Masih Hangat

21 November 2011

Mantera Anjasmoro Untuk Kau Yang Kupuja

As Salam and Hello.



Jujurnya, aku bukanlah orang yang percaya pada benda-benda mistik atau supernatural ini. Sungguh. Bukanlah sebab aku ini moden pemikirannya, cuma aku tak faham bagaimana seorang manusia normal boleh buat perkara-perkara sebegitu.

Kalau diikutkan fitrah manusia, kita memang dijadikan untuk cintakan kebaikan. Tapi kini aku makin faham. Kalau ada putih, sudah tentu ada hitam.

Apa penyebabnya? Terdesak untuk mendapatkan orang yang dipuja atau sekadar memuaskan keinginan dalam hati? Tapi aku percaya, walau sejahat mana pun pelaku ilmu hitam ini, dalam hatinya tetap akan diselubungi kebimbangan dan ketakutan.

Dan tak perlu tipu, kau juga akan sentiasa dihantui rasa berdosa. Sedangkan buat kerja jahat sikit pun dah takut dan rasa serba salah dalam hati, inikan pula kau buat kerja menyekutukan Tuhan.

Kita semua perlukan lelaki atas sifatnya yang patut ada sebagai seorang lelaki. Pembimbing, pelindung, penyayang etc. Kalau kau dah buat dia tunduk di telapak kaki kau, how do you expect dia akan lindungi kau sedangkan dengan kau sendiri dia menyerah dan tunduk patuh.


Haih. Macam-macamlah dunia ni. Bak kata pepatah, ' Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh dapat kau. Tak dapat cara baik, aku guna cara jahat '.


Ada ke pepatah macam tu? Lantak.


.

17 Kata semangat:

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

sekarang ni org2 suka guna ilmu hitam nak daptkn sesuatu or skt ati dgn seseorg...sungguh xbermoral cara tp tu la realitinya....
p/s:wujud je pepatah mcm 2...

Anum said...

macam la dunia sekarang nie

afzalsukasuki said...

ko nak guna gunakan aku ke?bagitau awal2 tau :P

tieykah said...

cter pon bnyk dah cter ilmu hitam ni

:)

NZ Diaz said...

sebab masa itu berharga. daripada berusaha susah payah lama-lama, baik pakai ilmu hitam. haha

Kazman & Sue said...

salam kenal dari kami sekeluarga....

msredcheesecake said...

tak kuasa nak susah2 sebab cinta....

Cik Amyra said...

semput dada dengan dunia zaman sekarang. pedahhh

Ayu Aurora said...

bnyk sgt dh movie pki skrip mcm nih .. haih

tp bhy sgtlah bila pompuan dah gilakan laki ni, smpi sanggup buat perkara mcm ni.

lelaki senang ... guna mulut je nk ngorat kan :P

eLL said...

hehehe aku suka n3 nih... name je dunia makin maju, tapi fikiran makin sempit... tapi ingat balasan Allah amat perit bg yg menyekutukan Nya.. just my 2cent

c'axoera said...

ni mcm dalam citer kat tv tu kannn :D scary kan

naga said...

Cinta biar lahir dari hati yang ikhlas. Itulah kebahagiaan yang kita cari. Insyaallah.

diana said...

tak baik buat gitu..
tu pun satu penganiayaan terhadap orang lain..
berdosa tu..kan???

Aien Not Alien said...

puas ke dapat dengan gunakan ilmu hitam??? huuuu...

♥Aien Najwa♥ said...

fyi, i xrespect org mcmniy..mendapatkan lelaki dgn care jht..sgt khurafat..huh !

syieda ;) said...

xpayah la nak guna ilmu hitam bagai. kalau dah ada jodoh, x ke mana. hishhh~ macam macam~ 0_o

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

macam macam lah sekarang nie