Masih Hangat

15 June 2011

Seth Tan itu lelaki atau apakah?



As Salam and Hello.


Punya lah aku semangat nak tengok Nora Elena hari ni semata-mata nak tau kesinambungan dari episode semalam. Ya, pada sesiapa yang meneka ada spender dalam kereta Seth, tahniah ! Tekaan anda memang tepat. Nampaknya tekaan aku tersasar jauh, mungkin fikiran aku terlalu ke laut atau *kuning*. Ehehehe.


G-String kaler pink gitu.


Pada episode 23 hari ini, Seth dah tau perangai Yvonne yang sebenarnya. Nampaknya minah saiko tu terperangkap dengan kebodohan dia sendiri. Tapi pada mulanya Nora tak percaya jugak. Kan dia jenis yang cepat buruk sangka.



Bagi alasan bodoh spender terkeluar dari shopping bag.


Lepas Nora curi-curi dengar perbualan Insp. Amer dengan Seth, baru lah dia tau hal yang sebenarnya. Oh, masa tu Insp. Amer datang melawat Nora yang masuk hospital sebab dehydrated atau dalam bahas Melayu nya kekurangan air dalam badan.


Namun begitu, bukan lah perkara itu yang ingin aku ceritakan (ayat skema). Sebab korang pun tengok jugak, atau kalau tak tengok lagi pergi je kat TonTon. Aku cuma tak puas hati dengan penceritaan drama ni je. Anti klimaks betul. Aku tak sangka begitu mudah je Yvonne luahkan perasaan dia pada Seth, dan begitu cool juga perilaku Seth pada Yvonne.


Maksud aku, kalau ada orang yang cuba runtuhkan rumah tangga kau, buat fitnah yang bukan-bukan tentang kau pada isteri kau sampai ke tahap nak bercerai-berai, adakah kau masih boleh bercakap selembut itu? Nak-nak lagi kalau manusia dajal tu orang yang begitu kau percayai iaitu kawan baik kau sendiri.



Setakat marah geli-geli je.


Oh my, Seth Tan. You're acting so cool man. Aku rasa lelaki sebaik mana pun kalau kena benda ni kat batang hidung dia, mesti mengamuk sakan punya. Tapi aku tengok kemarahan Seth sekadar alahaiiiiiii. Tengking-tengking sikit je. Tak rasa takut pun. Eheh. Oh, mungkin pengarah nak kekalkan ciri-ciri mithali dia tu. Tapi come on la. Macam tak logik pulak aku nengok nya. Tak tau lah kalau bagi korang logik.


Ah sudah lah. Tunggu je lah ending nya besok. Mana tau kot-kot esok boleh tengok Seth keluar api dari telinga. Walaupun aku rasa memang takkan.


Ok tu jelah. Minta maaf ya, dua tiga entry kebelakangan ni aku asyik merepek pasal Nora Elena je. Inilah keburukan kalau obses tengok drama. Dah tau benda tu tak logik, gatal gak nak tengok. Lepas tu memekak-mekak tak puas hati. Bak kata bapak aku, lebih baik menangis atas tikar sejadah dari tengok cerita merepek.


Makin banyak aku melalut. Ok baiiii.

3 Kata semangat:

diana said...

bila episod akhirnya??
hari ni ke???
akak tunggu episod last je nak tenggok..
hehhehe

Miss Y and Her World said...

aah. hari ni last. lepas ni takyah menyampah lagi dengan Yvonne ;)

e y r a . t a j u d d i n said...

takpe.. u'r not the only one yg obses, he he he. utk abang aaron, semua org pun obses :D