As Salam and Hello.
Kadang-kadang aku geram dan pelik dengan sikap sesetengah orang yang asyik mengadu dan mencanang ke serata alam yang hidup dia susah. Kerja susah, belajar susah, nak berlaki susah. Pendek kata semuanya dalam hidup dia susah. Dialah orang paling susah dalam dunia ni. Takde yang tuah dalam kehidupan dia melainkan malang belaka.
Tak cukup dengan itu pula, mula membandingkan hidupnya dengan orang lain. Kenapa orang ni dapat kerja yang best, gaji mahal, senang pula tu kerjanya. Dok goyang kaki je. Kenapa orang ni belajar senang je, tak study pun dapat anugerah dekan. Kenapa orang ni senang betul dapat boyfriend, dah nak kahwin pun. Padahal muka takde lah lawa mana.
Serius aku tak faham. Kau tengok orang tu kerja senang, padahal kau tak tau sebelum dia dapat kerja tu dia dah macam kuli, bermula daripada bawah menimba pengalaman. Kau tak tau orang yang kau cakap tak study tu dok pulun stay up malam-malam perah otak masa kau tengah ternganga tidur. Kau tak tau orang yang kau cakap muka tak lawa tapi senang dapat jodoh tu pernah beberapa kali dikecewakan sehinggalah bertemu dengan orang yang betul-betul menghargainya.
Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.
Berhentilah membandingkan hidup kau dengan orang lain. Semua orang dalam dunia ni melalui pelbagai kesusahan masing-masing, bukan kau seorang je yang mengalaminya. Kita tak tahu apa yang mereka pernah lalui. Dan susah setiap orang tu berbeza, Tuhan menguji mengikut kemampuan hambanya.
Mungkin kau senang tang ni, tapi dia pulak susah. Mungkin dia senang tang tu, tapi kau pulak susah. Bersyukurlah dengan apa yang kau ada, atas segala nikmat yang Tuhan beri dan bertabahlah sebab Tuhan sedang menguji kau. Dia bagi kita semua rasa susah dulu, supaya nanti barulah kau faham nikmat senang.
Kalau kau betul-betul nak senang, berusahalah memperbaiki diri supaya kau dapat kesenangan yang kau nak tu. Bukan sekadar komplen je, tapi masih bergoyang kaki dan berterusan dengan sikap tak puas hati kau tu. Tolonglah. Berhentilah cakap 'kau senang lah, tak macam aku'. Kadang-kadang boleh buat orang rasa menyampah dekat kau. Serius.
Lagi satu, kalau nak mengadu tentang kesusahan kau tu, tak payahlah dok pukul canang dekat Facebook atau medium yang sewaktu dengannya. Lebih baik kau mengadu direct pada Tuhan, sebab di situ kau hanya mendapat simpati manusia yang entah betul ikhlas atau tidak rasa kesiannya tu. Mungkin juga sekadar menjadikan kisah kau sebagai bahan untuk bergosip.
Tuhan yang beri kau ujian, maka Tuhan jugalah tempat untuk kau mengadu. Sesusah-susah kau, ada lagi manusia yang lebih susah. Cuba buka mata pandang keliling. Baru kau tahu erti senang. Bersyukurlah.
p/s : Live life as best as you can and be the best you can be.
8 Kata semangat:
manusia selalu tersalah konsep...
bila membanding nikmat... lihatlah orang yang lebih bawah dari kita agar kita bersyukur...
bila membanding amal.. lihatlah orang yang lebih bagus dari kita agar kita memperbanyakkan amal kita....
manusia.. takkan pernah puas.. n xreti bersyukur.. :))
syukur dengan apa yang ada...
@Haru Biru
kata-kata yang sangat bermakna. manusia memang begitu.
@miss lieya
sikap manusia, kan?
@KinosKoko
betul.sepatutnya memang begitu.
betul !
bersyukur je dgn apa yang ada..tu lebih baik ;)
Betul. Saya setuju sangat. Kadang2 nak cerita lebih2 takut pulak si polan kecik hati. Balik2, "kau mampu, aku xmampu". Itu semua rezeki masing2lah.
Post a Comment