As Salam and Hello.
Pukul 1.20 pagi. Akhirnya aku menyerah. Menyerah kepada tuntutan nafsu yang menyerang di bahagian perut dan memanipulasi otak. Ya, pada pagi yang hening ini aku ke dapur untuk memasak mee segera perisa Tomyam jenama Maggie.
Segalanya selamat masuk ke dalam perut bersama 4 keping roti Gardenia. Nafsu apakah aku ini? Melebihi nafsu makan seekor dinasor. Sia-sia lah aku minum air halia dicampurkan dengan 2 sudu Apple Cider Vinegar. (Bagi yang belum cuba, sedap tau minuman ni. Alah aku pakai serbuk halia jenama Nona tu. Ada campuran madu. Sedap. Lainlah kalau kau rajin kupas halia lepas tu rebus. Aku tak serajin tu).
Oh, segalanya berpunca sebab aku minum air tu pukul 11 lebih. Disebabkan aku minum air tu lambat, so tak boleh tidur dulu. Kena tunggu 2-3 jam baru boleh tidur. Kalau tak air mudah bertakung di bahagian bawah mata dan menyebabkan terjadinya eye bag atau mata sembap. Tidak, aku tidak mahu itu terjadi. Walaupun aku tahu tidur lambat boleh menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata.
Sebab aku tidur lambat, maka aku jadi lapar. Jadi bila aku lapar, aku jadi resah. Nafsu ku bergolak. Akhirnya akalku ditumpaskan jua.
Bila segalanya sudah masuk ke dalam tembolok, maka menyesal kemudian tidak berguna. Akibatnya hanya boleh disaksikan pada tumbesaran perut sahaja. (-_-)".
Masih Hangat
14 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 Kata semangat:
halia? betol2 sedap ke rase air tu mrs Y?
erkk halia? aihh takpa lah tak minum pon.. hehe.. :P
@anisyafrina
sedap. saya guna jenama NONA tu yang ada madu. so tak terasa pahit sangat. cuba lah. tambah dengan ACV. rasa masam-masam manis.
@Queen F
haippp!!! awak kena cuba. ni bukan halia yang hidup tu(tapi kalau halia hidup lagi bagus sebab fresh). ni halia serbuk yang boleh beli kat pasar raya tu lah. saya pakai jenama NONA. dia ada madu sekali. so tak pahit la.
eh fa penah je makan roti 4 keping, buat buka puasa. hehe
air halia... hmmmm. :D
@Fathiah Hamim
makan roti 4 keping takpe. masalah nya ni makan megi+roti 4 keping. adoiiiii. makan pulak pagi-pagi buta. pastu tak tahan ngantuk terus tido. bayangkan bayangkan!!!!
eh btw kenapa semua orang macam fobia dengan air halia ni? sedaplah!
haha..okela tu..kalo sye an,musim2 stady,malas nak turun bli mknan.so makn megi jela.pastu pesan kt member beli beger dgg.fuhh..btol2 mentekedarah..bknnye stadi..haha
air halia..ohh tidak..hehe
daripada perut terus memberontak, baik kasik habuan sikit
kesian dia
tp kalau dah kasik can kat mulut dan perut, mata la pulak mula layu
itula hidup kan?
lapar resah, kenyang pula jadi malas
p/s : tq singgah dan komen. Salam kenal
Post a Comment