Masih Hangat

23 October 2011

Meminta Jawapan Dari Hati

As Salam and Hello.


[ Ini entry jiwa-jiwa ]


Kahwin untuk apa, sebenarnya?


Soalan itu aku tanya pada dia. Mesti ada yang akan cakap soalan itu soalan bodoh. Soalan yang tidak patut di tanya. Sebab semua orang sudah tahu jawapannya, konon. Mungkin kau akan suruh aku rujuk Al-Quran, suruh aku istighfar berbanyak.


Tapi aku tak mahu jawapan cliche yang semua orang akan jawab bila ditanya soalan itu. Seperti mendapat soalan bocor. Aku tak nak jawapan yang skrip nya sudah tersedia dari buku-buku agama, ceramah, kitab dan sebagainya. Itu semua orang pun tahu.

Aku tak mahu jawapan yang ditiru bulat-bulat, padahal kau tak berfikir menggunakan otak langsung pun untuk menjawab. Jawapan yang dicedok dari buku. Aku mahukan jawapan dari hati. Jawapan yang di fikir sendiri. Jawapan jujur dengan diri sendiri.

Malah kalau kau jawab, kahwin untuk seks pun aku ok. Aku terima. (Maksudnya aku terima jawapan itu lah. Untuk terima kau, mungkin aku fikir seratus kali). Aku terima kerana sekurang-kurangnya kau jujur dengan aku dan paling penting, kau jujur dengan diri sendiri.


Kahwin untuk apa, pada aku?

Aku mahu di masa depan aku, ada kau. Aku mahu menjadi yang halal untuk hidup bersama kau. Itu jawapan dari hati aku. Itu jawapan ringkas aku. Itu saja.

Ya. Bukan jawapan-jawapan cliche yang selalu diucap-ucapkan itu yang pertama terlintas di hati dan fikiran aku. Tapi seperti yang aku katakan, itu jawapan dari hati. Dan aku berharap semoga dari niat aku itu maka aku dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan Tuhan yang lain.


Ya, tuntutan seperti dalam jawapan-jawapan cliche yang semua orang berikan itu;


Berkahwin untuk memenuhi tuntutan agama, mengikut sunnah Rasul, mengembangkan ummat Muhammad dan sebagainya.

Tapi aku hairan juga dengan sesetengah mereka yang katanya berkahwin untuk mengikut sunnah, tapi menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu tidak pula berpandukan sunnah. Aku fikir, menjalani kehidupan dalam perkahwinan itu lah yang seharusnya mengikut sunnah Nabi. Bukankah?

Samalah seperti konsep berkahwin empat. Mengikut sunnah Nabi, katanya. Tapi?


Ah. Aku terfikir juga, ada ke yang memang seikhlas itu yang alasan utama dalam hati nya mahu berkahwin bukan kerana terdorong oleh rasa cinta pada pasangan? (atau sebab-sebab lain).

Berbahagialah mereka yang dari hatinya memang betul-betul ikhlas berkahwin kerana Allah, tanpa dipengaruhi unsur apa pun.


[ Blog aku seperti sudah menjadi blog jiwa-jiwa. Maaf kerana selalu post entry yang kononnya berkaitan hati dan perasaan. Sebenarnya entry ini dah lama aku karang, tapi hanya terperap dalam draft.

Memandangkan aku kekeringan idea untuk dilontarkan pada waktu ini, sepertinya otak aku sudah beku sehingga tidak mampu berfikir apa-apa, maka inilah waktu yang sesuai untuk publish. Terpaksa publish, lebih tepat. Inilah natijahnya apabila hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti berhibernasi terlalu lama. Hahahaha. Baiklah. Tak kelakar langsung. ]



.

10 Kata semangat:

asma HazeLnut said...

tak sabarlahh nak kawen..

Miss Y and Her World said...

amboi ! kemain kau kan.

harrazdani said...

khawin untuk hidup lebih bermakna.

Rain said...

salah satunya untuk memenuhi tuntutan nafsu.

berkahwin untuk berkongsi perasaan shahwat yang hadir kerana manusia mempunyai nafsu untuk dilampiaskan.

kisahkita said...

bodoh gak jwpn ko nih rain.....kahkahkah

Cik Ice said...

Kahwin?? Emm..seronok jugak bila kita dapat hidup bersama ngan orang kita sayang secara halal..:)

naga said...

Kahwin untuk saling mencukupi antara satu dengan yang lain lebih membahagiakan.

izfanora said...

alasan yang selalu diberi bila mana mahu berkahwin lain; sunnah nabi.

selama hidup bertahun-tahun, entah berapa kali saja sunnah nabi berada di hati?

kadang kita tak tahu, mengapa satu benda itu kita kejar dan inginkan. nafsu semata atau tuntutan sebenar..

Norlida Ramli said...

nak kawen! nak kawen!

**::CIKNUURUL::** said...

ye,antara patah sebab lain adalah kawen semestinya ingin hidup bersama dia,.dan melaksanakan perintah Allah bersama2 dengannya,.errm,sweet!