan gosip. Carilah kebahagiaan tanpa takut akan tanggapan dari pihak luar. Kita tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Bukan orang lain yang memberi kebahagiaan kepada anda. Malah bukan mereka yang beri anda makan nasi, kan?
5) Merasa bersalah
Sebab lainnya mengapa wanita tidak juga move on setelah disakiti, kerana mereka merasa bersalah. Contohnya, apabila wanita mendapat tahu bahawa kekasihnya berlaku curang. Wanita sering kali bukan menyalahkan kekasihnya, tapi menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak mempunyai banyak waktu atau kurang memberikan kasih sayang pada kekasihnya. Sehingga banyak wanita merasa dapat memperbaiki kembali hubungan itu.
Apa yang patut anda buat : Jangan pernah sesekali menyalahkan diri anda. Jika kekasih anda yang berlaku curang, bermakna mereka lah yang salah. Ada baiknya, wanita tidak memberikan peluang kedua setelah mengetahui akan kecurangan mereka. Sifat mudah memaafkan pada wanita sering kali di ambil kesempatan oleh lelaki untuk mengulangi kesalahannya.
Untuk wanita yang dikasihi,
Don’t hang on to a relationship when you know it’s not going anywhere. Learn to let go and accept the reality. Life is too short to be wasted trying to save a relationship that you know it’s never gonna work.
5 Kata semangat:
hihihi.. kite suke entry niiiii :))
thank you ;)
semua sbb2 ni mmg logik pun..
huhuhu
alamak...heheh...
zippo nak mempelawa anda utuk berkenalan dengan Blogger yang lain...jom la join sagmen ni:
http://zippomiller.blogspot.com/2011/06/buletin-story-on-sagmen-blog-walking.html
so true.keep it up ur work.. ;)
Post a Comment