Masih Hangat
04 July 2011
Kesilapan Utama Yang Dilakukan Oleh Wanita Terhadap Lelaki
As Salam and Hello.
Dalam entry lepas aku ada cerita tentang kesilapan utama yang harus dielakkan lelaki dalam memikat wanita.
Ok, kali ni pula aku nak kongsi antara kesilapan-kesilapan utama yang dilakukan oleh wanita di awal perhubungan bersama teman lelaki. Kalau kau buat semua atau salah satu perkara-perkara di bawah ni secara extreme , mungkin boleh bawa kepada retaknya perhubungan yang baru dicipta tu. So girls, don't ever push the button.
Jom tengok.
1) Wahai para wanita, lelaki tahu bahawa ia adalah "tanggungjawab" mereka untuk membuat panggilan telefon kepada kau.
Jadi tak perlu terlalu mendesak dengan kerap membuat panggilan telefon kepada dia. Orang lelaki akan menghubungi kau kalau dia nak bercakap dengan kau. Mereka juga akan membalas panggilan telefon kau, kalau mereka benar-benar mahu bercakap dengan kau. Percayalah, kalau dia jenis yang betul-betul nak kat kau, dia pasti akan telefon. Kalau dia tak telefon jugak, itu maknanya dia memang tak berminat. Kau hanya akan menjengkelkan dia, dan kalau dia dah mula rasa macam tu kat kau, maknanya memang dah tak boleh nak buat apa dah. So, it's better sometimes to play hard to get.
2) Berhenti bertanyakan soalan-soalan tentang bekas teman wanitanya.
Kalau setakat satu dua soalan takpelah, sebab kau pun berhak tahu kenapa mereka berpisah. Tapi jangan lah setiap kali jumpa atau on the phone, kau asyik bertanyakan perkara yang sama. Walaupun kau mungkin rasa sedikit cemburu, simpanlah perasaan tu dalam hati kau. Dia mungkin akan rimas dengan soalan tu yang boleh buat hati dia berdarah kembali atau terkenang kan kenangan manis bersama bekas teman wanitanya. Kau tak nak kan kalau dia kembali bersama semula kepada teman wanita nya? Jadi, lebih baik kau tutup mulut.
3) Berhenti berceloteh yang bukan-bukan.
Kebanyakan lelaki memang akan mendengar apa yang kau katakan untuk seketika, tapi bila kau dah mula membebel benda-benda yang takde kaitan langsung macam hamster kau suka berak merata-rata, dia boleh jadi turn off tau. Memang lah perempuan ni kalau boleh semua dia nak kongsi, sharing is caring lah bak kata pepatah. Tapi biar ada hadnya. Jangan sampai dia naik jemu sudah.
4) Jangan begitu mudah mengalirkan air mata.
Kalau tengok movie cerita sedih atau perkara yang berkaitan takpelah kalau kau nak menangis, mungkin dia akan beranggapan kau penuh sifat simpati dan berhati lembut. Tapi tak perlulah nak menangis tak ketahuan hala bila dia lupa balas SMS kau atau lupa nak cium tangan kau masa hantar kau balik dating. Itu memang mengada-ngada dan boleh buat dia tawar hati kat kau. (atau menyampah?)
5) Jangan jadi terlalu mudah untuk didapat.
Ha, ni selalu kita dengar. Jual mahal lah sikit. Kalau kau dah selalu keluar dengan dia untuk beberapa minggu, bila dia ajak kau untuk keluar lagi, cuba bagitau dia yang kau tak dapat keluar sebab ada plan lain. Mesti dia akan terus berusaha untuk ajak kau keluar lagi sebab dia tahu kau juga ada hidup sendiri dan tidak terlalu berharap pada dia. Lagi satu, kalau dia cakap nak keluar dengan kawan-kawan dia, kau cakap je pada dia semoga bergembira dan bersuka ria. Mesti lepas tu dia asyik teringat pada kau. Kira taktik ni macam reverse psychology lah. Ingat, lelaki sukakan cabaran dan itu adalah tugas mereka untuk memburu.
So, kau ada buat tak perkara-perkara kat atas ni?. Kalau takde, bagus. Kalau ada, perbaiki sebelum nasi jadi bubur. Kalau hubungan tu dah stabil, ok lah. Jadi kau tengok pulak fakta cinta lelaki yang perlu kau ketahui.
Labels:
Love
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Kata semangat:
a'a..btol jugak tuh.=)
@Bluewendy
kan?
saya suka posting nie.. kudos!
@Shahrul Hairy Shaharuddin
terima kasih!!! ;)
urmm tapi klau banyak syarat dlm bercinta..mcm cinta plastic..
apa2 pn nice entri nice blog jugak..
siyes blog awk sweet :)
You have a lot of interesting post (:
Post a Comment